Category: Am

2nd SESMA CULTURAL FUSION FIESTA 2025 (SCUFF)

SM Sains Sultan Mahmud (SESMA), 29 Sept 2025: Program ini merupakan anjuran Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud, Terengganu (SESMA) dengan kerjasama Fakulti Reka Bentuk Inovatif & Teknologi UniSZA, Pusat Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Terengganu, Muzium Negeri Terengganu serta Apple Distinguished School yang bertemakan โ€œVoyage of Tradition: Innovating the Past for the Futureโ€. Ini adalah program kebangsaan yang menghimpunkan 6 orang peserta daripada 20 buah sekolah berasrama penuh (SBP) yang mana program seumpama ini berjaya menggabungkan tradisi + inovasi + teknologi melalui kajian dan inovasi bot tradisional.

SCUFF 2025 diadakan bertujuan untuk mengasah bakat pelajar dalam mencipta bot tradisional dengan menginovasikan kegunaan dan menambahbaikan kuasa enjin dan sistem perkapalan dengan menggunakan teknologi baru berdasarkan SDG dan AI. Program seumpama ini juga dapat melahirkan pelajar yang kreatif, berdaya saing dan peka budaya.

Pelajar perlu mempersembahkan:

  • Model bot & poster infografik
  • Video & AR interaktif
  • Inovasi mesra alam berasaskan SDG 14: Kehidupan di Bawah Air

Alhamdulillah, setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan buat 6 orang anak-anak pelajar soleh solehah pintar SM Imtiaz YT Kuala Terengganu (IKT) dan guru pembimbing di atas kejayaan yang membanggakan dalam pertandingan SCUFF 2025 yang disertai buat kali pertama penyertaan.

Berikut adalah kejayaan dan pencapaian yang diperolehi :

Silver ๐Ÿฅˆ- Best Infografic Award
1. Muhammad Amirul Thaqiuddin b. Abdul Bashir – 3AA
2. โ Nur Hafizah Imanina binti Sulaiman – 3 Nafi’

Silver ๐Ÿฅˆ- AR Innovators Award
1. Muhammad Norhafizi bin Norlizan – 3 IK
2. Nur Syadiyah binti Mohd Haris Safwan – 3 AA

Bronze ๐Ÿฅ‰- Top Traditional Replica Award
1. Iman Harith bin Mohd Shaari – 3NF
2. Nur Rihana Ibtisam bt. Mohd Roslee – 3AA

Guru Pembimbing bersama :
1. Cg. Rozila
2. Cg. Nor Adni
3. Cg. Suryana
4. Ustaz Muhammad Nasuha

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Program Riadah Ilmiah Banat Tingkatan 3

Masjid Terapung, Kuala Ibai, 2 Oktober 2025:ย Unit Penyelaras & Projek Tingkatan 3 SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah merangka satu program riadhah minda untuk mengisi masa lapang dan juga untuk memupuk semangat kesukanan serta memberikan pembelajaran sepanjang hayat kepada para pelajar dengan dunia luar. Program latihan sambil belajar ini diadakan di Masjid Terapung dan Terengganu Equestrian Resort Kuala Ibai bagi semua pelajar banat Tingkatan 3. Riadah ilmiah merupakan aktiviti yang dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk mengkaji, menganalisis dan membuat perbandingan apa yang mereka lihat dan pelajari. Di samping itu, ia juga dapat melatih para pelajar mendisiplinkan diri sepanjang proses latihan diadakan.

Antara objektif bagi program ini adalah:

  • Memberi pendedahahan kepada para pelajar asas sukan yang memberi bermanfaat.
  • Memberi peluang kepada para pelajar untuk meneroka bidang ilmu yang lain dan memberi peluang kepada mereka untuk berdikari.
  • Membina keseimbangan intelek, jasmani, emosi dan rohani semasa program.
  • Mewujudkan kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Lawatan Pelajar-Pelajar ASEAN Sempena Southeast Asia Olympiad Championship

Seramai 44 orang peserta Sekolah ASEAN terdiri daripada guru, pelajar terpilih beserta wartawan telah berkunjung ke SM Imtiaz YT Kuala Terengganu bagi program lawatan penandaarasan dan perkongsian ilmu dengan sekolah ini. Tujuan lawatan ini adalah untuk memperkukuh hubungan kerjasama pendidikan antara sekolah-sekolah ASEAN serta memberi pendedahan mengenai amalan terbaik sistem pendidikan di Malaysia.

