Author: admin

Majlis Sanjungan Budi Lestari Kasih

Majlis “Sanjungan Budi, Lestari Kasih” telah diadakan untuk meraikan persaraan Cikgu Mokhtar bin Sidek dan pertukaran Cikgu Herdawati bin Muda yang akan berkhidmat di IPG, Batu Rakit sebagai seorang Pensyarah. Majlis diadakan sebagai menghormati dan memberikan penghargaan kepada mereka atas sumbangan dan perkhidmatannya selama ini.  Pelbagai acara termasuk persembahan badan beruniform, pencak silat, paluan kompang, ucapan, bacaan doa, dan penyampaian cenderamata dilangsungkan dengan penuh penghargaan bagi menghargai jasa mereka dalam dunia pendidikan.

Warga sekolah mengucapkan Selamat Bersara kepada Cikgu Mokhtar serta Selamat Bertugas di tempat baru kepada Cikgu Herdawati. Segala salah dan silap harap dimaafi. Semoga tautan kasih kami akan kekal utuh menjadi selingkar kenangan kepada kalian.

Galeri gambar & video boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Mukhayyam Ulul Albab Sekolah-sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Tahun 2025

Perkhemahan badań-badan beruniform bagi sekolah-sekolah menengah Imtiaz Yayasan Terengganu telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Kem Sri Keluang, Besut yang melibatkan lebih kurang 320 orang pelajar dari seluruh Sekolah Menengah Imtiaz.

SM Imtiaz YT Kuala Terengganu tidak ketinggalan menghantar 20 orang banat dan 20 orang banin sebagai peseta perkhemahan tersebut. Tahniah kepada peserta kerana telah dinobatkan Johan bagi pertandingan ‘Best Gadget & Tent’ manakala Naib Johan bagi pertandingan ‘First Aid’ dan ‘Ioi Volunteering’.

Mukhayam Ulul Albab dianjurkan bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program ini memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan ilmu sebagai ahli unit beruniform, seterusnya membentuk disiplin, semangat kerjasama, dan kepimpinan. 

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuk :- 

  • Istiadat Pagi
  • Mendirikan khemah
  • Rentas halangan
  • Night walk
  • Compass marching & Gajet
  • Ikatan & Pertolongan cemas
  • Malam simfoni alam
  • Pertandingan kawad kaki

Melalui aktiviti ini, pelajar dapat menimba ilmu perkhemahan sambil memupuk nilai murni dan menghargai alam sekitar. Berikut adalah objektif bagi program ini:

  • Memperkukuh jati diri Muslim melalui penghayatan nilai Islam dalam kehidupan harian.
  • Melahirkan insan Ulul Albab yang seimbang dari segi akal, rohani, fizikal dan emosi.
  • Memupuk kepimpinan dan tanggungjawab dalam suasana berkumpulan.
  • Meningkatkan disiplin dan ketahanan dirii dalam menghadapi cabaran.
  • Memperkukuh jati diri Muslim melalui penghayatan nilai Islam dalam kehidupan harian.
  • Mengukuhkan ukhuwah Islamiah melalui aktiviti berkumpulan dan ibadat.
  • Memantapkan kemahiran hidup dan asas dakwah, termasuk komunikasi dan pengurusan diri.
  • Menyemai kecintaan terhadap Al-Quran dan minat kepada ilmu.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Pertandingan Malaysia Techlympic – Zon Timur (Terengganu, Kelantan & Pahang)

Pusat Sains & Kreativiti Terengganu, 12 Ogos 2025 : SYABAS & TAHNIAH! kepada anak-anak soleh pintar SM Imtiaz YT Kuala Terengganu yang telah dinobatkan sebagai JOHAN bagi “Cabaran Cetakan 3D” dalam pertandingan Malaysia Techlympic Zon Timur. Seramai 22 orang pelajar daripada Imtiaz Kuala Terengganu yang menyertai pertandingan ini dalam pelbagai jenis perlawanan iaitu Cabaran Kejuruteraan Dunia (WEC), Cabaran Drone, Cabaran Cetakan 3D, Cabaran Kereta Roket dan Cabaran Ezy Rover/ Roket Tempur. Mereka diiringi oleh 5 orang guru pembimbing yang mewakili setiap perlawanan tersebut.

