Author: admin
MESYUARAT AGONG KELAB/PERSATUAN KALI PERTAMA TAHUN 2017
SMIYT KTRG SBT ,25 Januari : Mesyuarat Agung Kelab / Persatuan telah diadakan pada 24hb Januari 2017.
Ianya merupakan mesyuarat agung kali pertama bagi tahun 2017. Semua Guru kelab/Persatuan telah mengadakan mesyuarat masing-masing di lokasi yang berbeza.
Gambar selanjutnya sila klik DI SINI
Majlis Pelancaran ” I Look Smart “
SMIYT KTRG SBT , 22 Januari : Satu Majlis pelancaran ” I Look Smart ” telah dirasmikan pada pagi ini oleh Pengetua Cemerlang , Encik Mohd Yusoff bin Othman.
Program ini merupakan salah satu daripada program Shahsiah Unggul Murid ( SUMUR ) di bawah unit HEM. Ianya bertujuan memperkenalkan cara-cara pemakaian dan penampilan pelajar yang kemas dan berdisiplin. Disamping itu juga melahirkan pelajar-pelajar yang berdisiplin dan sentiasa mematuhi peraturan Sekolah dan Asrama serta mewujudkan persekitaran yang baik atau bi’ah solehah dalam kawasan Sekolah dan menepati ciri-ciri sahsiah unggul murid.
Dalam majlis tersebut juga telah diperkenalkan pakaian yang mesti dipakai pada setiap aktiviti.
Gambar selanjutnya sila klik DI SINI