Category: Am

SEM & Innovation Festival Type III 2025: Innovation Talk by Cikgu Saripah Embong

Innovation Talk adalah program yang bertujuan mendedahkan pelajar tentang bagaimana ingin mencapai ‘Gold Medal Award’ dalam pertandingan inovasi. Pendedahan panduan penyediaan dokumentasi juga diberikan untuk persediaan pelajar dalam pertandingan inovasi yang disertai. Untuk itu Unit Penyelaras SEM & Inovasi sekolah telah menjemput Cikgu Saripah bt. Embong selaku moderator program ini yang melibatkan semua pelajar Tingkatan 1-3. Antara objektif bagi program ini adalah untuk melatih pelajar berfikiran secara kritis dan kreatif serta mengaplikasi maklumat dalam menghasilkan kajian dan produk inovasi.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Kem Perkampungan Ilmu Siri 3 SPM 2025

Unit Projek Kecemerlangan SPM telah mengadakan Kem Perkampungan Ilmu selama 6 hari bermula pada hari Isnin, 15 Sept 2025 yang melibatkan semua calon SPM 2025 dan guru-guru SPM. Kem ini bertujuan bagi meningkatkan prestasi mereka dalam peperiksaan melalui pendedahan teknik menjawab soalan, pengukuhan subjek-subjek utama, dan motivasi akademik secara keseluruhan. Program ini dikendalikan oleh semua guru SPM sekolah ini untuk memberikan pendedahan mengenai format peperiksaan dan strategi menjawab berkesan, bertujuan membina keyakinan diri serta semangat untuk mencapai kecemerlangan akademik. 

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Dialog Prestasi Peperiksaan Percubaan SPM 2025

Unit Jawatankuasa Sekolah & Projek SPM 2025 telah mengadakan satu program “Dialog Prestasi Peperiksaan Percubaan SPM 2025” yang melibatkan semua calon SPM 2025 telah diadakan bagi memberi penghargaan kepada pelajar cemerlang mengikut ranking dan subjek terbaik. Selain itu juga, program ini bertujuan menemukan ibu bapa bersama guru-guru bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan pelajaran dan sahsiah serta motivasi dalam diri pelajar. Di sini ibu bapa, pelajar dan guru berpeluang untuk bersemuka dan berbincang mengenai prestasi akademik, tindakan, idea-idea serta cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar dan seterusnya merealisasikan matlamat sekolah.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Kem Booster Akademik Siri 1 Tingkatan 3

The Serai Cottage Downtown Hotel Kuala Terengganu, 8 Sept 2025: Unit Projek Kecemerlangan sekolah baru-baru ini telah menganjurkan sebuah Kem Booster Akademik Siri 1 khusus untuk semua pelajar-pelajar Tingkatan 3. Kem ini bertujuan untuk membuka ruang kepada pelajar dan guru untuk mencapai keputusan yang cemerlang dalam subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Kem akademik ini diadakan untuk mempersiapkan pelajar menghadapi peperiksaan dengan lebih baik melalui pembelajaran berkesan dan teknik menjawab soalan, serta meningkatkan kecemerlangan sekolah.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.