Ketibaan rombongan adalah sekitar pukul 11.00 pagi dan program dimulakan dengan sesi fotografi di Dataran Ulul Albab. Kemudian pelawat telah dibawa ke Bilik Mesyuarat untuk mendengar ucapan ringkas daripada  Pengetua dan seterusnya beberapa program lain seperti tayangan video korporat sekolah, tayangan slaid amalan terbaik sekolah, sesi soal jawab, menandatangani LOU dan penyampaian cenderahati. Mereka juga turut dibawa melawat ke bilik-bilik khas untuk melihat secara lebih dekat kaedah pengajaran dan  pembelajaran di sekolah ini. Secara keseluruhannya, program lawatan ini berakhir sekitar pukul 1.00 tengahari.

Lawatan penandaarasan Sekolah ASEAN ke SM Imtiaz YT Kuala Terengganu ini diharap dapat menjadi platform yang berkesan dalam meningkatkan kualiti pendidikan serta memperkukuh hubungan kerjasama serantau. Melalui perkongsian pengalaman, amalan terbaik dan interaksi antara guru serta pelajar, program ini diyakini mampu memberi manfaat berpanjangan kepada semua pihak yang terlibat. Program ini bukan sahaja memperkenalkan sistem pendidikan dan budaya Malaysia kepada rakan-rakan ASEAN, malah dapat memperkukuh semangat integrasi serantau yang berteraskan nilai persefahaman, toleransi dan kerjasama. Justeru, sokongan padu daripada semua pihak amatlah diperlukan bagi memastikan keberkesanan dan kejayaan penganjuran program ini.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Kem Booster Akademik Siri 2 Tingkatan 3

Maecon D’River Resort, 30 Sept 2025: Tiga minggu yang lepas Unit Projek Kecemerlangan sekolah telah menganjurkan Kem Booster Akademik Siri 1 khusus untuk semua pelajar Tingkatan 3, manakala pada hari ini kem tersebut kembali diteruskan di Maecon D’RIver Resort sebagai salah satu usaha pihak sekolah untuk kecemerlangan anak-anak soleh solehah pintar Tingkatan 3. Kem ini bertujuan untuk membuka ruang kepada pelajar dan guru dalam mencapai keputusan yang cemerlang dalam subjek Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Kem akademik ini diadakan untuk mempersiapkan pelajar menghadapi peperiksaan dengan lebih baik melalui pembelajaran berkesan dan teknik menjawab soalan, serta meningkatkan kecemerlangan sekolah.

ย 

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

LOGO & LAGU

SM IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU KUALA TERENGGANU

LOGO IMTIAZ

LAGU IMTIAZ

Ya rabbi anta maksudi
Keredaanmu tuntutan kami
Imtiaz KOSPINT kami sayangi
Mendidik kami erti insani

Allah dan rasul dalam ingatan
Quran dan hadis jadi pegangan
Akhlak Al-Quran diterapkan
Ilmu dan budi jadi asuhan

Akademik cemerlang pemimpin terbilang
Menerajui ummah penuh gemilang
Imtiaz KOSPINT kami sanjungi
Namamu tersemat di sanubari

Lirik Lagu:
Pn. Mardziah Che Abdullah (Mantan Pengetua)

Komposer Lagu:
En. M. Shahril M. Anip

HUBUNGI KAMI

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia

๐Ÿ“ž
TELEFON 09-619 5111
๐Ÿ“ 
FAKS 09-619 5112
๐Ÿ“ง
E-MEL TFT3004@moe.edu.my
๐Ÿ“ ALAMAT SEKOLAH

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu
Kg. Banggol Karah, Serada,
20050 Kuala Terengganu,
Terengganu, Malaysia.

๐Ÿ“ LOKASI SEKOLAH

ALUAN PENGETUA

SM IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU KUALA TERENGGANU

MD IMRAN BIN MD NOR

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, laman sesawang rasmi SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dapat menjadi wadah perkongsian maklumat, pencapaian, aktiviti serta perkembangan sekolah kepada seluruh warga sekolah, ibu bapa, alumni dan masyarakat.

