Author: admin

Karnival Sinergi iKT 2019

SM IMTIAZ YT KUALA TERENGGANU SBT : Karnival Sinergi iKT 2019 telah di adakan bermula 16 Jun 2019 di Dewan Asyatibi. Aktiviti yang merangkumi STEM, SEM, PSS dan KOOP telah dirasmikan oleh Tuan Haji Shafruddin bin Ali Hussin , Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu. Turut hadir ialah Pengerusi ANGKASA Negeri Terenganu , Tuan Pengetua Ustaz Md Imran bin Md Nor serta semua Penolong kanan, Ketua jabatan dan pelajar.

Karnival ini bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat pelajar yang melakukan penyelidikan tentang sesuatu produk.  Diharap dengan adanya karnival seperti ini akan dapat meberikan input yang berguna kepada pelajar.

Karnival ini akan berakhir pada 20 Jun 2019

Slide3

Slide6Slide15Slide29Slide32

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

MAJLIS PENUTUP PROGRAM KHAS ASASI IMTIAZ 2018

34c071c4-598f-417a-9824-ea5d6d1000e6SMIYT KTRG SBT , 17 Julai : Majlis Penutup Program Khas Asasi Imtiaz 2018 telah disempurnakan oleh YB. Haji Maliaman bin Kassim , Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Terengganu yang mewakili YB. Haji Satiful Bahri , Pengerusi Jawatankuasa Pelaksanaan Syariah, Pendidikan dan Pengajian Tinggi Negeri Terengganu.

Turut mengiringi beliau ialah Ustaz Awi bin Salleh , Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Islam yang mewakili Pengarah JPNT , Encik Mazlan bin Che Wil , Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Imtiaz yang mewakili Pengarah Yayasan Terengganu, Encik Md Imran bin Md Nor , Pengetua Imtiaz K.Trg selaku tuan rumah serta pengetua-pengetua Sekolah Imtiaz Yayasan Terengganu.

Seramai 391 pelajar tingkatan 1 terdiri daripada 6 buah sekolah Imtiaz telah menghadiri majlis tersebut.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

88bbfe26-599f-40d6-97cc-7f9b76fb7546cc9bf8df-a71b-47fe-8152-5e5491662117f4456210-24eb-4eb8-89fb-9534f240af13

Tahniah ! KOOP IKT Mendapat Tempat Ke 4 Terbaik Peringkat Kebangsaan

78e09f01-692f-4d9e-aa66-17b619acbcd8SMK Long Ghafar, Kota Baru Kelantan : Sekalung tahniah dan syabas kepada Koperasi Imtiaz Kuala Terengganu Berhad kerana telah menduduki tempat yang ke 4 kategori Hos 4 Bintang Peringkat Kebangsaan yang diumumkan pada 14 Julai 2018 di SMK Long Ghafar, Kota Bharu kelantan.

Berikut adalah keputusan rasmi:

*4*BINTANG

1. Kop. SMK Temin Jerantut. Pahang
2. Kop. SMK Simpang Beluru Enggor Kuala Kangsar Perak
3. Kop. SMKA Perempuan Kangar Perlis
4. Kop. SMK Batu 10 Lekir Setiawan Perak
5. Kop. SMK Pasir Gudang Johor
6. Kop. SMK Long Ghafar Kelantan
7. Kop. SMK Badin Sabah
8. Kop. SMK Batu Kikir Negeri Sembilan
9. Kop. SMK Langkawi Pulau Tuba Langkawi Kedah
10. Kop. Imtiaz YT Kuala Terengganu
11. Kop. SMK Matang Hulu Terengganu. Terengganu

5 BINTANG

1. Kop. SMK Pekan Baru Muar Johor
2. Kop. SMK Pelong Setiu Terengganu
3. Kop. SMK Model Khas Rendang Panjang Perak..

1ec993f3-4b8b-40ca-9cb9-0b207d19ef998d7cb290-31de-486a-b896-411a0a99b8e778e09f01-692f-4d9e-aa66-17b619acbcd8784323c5-6565-4dec-b3ee-9b7e466c6871b1fd7e64-c250-4447-b7cf-e4c760029479b08a2d72-a6a9-40d2-9259-e18466b19a32d773b7ef-e537-4f52-ba12-29939a826f3e

PERTANDINGAN DRAMA BAHASA INGGERIS PROGRAM KO AKADEMIK PERINGKAT NEGERI TERENGGANU

0a9ea572-eb75-4029-bae2-7ac15f4f6a1bSMK RUSILA, 11 Julai: Seramai 15 orag pelajar terdiri dari 8 orang pelajar perempuan dan 7 orang pelajar lelaki telah menyertai pertandingan Drama Bahasa Inggeris Peringkat Negeri 2018 anjuran JPNT.

Walaupun mendapat saguhati, para peserta sekolah telah menunjukkan bakat yang begitu baik sekali.
Pertandingan ini di kendalikan di bawah bimbingan pn hasbe zuraini abu bakar dan TC Nur Hakimah Muhamad dan Sir Ahmad Helmi Bbd Rasyid, thelp Sekolah.
Tahniah dan Syabas
Gambar selanjutnya sila KLIK DI SINI
 2fab980d-67f7-405b-b434-0f64ccf57a84247fc6fb-2656-45f8-9026-ac68170205a6e9d8652b-1b85-4e5d-9935-3fc3c405e7eb
× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.

×

Visi & Misi

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

VISI

Melahirkan Generasi Ulul Albab

MISI

Memperkasakan Sistem Pendidikan Holistik Untuk Melahirkan Insan Seimbang Bercirikan Ulul Albab (Quranik, Ensiklopedik & Ijtihadik)

MOTTO

" Soleh Pintar "

TAGLINE

imtiaz The Best School In The World

×

Piagam Pelanggan

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

Kami warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dengan tekad dan iltizam berjanji akan berusaha sepenuh hati dan sehabis daya memberikan yang terbaik untuk:

01 — MEREALISASIKAN HASRAT BERSAMA

Merealisasikan hasrat ibu bapa, masyarakat, kerajaan negeri dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Imtiaz dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

02 — MELAHIRKAN GENERASI HUFFAZ BERKUALITI

Mendidik dan melahirkan generasi hafiz dan hafizah yang profesional, berketerampilan dan berdaya kepimpinan yang berwibawa melalui perintisan ilmu yang bersepadu, bersumberkan Al-Quran dan hadis secara holistik.

03 — MENYEDIAKAN PERSEKITARAN KONDUSIF

Menyediakan prasarana yang lengkap dan mewujudkan persekitaran sekolah dan asrama yang kondusif dan selesa.

04 — MEMBUDAYAKAN BIAH SOLEHAH

Mewujudkan biah solehah bagi membudayakan pelajar dengan akhlak yang mulia lagi diredhai yang menjadi teras kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

05 — MEMPERKASA PENGURUSAN PENDIDIKAN

Melaksanakan sistem pengurusan pendidikan yang cekap dan berkualiti serta mengamalkan penambahbaikan yang berterusan.

06 — MEMBINA JARINGAN STRATEGIK

Membina jaringan yang menguntungkan dengan pelbagai jabatan dan agensi serta komuniti sekitar.

07 — MEMPERKUKUH UKHUWWAH DAN KHIDMAT KOMUNITI

Membina ukhuwwah yang mantap di antara warga sekolah dengan ibu bapa dan komuniti serta menawarkan khidmat komuniti dalam pelbagai bidang termasuk tanggungjawab kifayah.

08 — PERKHIDMATAN CEKAP DAN MESRA

Memberi perkhidmatan cekap dan mesra kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan sekolah.