21-24 MEI 2026 UNIVERSITI AL-SULTAN ABDULLAH AHMAD SHAH
Pihak sekolah merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada Murabbi IKT, Al-Fadhil Ustaz Ahmad Syahir Bin Yahaya di atas kejayaan mendapat tempat ke-3 dan yang telah memberikan persembahan terbaik dalam Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan 1447H / 2026M. Teruskan istiqamah dalam memartabatkan al-Quran sebagai panduan hidup. Semoga al-Quran sentiasa menjadi cahaya yang menerangi hati dan membawa keberkatan dalam setiap langkah kehidupan.
Program ini diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim di antara guru, ibu bapa dan pelajar di samping meningkatkan motivasi pelajar untuk mencapai kecemerlangan akademik.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.
Program AI Future Innovators merupakan inisiatif pemindahan ilmu yang dianjurkan oleh Penyelidik Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Program ini diadakan secara khusus untuk mendedahkan para pelajar kepada teknologi Kecerdasan Buatan (AI). Antara objektif program ini diadakan adalah untuk mendedahkan pelajar kepada konsep asas dan aplikasi di samping dapat memupuk budaya inovasi digital dengan menyediakan pelajar bagi cabaran masa hadapan melalui pemikiran komputasi dan sistem pintar.