KUALA TERENGGANU, 16 Feb : Satu mesyuarat AJK Majlis Pemuafakatan Ibu Bapa dan Guru bagi kali pertama tahun 2012 telah di adakan pagi ini. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tuan Haji Jain bin Awang selaku Timbalan Yang Dipertua MPIBG. Hadir dalam mesyuarat tersebut ialah : 1. Puan Mardziah binti Che Abdullah - Setiausaha 2. Puan Nurhakimah binti Muhammad - Bendahari 3. Encik Mohd Mazri bin A. Rahman - AJK 4. Tuan Haji Mohd @ Ab Razak bin Jusoh - AJK 5. Encik Ahmad Fathi bin Mokhtar - AJK 6. Puan zawiah binti Hashim - AJK 7. Encik Razali bin Mohamad - AJK 8. Encik Abdul Rahim bin Ramli - AJK Turut hadir ialah 1. Puan Faidahnam binti Busu 2. Encik Md Nor b Yahya 3. Encik Zakaria bin Mohamad 4. Puan Zaleha binti Mamat 5. Puan Hayti binti Ismail 6. Puan Norhidayah binti Ibrahim
Category: Am
Mesyuarat AJK MPIBG Kali 1 Tahun 2012
Program CSI Guru Muda 2012
KUALA TERENGGANU, 13 Feb : Program yang dikenali sebagai Caring and Sharing Investigators ini telah dilancarkan pada hari ini oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah.
Program ini memberi peluang kepada pelajar dilantik sebagai guru muda untuk membantu guru sekiranya guru tiada di dalam kelas yang disebabkan guru bermesyuarat, kurusus dan sebagainya. Seramai 35 orang pelajar dilantik sebagai Guru Muda.
Menurut Pengarah Projek SPM. Ustaz Fathi, semasa melawat Sekolah Agama Menengah Bestari ( SAMBEST ) baru-bari ini, beliau melihat semasa P&P berjalan, tiada pelajar yang berada di luar kelas, mereka ini sentiasa berada di kelas untuk menimba ilmu pengetahuan.
Menurutnya lagi, interaksi di antara guru dan pelajar amat baik sekali.Ketika melawat karangkraf, beliau begitu kagum dengan kenyataan CEO Karangkraf Dato’ Hishamudin, Kalau mahu kecemerlangan mestilah ada tindakan dan jangan berputus asa. Beliau mahu semua pelajar sentiasa cakna dengan tindakan ini.
Kita hendaklah bermula daripada awal tahun lagi untuk berusaha sekiranya mahu mencapai kejayaan.
Dalam ucapan pelancaran oleh puan pengetua, beliau mengucapkan tahniah kepada projek SPM yang diketuai oleh Ustaz Fathi bin Ahmad Mokhtar selaku Pengarah Projek SPM dengan sokongan semua guru dan beliau merasakan pada tahun ini projek SPM lebih mantap untuk team SPM dan melihat dari awal tahun lagi telah ada program yang besar dibuat iaitu melawat SAMBEST dijadikan model untuk mendapatkan input yang positif sebagai panduan.
Beliau menyatakan banyak aktiviti yang telah dibuat oleh guru untuk pelajar agar menjadi pelajar yang berfikiran hebat dan dapat mengeluarkan cetusan idea.
Sila klik DI SINI untuk melihatr gambar selanjutnya
‘KUIK’ Anjur Majlis Perpisahan
KUALA TERENGGANU, 12 Feb : Kelab Ukhuwwah Imtiaz KOSPINT hari ini telah menganjurkan satu majlis perpisahan sempena pertukaran guru dan kakitangan.
Menurut Pengerusi KUIK, Cikgu Abdul Hadi bin Muda, Kelab ini ditubuhkan adalah bertujuan memberikan sumbangan kepada ahlinya yang bertukar, berkahwin, kematian keluarga dan banyak lagi. Sehubungan dengan itu, bertepatan dengan konsep KUIK, maka pada hari ini diadakan majlis untuk meraikan mereka yang bertukar.
Antara yang bertukar ialah Ustazah Marina binti Abdul Rahman, yang akan bertugas di SMA Marang, Ustaz Ada’aya bin Yasin yang akan bertugas di SMKA Tok Jiring, Ustaz Mohamad Saufi bertugas di sekolah yang baru iaitu di SMKA Durian Guling, Cikgu Nor Hafiza bertugas di SM Sultan Ismail, YM Che Ku Saiful Azhar yang merupakan Pembantu Tadbir bertukar ke Yayasan Terengganu bersama Encik Hafizi di tempat yang sama.
Dalam ucapan Puan Pengetua, beliau mengucapkan setinggi penghargaan kepada mereka yang telah banyak menyumbang untuk menaikkan nama sekolah. Segala kerjasama yang diberikan beliau mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga.
Sila klik DI SINI untuk melihat gambar selanjutnya.
Kunjungan Dari Sekolah Menengah Sains Selangor
KUALA TERENGGANU, 7 Feb : Seawal jam 8 pagi pihak sekolah telah menerima rombongan dari Sekolah Menengah Sains Selangor.
Pihak sekolah telah menyambut rombongan tersebut seramai 38 orang yang terdiri dari pengetua serta kakitangan sokongan. Sebelum di bawa ke bilik mesyuarat untuk sesi taklimat khas, pihak rombongan telah di bawa ke dewan Asyatibi dan surau untuk melihat pelajar sedang menghafaz Al-Quran.
Semasa sesi taklimat, Puan Faidahnam binti Busu selaku Penolong Kanan Akademik mengucapkan terima kasih kepada rombongan tersebut kerana sudi mengunjungi sekolah ini. Manakala dalam ucapan pengetua sekolah tersebut, Encik Nor Paizin, beliau mengucapkan terima kasih kerana sudi menerima kunjungan seramai 38 orang yang terdiri dari kakitangan sokongan.
Antara tujuan lawatan ini adalah untuk melihat bagaimana keadaan SM Imtaiz itu sendiri yang mempunyai sistem pembelajaran yang berlainan dan ingin mengetahui kaedah terbaik pelajar dapat menghafaz Al-Quran dalam masa yang singkat.
Beliau juga mengucapkan tahniah kerana SM Imtiaz Kuala Terengganu telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan.
Beliau berharap pihak sekolah ini menerima pelajar dari Sekolah Sains Selangor agar diadakan Program Homestay diantara pelajar, begitu juga pihak beliau akan menerima pelajar Sekolah ini sebagai Program homestay di sana nanti. Disamping itu juga, beliau amat bertuah sekiranya ada beberapa orang guru di sini mengajar di sekolah Sains selama seminggu untuk diberi pendedahan cara menghafaz Al-Quran dengan baik.
Sebaik sahaja sesi taklimat selesai, pihak rombongan telah melawat galeri sekolah, koperasi serta di adakan sedikit jamuan.
Sila klik DI SINI untuk melihat gambar selanjutnya.
