Category: Am

𝗕engkel “Oh My Tajwid” Tingkatan 1

Al-Quran merupakan mukjizat agung yg perlu dijaga dan dipelihara oleh kita sebagai umat Islam. Bahkan sebagai Huffaz Al-Quran, seharusnya lebih memberi penekanan yang sewajarnya dalam bacaan Al-Quran agar tajwid, makhraj dan sifat huruf dapat dialunkan dengan sempurna. Justeru itu, guru halaqah Al-Quran Tingkatan 1 mengambil inisiatif dengan menganjurkan bengkel ‘Oh My Tajwid’ bagi memberi galakan kepada semua pelajar tingkatan 1 agar dapat mengaplikasikan bacaan yang baik dalam hafazan Al-Quran.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

#WeLoveiKT
#iKTNo1
#SederapSehasratMerealisasikaniKTNo.1

Maharajan Al-Quran Sekolah-Sekolah KPM Peringkat Negeri Terengganu 2025/1447H

TEMPAT : SM AGAMA SULTAN ZAINAL ABIDIN
TARIKH : 30 JUN 2025 (ISNIN)

TAHNIAH & SYABAS kepada anak-anak Soleh/Solehah Pintar IKT.

#WeLoveiKT
#iKTNo.1
#SederapSehasratMerealisasikanIKTNo.1

Galeri gambar boleh layari di Facebook rasmi sekolah.

Selamat Datang TV AlHijrah ke TV Huffaz IKT

Pada 26 Jun 2025 (Khamis), Pembaca Berita TV Al- Hijrah, En. Wan Kamaruddin bin Wan Ibrahim telah berkunjung ke SM Imtiaz YT Kuala Terengganu untuk membuat rakaman aktiviti pelajar sekitar kawasan asrama, balai quran dan juga bangunan akademik di sekolah. Rakaman telah bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir kira-kira pukul 11.30 pagi. Wartawan TV Huffaz IKT turut bersama-sama En. Wan Kamarudin ketika rakaman berlangsung dan semoga dengan perkongsian pengalaman serta ilmu yang dikongsi bersama wartawan yang dikenali itu dapat melahirkan lebih ramai wartawan cilik yang berkaliber serta dapat mengharumkan lagi nama sekolah kita. Di samping itu, semoga dengan rakaman daripada pihak TV Al-Hijrah dapat sedikit sebanyak memberi manfaat serta pengetahuan kepada pihak luar tentang sekolah ini.

Rakaman video dan galeri gambar boleh layari laman Facebook dan Tiktok rasmi sekolah.

KARNIVAL IDUL ILMI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2024/1446H

Pada 27-28 Oktober 2024, seramai 10 orang pelajar anak soleh solehah pintar telah mewakili IKT dalam Karnival Idul Ilmi Sekolah-sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu bagi tahun 2024. Program tahunan YT ini mempertandingkan acara Hafazan Al-Quran dan Tilawah Al-Quran, melibatkan bilangan peserta seramai 76 orang dari 8 buah sekolah Imtiaz.

الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِين

TAHNIAH & SYABAS kepada Anak Soleh/Solehah Pintar IKT:

Johan Hafazan Juzuk 1-18 Lelaki
🥇MUHAMMAD HABIBURRAHMAN BIN AHMAD FUAD

Naib Johan Tilawah Terbuka Perempuan
🥈SUFYA UMAIRAH BINTI SUKRI

Ke-3 Hafazan Juzuk 1-30 Lelaki
🥉MUHAMMAD AIMAN BIN FAISAL MIZAN

Ke-3 Hafazan Juzuk 1-20 Lelaki
🥉MUHAMMAD KHIDIR BIN ABDULLAH@TUMPANG

Ke-3 Hafazan Juzuk 1-20 Perempuan
🏅NUR ALYA MAISARAH BINTI MOHD FAKHRURROZIE

Tahniah dan terima kasih juga buat anak soleh/solehah pintar:

Tilawah Terbuka Lelaki
🏅AHMAD FAWWAZ HILMI BIN TARMIZI

Hafazan Juzuk 1-10 Lelaki
🏅MUHAMMAD WAFIUDDIN BIN JOHAN SABRI

Hafazan Juzuk 1-10 Perempuan
🏅SHARIFAH NUR FATIMAH BINTI SYED MOHD SULONG

Hafazan Juzuk 1-18 Perempuan
🏅AINUL MARDHIAH BINTI MAZLAN

Hafazan Juzuk 1-30 Perempuan
🏅NUR AISHAH HUSNA BINTI MOHD NASIR

atas sumbangan mewakili Sekolah.

🧕🏻🧑🏻‍
Guru Pembimbing:
🔸Ustaz Mohd Izzat B. Mat Nor
🔸Ustaz Mohd Fakhruddin bin Mat Ripin
🔸Ustaz Ahmad Syahir bin Yahaya

Terima kasih diucapkan kepada Pihak Pengurusan IKT, guru-guru, ibu bapa dan anak-anak pelajar atas sumbangan, sokongan dan kerjasama.

WeLoveIKT #IKTNo1 #AlQuranMumtaz

gambar selanjutnya DI SINI