Category: Am

Kem Kepimpinan Majlis Perwakilan Murid (MPM) 2025

Program “Kem Kepimpinan MPM 2025” telah diadakan selama 3 hari berturut-turut yang melibatkan 155 orang ahli MPM bagi Tingkatan 2 hingga Tingkatan 4 (77 banin dan 78 banat). Kem ini merupakan anjuran Unit MPM dan HEM yang bertempat di SM Imtiaz YT Kuala Terengganu dan Taman Rekreasi Bukit Besar, Kuala Terengganu. Kem kepimpinan bertujuan untuk memberi pendedahan cara membantu pengendalian tugas yang pelbagai kepada pelajar sebagai panduan dan bekalan untuk menghadapi cabaran memikul tugas dan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin. Program ini juga bertujuan untuk melatih, mendedahkan dan melahirkan pemimpin-pemimpin sekolah yang mempunyai jati diri, semangat kerja berpasukan dan asertif diri yang tinggi.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

#WeLoveiKT
#iKTNo1
#SederapSehasratMerealisasikaniKTNo.1

Program Kolaboratif Cemerlang Bahasa Arab SPM

Program teknik menjawab soalan Bahasa Arab ini terdiri daripada 69 orang calon SPM 2025 bagi SM Imtiaz YT Setiu dan 10 orang ‘guru muda’ calon SPM 2025, SM Imtiaz YT Kuala Terengganu. Penceramah program ini adalah merupakan guru Bahasa Arab sekolah ini sendiri iaitu Ustazah Zuraida Bt. Yusof .

Objektif program adalah:

1️⃣ Persediaan menghadapi peperiksaan SPM 2025.
2️⃣ Memberi pendedahan tentang kaedah dalam menguasai teknik menjawab soalan terkini.
3️⃣ Memotivasikan pelajar agar dapat mencapai kecemerlangan A+ bagi subjek Bahasa Arab SPM 2025 serta mencapai sasaran 100% lulus dengan cemerlang.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

#WeLoveIKT
#IKTNo1
#SederapSehasratMerealisasikaniKTNo1

Dialog Prestasi Peperiksaan Pertengahan Tahun Tingkatan 2, 3 & 4

Satu program “Dialog Prestasi Peperiksaan Pertengahan Tahun” yang melibatkan pelajar-pelajar Tingkatan 2, 3 & 4 telah diadakan bagi tujuan menemukan para ibu bapa pelajar bersama para guru bagi membincangkan hal-hal yang berkaitan dengan pelajaran dan sahsiah serta motivasi dalam diri pelajar. Di sini ibu bapa, pelajar dan guru berpeluang untuk bersemuka dan berbincang mengenai prestasi akademik, tindakan, idea-idea serta cadangan penambahbaikan yang boleh dilaksanakan bagi meningkatkan kecemerlangan pelajar dan seterusnya merealisasikan matlamat sekolah.

#WeLoveiKT
#iKTNo1
#SederapSehasratMerealisasikaniKTNo1


Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

𝗕engkel “Oh My Tajwid” Tingkatan 1

Al-Quran merupakan mukjizat agung yg perlu dijaga dan dipelihara oleh kita sebagai umat Islam. Bahkan sebagai Huffaz Al-Quran, seharusnya lebih memberi penekanan yang sewajarnya dalam bacaan Al-Quran agar tajwid, makhraj dan sifat huruf dapat dialunkan dengan sempurna. Justeru itu, guru halaqah Al-Quran Tingkatan 1 mengambil inisiatif dengan menganjurkan bengkel ‘Oh My Tajwid’ bagi memberi galakan kepada semua pelajar tingkatan 1 agar dapat mengaplikasikan bacaan yang baik dalam hafazan Al-Quran.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

#WeLoveiKT
#iKTNo1
#SederapSehasratMerealisasikaniKTNo.1