Category: Asrama

Lawatan Penandaarasan SMA Kampung Laut Kuala Terengganu

Slide2SMIYT KTRG SBT, 23 Mac : Hari ini pihak Sekolah telah menerima kunjungan daripada Sekolah Menengah Agama Kampung Laut Kuala Terengganu.

Rombongan ini disambut oleh  Ketua Jabatan  yang diketuai oleh Ustaz Ridzuan bin Aziz serta beberapa orang guru .

Ianya bertujuan bagi melihat sendiri kaedah penghafalan Al Quran serta meninjau suasana di asrama dan juga juga pengajaran dan pembelajaran di Sekolah.

Rombongan ini kemudian dibawa ke Bilik Mesyuarat untuk mendengar taklimat mengenai pembangunan sekolah.

Slide5Slide19Slide25Slide76Slide86

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Pendaftaran Kemasukan Pelajar Tingkatan 1 Tahun 2016

Slide29SMIYT KTRG SBT , 11 Januari : Pendaftaran bagi kemasukan pelajar tingkatan 1 tahun 2016 telah diadakan pada pagi kelmarin.

Ianya bermula dengan sesi pendaftaran jam 8.30 pagi dan diikuti dengan sesi taklimat oleh Tuan Pengetua , Encik Mohd Yusoff bin Othman dan disusuli oleh Tuan Haji Mohd Amin Faisal , Penolong Kanan Ulul Albab serta Encik Ridzuan bin Aziz selaku Ketua Waden

Kelihatan ibubapa begitu teruja dengan pemilihan anak mereka bagi mengikuti sesi pembelajran di sekolah ini.

Tahniah dan syabas kepada ibubapa serta pelajar baru kerana memilih sekolah ini sebagai tempat menimba ilmu pengetahuan.

Slide7Slide30Slide168

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Lawatan Penanda Aras Kepimpinan Pelajar Asrama SMK Abdul Rahman Talib

Slide1SMIYT KTRG SBT , 8 November : Pihak Pengurusan Asrama pagi ini telahmenenrima kunjungan daripada SMK Abdul Rahman Talib, Kuantan, Pahang. Mereka terdiri daripada pengurusan asrama seramai 73 orang yang diketuai oleh PK HEM sekolah tersebut, Tuan Haji Halele.

Tujuan lawatan adalah untuk melihat perkembangan pengurusan asrama sekolah ini.

Slide5Slide2Slide3Slide44Slide65Slide32

Video Lawatan , sila klik DI SINI

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Gotong Royong Di Masjid Al Hidayah

Slide22BANGGOL MEMPELAM , 2 Oktober : Badan Dakwah dan Kerohanian sekolah ( BADAR ) bersama Majlis Perwakilan Pelajar , Majlis Pengawas Asrama dan pelajar -pelajar asrama telah mengadakan program gotong royong bersama masyarakat kampung di daerah Banggol Mempelam. Program membersihkan kawasan Masjid Al Hidayah di Kampung Banggol Mempelam ini telah disambut oleh Pengerusi Masjid , Tuan Haji Nordin bersama setiausaha dan beberapa orang ahli Jawatan Kuasa Masjid.

Program gotong royong ini di bawah pengawasan unit Kokurikulum , Ustaz Md Nor bin Yahya. Turut terlibat dalam menjayakan program ini ialah Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani , Penolong Kanan HEM serta waden asrama.

Semoga aktiviti seperti ini akan berterusan dan menjadi aktiviti tahunan sekolah.

Slide29Slide8Slide5

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI