Category: Am

Pindaan Jadual Balik Kampung( Balik Wajib ) Bagi Bulan Febuari 2012

KUALA TERENGGANU, 6 Feb : Mesyuarat Jawatankuasa Asrama yang bersidang hari ini telah memutuskan bahawa tarikh balik kampung ( balik wajib ) kepada semua pelajar sekolah ini yang sepatutnya pada 23 Febuari 2012 telah dpinda kepada 16 Febuari 2012 dan kembali ke asrama pada 18 Febuari 2012 tidak lewat jam 6.00 petang. Walau bagaimanapun, tarikh bagi pelajar pelajar pulang ke kampung ( balik pilihan ) tidak berubah iaitu kekal pada 9 Febuari 2012.

Harap maklum kepada semua ibu bapa pelajar sekolah ini.

 

Perarakan Maulidur Rasul 1433H

TAMAN SHAH BANDAR, 5 Feb : SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu telah menghantar satu pasukan untuk sama-sama memeriahkan program sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu pagi tadi.

Hampir 300 pasukan yang terdiri dari 15,000 peserta pelbagai sektor antaranya Jabatan Kerajaan, Swasta, Badan Berkanun, JKKK, IPTA serta Sekolah telah menyertai perarakan ini.

Sultan Terengganu, Al Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin telah mencemar duli untuk sama-sama berangkat bagi merasmikan Perarakan ini.

Perarakan ini bermula dari Taman Shah Bandar dan berakhir di Stadium Tertutup.

Sila klik DI SINI untuk melihat foto seterusnya.

Pertandingan Nasyid Piala Rabbani

TAMAN TAMADDUN ISLAM. 5 Feb : Dengan penuh kesungguhan,  peserta nasyid sekolah telah memukau pengunjung yang datang ke Taman Tamaddun Islam, Pulau Wan Man sempena Karnival Sinar Maulidur Rasul 1433H.

Pasukan nasyid sekolah telah membawa dua lagu iaitu Pergi Tak Kembali sebagai lagu wajib dan lagu Islam Ad-Din sebagai lagu pilihan. Pertandingan ini disertai dari UITM Selangor, Kuala Lumpur dan Terengganu.

Tahniah dan syabas kerana mereka telah menunjukkan kehebatan dalam persembahan nasyid di hadapan para pengunjung yang hadir.

Sila klik DI SINI untuk melihat gambar selanjutnya

Saksikan persembahan Nasyid dari pelajar SM Imtiaz YT Kuala Terengganu

Lagu Pergi Tak Kembali & Islam Ad-Din

Adam Afdal Bercita-Cita Menjadi Imam Masjidil Haram

KUALA TERENGGANU, 31 Jan : Pernah satu ketika dahulu, artikal ini memaparkan mengenai seorang pelajar tingkatan lima yang bernama Muhammad Hud Al-Hashir yang bercita-cita mahu  menjadi Imam di Masjidil Haram, namun pada tahun 2012,pihak pengurusan asrama dapat mengesan seorang lagi  pelajar tingkatan satu mempunyai cita-cita yang sama.

Beliau merupakan putera hasil perkongsian hidup Encik Eddy Zuraidi yang bekerja sebagai jurutera TNB Bangsar, Kuala Lumpur dengan Puan Norazida yang bertugas sebagai Penganalisa Kewangan di Permodalan Nasional Berhad Kuala Lumpur. Beliau yang dimaksudkan ialah Adam Afdal yang berusia 13 tahun. Dilahirkan di Subang jaya.  Beliau adalah anak sulong dari 3 adik beradik.

Pada bulan mac 2011, beliau bersama kedua ibubapanya menunaikan umrah selama 2 minggu. Berkebolehan dalam hafazan Al-Quran dan pernah memasuki Pertandingan Hafazan Al-Quran peringkat daerah Petaling dan mendapat tempat ketiga. Mewakili sekolah dalam acara bolasepak dan pernah menjadi imam di surau sekolah.

Semoga hasrat beliau untuk menjadi imam di Masjidil Haram suatu masa nanti dimabulkan oleh Allah.