Selamat datang dan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang mengunjungi laman sesawang rasmi sekolah ini. Sesungguhnya, dunia pendidikan sentiasa berkembang seiring dengan perubahan zaman dan kemajuan teknologi. Justeru, kita perlu terus bergerak ke hadapan dengan menjadikan teknologi sebagai medium untuk memperkukuh komunikasi, menyebarluaskan maklumat serta membina jaringan yang lebih erat antara sekolah dengan komuniti.

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu sentiasa komited dalam usaha melahirkan generasi huffaz yang berilmu, berakhlak, berketerampilan dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi pendidikan Imtiaz.

Dalam menghadapi cabaran pendidikan masa kini, seluruh warga sekolah perlu bergerak sebagai satu pasukan.

Saya yakin dengan semangat kebersamaan, kesungguhan dan komitmen seluruh warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu, kita mampu terus mencipta kecemerlangan dan mengangkat nama sekolah di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama menjadikan sekolah ini sebagai sebuah institusi pendidikan yang bukan sahaja melahirkan huffaz yang menghafaz Al-Quran, tetapi juga huffaz yang menghayati, memahami dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.

Semoga segala usaha dan ikhtiar kita mendapat keberkatan serta dipermudahkan oleh Allah SWT.

โ€œMelahirkan Generasi Huffaz yang Berilmu, Berakhlak dan Berdaya Saing.โ€

Sekian, terima kasih kerana melayari laman sesawang kami.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

MD IMRAN BIN MD NOR
PENGETUA CEMERLANG
SM IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU KUALA TERENGGANU
× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Datoโ€™ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November 1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997. Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Bangunan KOSPINT
Bangunan Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT).

Penubuhan KOSPINT

Pintu masuk KOSPINT
Pintu masuk Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT).

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk menjadikan sekolah ini sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 Jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan.

Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada 23 Julai 2000.

Perasmian rasmi KOSPINT
Perasmian rasmi KOSPINT oleh KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Bas KOSPINT
Bas Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT).

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu. Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%. Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd.

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu Allahyarham Datoโ€™ Razali Bin Ismail, mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.

×

Visi & Misi

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

VISI

Melahirkan Generasi Ulul Albab

MISI

Memperkasakan Sistem Pendidikan Holistik Untukย Melahirkan Insan Seimbang Bercirikan Ulul Albab (Quranik, Ensiklopedik & Ijtihadik)

MOTTO

" Soleh Pintar "

TAGLINE

imtiaz The Best School In The World

×

Piagam Pelanggan

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

Kami warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dengan tekad dan iltizam berjanji akan berusaha sepenuh hati dan sehabis daya memberikan yang terbaik untuk:

01 โ€” MEREALISASIKAN HASRAT BERSAMA

Merealisasikan hasrat ibu bapa, masyarakat, kerajaan negeri dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Imtiaz dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

02 โ€” MELAHIRKAN GENERASI HUFFAZ BERKUALITI

Mendidik dan melahirkan generasi hafiz dan hafizah yang profesional, berketerampilan dan berdaya kepimpinan yang berwibawa melalui perintisan ilmu yang bersepadu, bersumberkan Al-Quran dan hadis secara holistik.

03 โ€” MENYEDIAKAN PERSEKITARAN KONDUSIF

Menyediakan prasarana yang lengkap dan mewujudkan persekitaran sekolah dan asrama yang kondusif dan selesa.

04 โ€” MEMBUDAYAKAN BIAH SOLEHAH

Mewujudkan biah solehah bagi membudayakan pelajar dengan akhlak yang mulia lagi diredhai yang menjadi teras kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

05 โ€” MEMPERKASA PENGURUSAN PENDIDIKAN

Melaksanakan sistem pengurusan pendidikan yang cekap dan berkualiti serta mengamalkan penambahbaikan yang berterusan.

06 โ€” MEMBINA JARINGAN STRATEGIK

Membina jaringan yang menguntungkan dengan pelbagai jabatan dan agensi serta komuniti sekitar.

07 โ€” MEMPERKUKUH UKHUWWAH DAN KHIDMAT KOMUNITI

Membina ukhuwwah yang mantap di antara warga sekolah dengan ibu bapa dan komuniti serta menawarkan khidmat komuniti dalam pelbagai bidang termasuk tanggungjawab kifayah.

08 โ€” PERKHIDMATAN CEKAP DAN MESRA

Memberi perkhidmatan cekap dan mesra kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan sekolah.