Pelajar yang mendapat Johan akan bertanding ke peringkat seterusnya bagi mewakili Negeri Terengganu yang akan berlangsung di Negeri Melaka. Kumpulan yang mendapat Johan ini terdiri daripada pelajar TIngkatan 2 iaitu Muhammad Umar b. Has, Muhammad Aufa Iman b. Zaiman Haifizie, Fawwaz Afham b. Farih dan Umar Najmi b. Rusli. 

Sebagai makluman program pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) perdana MOSTI ini adalah anjuran daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Malaysia Bioeconomy Development Corporation Sdn. Bhd. agensi di bawah MOSTI. Inisiatif ini merupakan usage kerajaan melalui MOSTI untuk memperkasakan bidang STI serta menggalakkan lebih ramai penglibatan pelajar dan belia dalam bidang STI dan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pendekatan berbentuk pertandingan.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Gotong Royong PIBG Madani 2025

Pihak Pengurusan HEM, Unit 3K SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah menganjurkan Program Gotong royong Madani yang bertujuan untuk meningkatkan kebersihan, keceriaan, dan keselamatan sekolah, serta memupuk perpaduan dan nilai-nilai murni di kalangan warga sekolah dan masyarakat setempat. Program ini melibatkan kerjasama antara guru, kakitangan,pelajar, ibu bapa dan komuniti setempat dalam melaksanakan aktiviti gotong-royong di sekolah. PIBG Madani bertujuan mengeratkan hubungan antara guru, ibu bapa dan komuniti kampung sekaligus mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang bersih dan ceria.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.

×

Visi & Misi

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

VISI

Melahirkan Generasi Ulul Albab

MISI

Memperkasakan Sistem Pendidikan Holistik Untuk Melahirkan Insan Seimbang Bercirikan Ulul Albab (Quranik, Ensiklopedik & Ijtihadik)

MOTTO

" Soleh Pintar "

TAGLINE

imtiaz The Best School In The World

×

Piagam Pelanggan

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

Kami warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dengan tekad dan iltizam berjanji akan berusaha sepenuh hati dan sehabis daya memberikan yang terbaik untuk:

01 — MEREALISASIKAN HASRAT BERSAMA

Merealisasikan hasrat ibu bapa, masyarakat, kerajaan negeri dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Imtiaz dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

02 — MELAHIRKAN GENERASI HUFFAZ BERKUALITI

Mendidik dan melahirkan generasi hafiz dan hafizah yang profesional, berketerampilan dan berdaya kepimpinan yang berwibawa melalui perintisan ilmu yang bersepadu, bersumberkan Al-Quran dan hadis secara holistik.

03 — MENYEDIAKAN PERSEKITARAN KONDUSIF

Menyediakan prasarana yang lengkap dan mewujudkan persekitaran sekolah dan asrama yang kondusif dan selesa.

04 — MEMBUDAYAKAN BIAH SOLEHAH

Mewujudkan biah solehah bagi membudayakan pelajar dengan akhlak yang mulia lagi diredhai yang menjadi teras kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

05 — MEMPERKASA PENGURUSAN PENDIDIKAN

Melaksanakan sistem pengurusan pendidikan yang cekap dan berkualiti serta mengamalkan penambahbaikan yang berterusan.

06 — MEMBINA JARINGAN STRATEGIK

Membina jaringan yang menguntungkan dengan pelbagai jabatan dan agensi serta komuniti sekitar.

07 — MEMPERKUKUH UKHUWWAH DAN KHIDMAT KOMUNITI

Membina ukhuwwah yang mantap di antara warga sekolah dengan ibu bapa dan komuniti serta menawarkan khidmat komuniti dalam pelbagai bidang termasuk tanggungjawab kifayah.

08 — PERKHIDMATAN CEKAP DAN MESRA

Memberi perkhidmatan cekap dan mesra kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan sekolah.