Author: admin

Sepak Takraw dan Bola Tampar Lelaki Mula Langkah Bergaya pada Hari Kedua MASSMIYT 2016

478b1364-a1c6-41b7-8566-e824537c5c2c

SM IMTIAZ YT KEMAMAN , 5 April : Semua Kontinjen dari 7 buah Sekolah Imtiaz Terengganu telah berkampung di Imtiaz YT Kemaman sempena Sukan MASSMIT 2016. Sukan ini akan bermula 5hb hingga 8hb April 2016 iaitu selama 4 hari.

Kontinjen SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah menghantar seramai 160 peserta lelaki dan perempuan dalam 7 acara yang dipertandingkan iaitu Futsal Lelaki , Bola Jaring , Bola Tampar Lelaki dan Perempuan , Pingpong Lelaki dan Perempuan , Sepaktakraw , Petangue Lelaki dan Perempuan , Badminton Lelaki dan Perempuan.

Berikut adalah keputusan semasa yang melibatkan SM Imtiaz YT Kuala Terengganu sahaja.

6 April 2016

i Cute VS i Kon

25 – 4

25 – 6

25 – 4

5 April 2016

Pingpong Lelaki Menengah Atas

i Cute VS i Best ( 1 – 4 )

Pingpong Perempuan Menengah Atas

i Cute VS i Quber ( 5 – 0 )

Pingpong Lelaki Menengah Rendah

i Cute VS i Kon ( 2 – 3 )

Bola Jaring Menengah Atas

i Cute VS i Kem ( 18 – 6 )

i Cute VS i Dun ( 14 – 5 )

i Cute VS i Best ( 21 – 6 )

LAYAK KE SEPARUH AKHIR

Badminton Lelaki Menengah Rendah

i Cute VS i Set ( 3 – 1 )

Badminton Lelaki Menengah Atas

i Cute VS i Quber ( 1 – 3 )

Petanque Lelaki

i Cute VS i Kem ( 10 – 13 )

Petanque Perempuan

i Cute VS i Dun ( 9 – 13 )

Bola Jaring Menengah Rendah

i Cute VS i Best ( 7 – 8 )

i Cute VS i Dun ( 6 – 15 )

i Cute VS i Set ( 5 – 6 )

KEPUTUSAN TERKINI

6 April 2016

Sepaktakraw Menengah Atas

i Cute VS i Set ( 2 -1 )

 

97a68898-7dd9-4949-b35a-8452ac5f291420160405170616 (1)20160405170616 (2)2016040517061620160405170619 (1)f80c2c9b-2397-4676-b550-3aa4eb6efb0482c20ced-8f2e-47a9-86c8-53e64abb4d5a8e635344-1370-4b92-89a2-2b847393cb47478b1364-a1c6-41b7-8566-e824537c5c2c11a36e48-ad07-46ed-866f-2d632ff74f872016040518133720160405181737201604051828172016040518380120160405193347

 

 

Majlis Penyerahan Bendera MASSMIT 2016

Slide17SMIYT KTRG SBT , 5 April : Satu majlis ringkas penyerahan bendera MASSMIT telah diadakan pagi ini yang disempurnakan oleh Tuan Pengetua , Encik Mohd Yusoff bin Othman.

Kontinjen Sekolah ini akan menyertai semua acara yang dipertandingkan dalam Sukan tersebut. SM Imtiaz YT Kemaman adalah tuan rumah bagi tahun ini. MASSMIT pada kali ini akan bermula selama 4 hari bermula 5hb dan akan berakhir 8 April 2016

Terdahulu dari itu, dalam amanat ringkas Tuan Pengetua, beliau mengharapkan agar pada tahun ini i-cute akan menjuarai secara keseluruhan. Bagi mencapai matlamat tersebut , beliau menyarankan agar semua peserta bermain bersungguh-sungguh dan meletakkan target untuk johan.

TAHNIAH SEMOGA BERJAYA MEMBAWA KEMENANGAN NANTI.

