Author: admin

Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Imtiaz Terengganu ( MASSMIT ) Peringkat Negeri Terengganu 2017

d4b328a7-e60d-4089-ad8a-af47673524daSMIYT KTRG SBT , 2 April : Sukan MASSMIT 2017 menyaksikan SM Imtiaz YT Dungun dinobatkan sebagi Johan Keseluruhan dalam Majlis Sukan MASSMIT yang bermula 29 Mac hingga 1 April 2017.

Bagi Johan kategori lelaki dingguli oleh SM Imtiaz YT Setiu dan perempuan SM Imtiaz YT Kuala Terengganu. Sebanyak 9 buah Sekolah terlibat dalam kejohanan kali ini iaitu dari daerah Besut , Setiu , Kuala Nerus, Kuala Terengganu , Marang , Dungun , Kuala Berang dan kemaman dan IQT.

Semua hadiah telah disampaikan oleh Encik Mazlan bin Che Wil , Ketua Penolong Pengarah , Bahagian Pengurusan Imtiaz.

Tahniah dan syabas!!!

Berikut adalah keputusan penuh perlawanan. KLIK DI SINI

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

4d53a95d-784b-4aa4-9512-7b910e02b8166a5b173c-4a25-4e4c-a75a-afcd45f01aad44a5f249-53f4-4b72-88b0-b99bab7f4b89317e2bfd-0cbb-47f5-87f6-99272b37b775762e1cf2-8689-4946-a858-d504d0c999fb

Majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih

92c62640-11dd-42df-a160-83400173df8cSM IMTIAZ KTRG SBT , 28 Mac : Sempena persaraan Tuan Pengetua, Encik Mohd Yusoff bin Othman , satu majlis Sanjungan Budi Lambaian Kasih telah diadakan pada 27 Mac di dewan Asyatibi.

Majlis yang penuh hiba ini dihadiri semua guru , kakitangan serta pelajar dan wakil MPIBG Encik Jain dan Encik Abdul Aziz. Majlis diserikan dengan persembahan dari guru dan pelajar serta dibawa menaiki kereta kuda berhias mengelilingi kawasan sekolah.

Beliau mengucapkan tahniah kepada pengelola majlis kerana tidak menyangka mendapat pengiktirafan sebegini sempena persaraan beliau.

Beliau juga memohon ampun dan maaf sekiranya selama berkhidmat sebagai pengetua sekolah ini ada yang menyinggung perasaan di kalangan guru, kakitangan serta pelajar. Hanya kasih sayang serta ingatan yang tak akan terpadam sepanjang hayat.
Persaraan Tuan pengetua akan bermula pada 1 April ini.

43d218ff-729a-4315-8a91-11600765f43071fa008a-831e-410d-b38d-ea178739594588308771-1369-4a05-86f9-48010b2de075bd6abc2b-0530-46ed-8d85-229b14d761acf7907e62-945b-4b24-95f7-e445cd102f0d

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Ceramah Penghayatan Al Quran

852112298_83211_10355402710403610237

SMIYT KTRG SBT , 24 Februari : Unit Al Quran pagi ini telah menganjurkan satu sesi ceramah mengenai Penghayatan Al Quran kepada semua pelajar bertempat di dewan Asyatibi.

Bertujuan supaya Al Quran ini sentiasa berada di dada pelajar dan cinta kepada Al Quran. Pihak Sekolah telah mengundang seorang penceramah iaitu Ustaz Khairul Anuar Basri Al-Hafiz bagi megupas tajuk Ada Apa Dengan Cinta Al Quran.

Semoga program ini akan menjadi kekuatan kepada semua pelajar untuk meneruskan pembacaan Al Quran serta menghafaz dan menterjemahkannya.

852112265_83339_15925900451418433285852117329_83516_10107326833320159556

Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Khemah Ibadah Sekolah-Sekolah(KISS) KPM Peringkat Kebangsaan Kali Ke 3 Tahun 2017

Slide14SMIYT KTRG SBT , 23 Februari : Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Khemah Ibadah peringkat Kebangsaan telah diadakan hari ini. SM Imtiaz Yayasan Terengganu telah dipilih sebagai Tuan rumah bagi Karnival Khemah Ibadah ini.

Antara yang hadir dalam mesyuarat ini ialah Puan Hajjah Kamariah binti Isa , Timbalan Pengarah , Bahagian Dakwah & Syiar Islam , BPI KPM , Tuan Haji Mat Sor , Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu , Ustaz Awi bin Salleh , Ketua Sektor , Sektor Pendidikan Islam, JPNT , Semua Gurubesar serta pegawai-pegawai dari JPNT.

Ianya bertujuan untuk membincangkan tentang persiapan Karnival Khemah Ibadah kali ke 3 Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan pada bulan April ini.

Slide1Slide2Slide3Slide4Slide5Slide6Slide7Slide9Slide8Slide11Slide10Slide12Slide13

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.

×

Visi & Misi

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

VISI

Melahirkan Generasi Ulul Albab

MISI

Memperkasakan Sistem Pendidikan Holistik Untuk Melahirkan Insan Seimbang Bercirikan Ulul Albab (Quranik, Ensiklopedik & Ijtihadik)

MOTTO

" Soleh Pintar "

TAGLINE

imtiaz The Best School In The World

×

Piagam Pelanggan

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

Kami warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dengan tekad dan iltizam berjanji akan berusaha sepenuh hati dan sehabis daya memberikan yang terbaik untuk:

01 — MEREALISASIKAN HASRAT BERSAMA

Merealisasikan hasrat ibu bapa, masyarakat, kerajaan negeri dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Imtiaz dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

02 — MELAHIRKAN GENERASI HUFFAZ BERKUALITI

Mendidik dan melahirkan generasi hafiz dan hafizah yang profesional, berketerampilan dan berdaya kepimpinan yang berwibawa melalui perintisan ilmu yang bersepadu, bersumberkan Al-Quran dan hadis secara holistik.

03 — MENYEDIAKAN PERSEKITARAN KONDUSIF

Menyediakan prasarana yang lengkap dan mewujudkan persekitaran sekolah dan asrama yang kondusif dan selesa.

04 — MEMBUDAYAKAN BIAH SOLEHAH

Mewujudkan biah solehah bagi membudayakan pelajar dengan akhlak yang mulia lagi diredhai yang menjadi teras kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

05 — MEMPERKASA PENGURUSAN PENDIDIKAN

Melaksanakan sistem pengurusan pendidikan yang cekap dan berkualiti serta mengamalkan penambahbaikan yang berterusan.

06 — MEMBINA JARINGAN STRATEGIK

Membina jaringan yang menguntungkan dengan pelbagai jabatan dan agensi serta komuniti sekitar.

07 — MEMPERKUKUH UKHUWWAH DAN KHIDMAT KOMUNITI

Membina ukhuwwah yang mantap di antara warga sekolah dengan ibu bapa dan komuniti serta menawarkan khidmat komuniti dalam pelbagai bidang termasuk tanggungjawab kifayah.

08 — PERKHIDMATAN CEKAP DAN MESRA

Memberi perkhidmatan cekap dan mesra kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan sekolah.