Slide4Slide10Slide34

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Encik Jain Rasmi 3 Program Serentak

Slide34SMIYT KTRG SBT , 4 April : Timbalan MPIBG , Encik Jain bin Awang hari ini telah merasmikan Pelancaran Wakaf Ilmu , Program Nilam dan Kdem Membaca 1Malaysia di dewan Asyatibi.

Terdahulu dari itu , beliau telah diiringi oleh Tuan Pengetua, Encik Mohd Yusoff bin Othman , Semua Penolong Kanan , Ketua Jabatan , guru serta pelajar.

Program ini bertujuan untuk mengumpul dana dan seterusnya disumbangkan kepada Pusat Sumber Sekolah. Ianya juga dapat meningkatkan masa membaca bahan yang berfaedah dalam kalangan pelajar.

Diamping itu juga, pelajar dapat menilai bahan bacaan dan memindahkan maklumat yang berkaitan dalam rekod membaca yang telah dikhaskan.

Dalam majlis ini, semua tetamu serta pelajar dapat melihat perembahan pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1 dan 2 yang begitu mengasyikkan.

Slide9Slide10Slide16Slide19Slide43

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Perembahan Pelajar – Video 1

Persembahan Pelajar – Video 2 ( sedang proses )

 

Guru KBT 2016

MOHAMAD KHIRMAN NAIM B ZAID 890804035581SMIYT KTRG SBT , 4 Mac : Baru-baru ini Sekolah telah menerima beberapa orang guru baru yang akan mengajar pelajar dalam kategori menghafaz Al-Quran.

Guru yang dimaksudkan ialah Guru KBT ( Kurikulum Bersepadu Tahfiz ) dari Kementerian Pendidikan Malaysia. Semoga mereka ini akan memberi khidmat yang terbaik kepada pelajar sekolah ini.

 

Senarai guru KBT 2016( GAMBAR ) , klik DI SINI

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.

×

Visi & Misi

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

VISI

Melahirkan Generasi Ulul Albab

MISI

Memperkasakan Sistem Pendidikan Holistik Untuk Melahirkan Insan Seimbang Bercirikan Ulul Albab (Quranik, Ensiklopedik & Ijtihadik)

MOTTO

" Soleh Pintar "

TAGLINE

imtiaz The Best School In The World

×

Piagam Pelanggan

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

Kami warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dengan tekad dan iltizam berjanji akan berusaha sepenuh hati dan sehabis daya memberikan yang terbaik untuk:

01 — MEREALISASIKAN HASRAT BERSAMA

Merealisasikan hasrat ibu bapa, masyarakat, kerajaan negeri dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Imtiaz dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

02 — MELAHIRKAN GENERASI HUFFAZ BERKUALITI

Mendidik dan melahirkan generasi hafiz dan hafizah yang profesional, berketerampilan dan berdaya kepimpinan yang berwibawa melalui perintisan ilmu yang bersepadu, bersumberkan Al-Quran dan hadis secara holistik.

03 — MENYEDIAKAN PERSEKITARAN KONDUSIF

Menyediakan prasarana yang lengkap dan mewujudkan persekitaran sekolah dan asrama yang kondusif dan selesa.

04 — MEMBUDAYAKAN BIAH SOLEHAH

Mewujudkan biah solehah bagi membudayakan pelajar dengan akhlak yang mulia lagi diredhai yang menjadi teras kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

05 — MEMPERKASA PENGURUSAN PENDIDIKAN

Melaksanakan sistem pengurusan pendidikan yang cekap dan berkualiti serta mengamalkan penambahbaikan yang berterusan.

06 — MEMBINA JARINGAN STRATEGIK

Membina jaringan yang menguntungkan dengan pelbagai jabatan dan agensi serta komuniti sekitar.

07 — MEMPERKUKUH UKHUWWAH DAN KHIDMAT KOMUNITI

Membina ukhuwwah yang mantap di antara warga sekolah dengan ibu bapa dan komuniti serta menawarkan khidmat komuniti dalam pelbagai bidang termasuk tanggungjawab kifayah.

08 — PERKHIDMATAN CEKAP DAN MESRA

Memberi perkhidmatan cekap dan mesra kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan sekolah.