Author: admin

Karnival Terengganu Cinta Al-Quran Sempena Sedekad KQT

Karnival Terengganu Cinta Al-Quran sempena sedekad Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) telah berlangsung dengan penuh meriah melalui penganjuran pertandingan Hafazan, Tilawah Al-Quran, Azan dan Khat.

Program ini menjadi wadah dalam mencungkil bakat, memupuk kecintaan terhadap Al-Quran serta melahirkan generasi yang bukan sahaja menghafaz dan membaca Al-Quran dengan baik, malah menghayati nilai-nilai murni yang terkandung di dalamnya.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan komitmen, kesungguhan dan semangat yang tinggi sepanjang pertandingan berlangsung. Semoga usaha ini terus menyemarakkan budaya Al-Quran dalam kalangan masyarakat serta menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Motivasi Inspirasi Puncak Prestasi

Projek Kecemerlangan Ting.2, SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu akan menganjurkan Program Motivasi Inspirasi Puncak Prestasi sebagai salah satu usaha memperkukuhkan jati diri, membina motivasi serta menyemarakkan semangat kecemerlangan dalam kalangan pelajar.

Program yang disasarkan kepada semua pelajar Tingkatan 2 ini telah disampaikan oleh Ustaz Najmuddin Ulwan bin Hamdan dengan pengisian yang memberi penekanan terhadap kepentingan ilmu, pembentukan akhlak, disiplin diri serta usaha mencapai kejayaan dalam kehidupan.

Melalui program ini, para pelajar didorong untuk mengenali potensi diri, membina keyakinan serta menjadikan nilai-nilai Islam sebagai panduan dalam mengejar kecemerlangan akademik dan sahsiah.

Semoga program ini menjadi pemangkin kepada pelajar untuk terus berusaha, beriltizam dan mencapai puncak prestasi dalam setiap bidang yang diceburi.

TAHNIAH! Tempat Keempat Festival Nasyid Simfoni Hawa (FaSiHa) Peringkat Kebangsaan 2026

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan nasyid SM Imtiaz YT Kuala Terengganu atas kejayaan meraih Tempat Keempat dalam Festival Nasyid Simfoni Hawa (FaSiHa) Peringkat Kebangsaan 2026.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada komitmen, kesungguhan, disiplin dan kerjasama yang ditunjukkan oleh para pelajar serta guru pembimbing sepanjang persediaan dan pertandingan.

Semoga pencapaian ini menjadi pembakar semangat untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.

Tahniah dan syabas kepada seluruh pasukan!
Teruskan mengharumkan nama IKT di persada kebangsaan.

KUMPULAN AULA HANEESA

Khaira Yafi Binti Ahmad Fitri
Atikah Alhafizah Binti Mohd Saufi
Batrisyia Basyiraa Binti Razali
Nur Damia Hadfina Binti Helmy
Nur ‘Ain Binti Noor Asa’ari
Wardatul Adnin Binti Muhammad Fakrulnizam
‘Ulya Nuha Binti Muhammad Suhaimi
A’isyah Humayraa Binti Mohammad Ridhwan
Nuha Safiyah Binti Ahmad Ridhuan

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Karnival Kemerdekaan & Penutup Bulan Kemerdekaan

Alhamdulillah, telah berlangsung Karnival Kemerdekaan & Penutup Bulan Kemerdekaan di SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dalam suasana penuh meriah dan semangat patriotisme.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan bagi menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan, di samping memberi peluang kepada warga sekolah untuk bersama-sama menghayati erti kemerdekaan, menghargai jasa para pejuang serta menyemai rasa cinta kepada negara.

Karnival ini turut menjadi wadah untuk mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga sekolah melalui penglibatan aktif pelajar dan guru dalam pelbagai aktiviti yang telah dirancang.

Semoga semangat patriotisme, perpaduan dan kecintaan terhadap Malaysia terus subur dalam diri setiap warga sekolah.

Selamat menyambut Hari Kebangsaan!
โ€œMalaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmatiโ€

Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan Karnival Kemerdekaan & Penutup Bulan Kemerdekaan.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

LOGO & LAGU

SM IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU KUALA TERENGGANU

LOGO IMTIAZ

LAGU IMTIAZ

Ya rabbi anta maksudi
Keredaanmu tuntutan kami
Imtiaz KOSPINT kami sayangi
Mendidik kami erti insani

Allah dan rasul dalam ingatan
Quran dan hadis jadi pegangan
Akhlak Al-Quran diterapkan
Ilmu dan budi jadi asuhan

Akademik cemerlang pemimpin terbilang
Menerajui ummah penuh gemilang
Imtiaz KOSPINT kami sanjungi
Namamu tersemat di sanubari

Lirik Lagu:
Pn. Mardziah Che Abdullah (Mantan Pengetua)

Komposer Lagu:
En. M. Shahril M. Anip

HUBUNGI KAMI

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

Sekolah Berprestasi Tinggi Kementerian Pendidikan Malaysia

๐Ÿ“ž
TELEFON 09-619 5111
๐Ÿ“ 
FAKS 09-619 5112
๐Ÿ“ง
E-MEL TFT3004@moe.edu.my
๐Ÿ“ ALAMAT SEKOLAH

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu
Kg. Banggol Karah, Serada,
20050 Kuala Terengganu,
Terengganu, Malaysia.

๐Ÿ“ LOKASI SEKOLAH

ALUAN PENGETUA

SM IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU KUALA TERENGGANU

MD IMRAN BIN MD NOR

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…ู

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, segala puji dan syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, laman sesawang rasmi SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dapat menjadi wadah perkongsian maklumat, pencapaian, aktiviti serta perkembangan sekolah kepada seluruh warga sekolah, ibu bapa, alumni dan masyarakat.

Selamat datang dan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang mengunjungi laman sesawang rasmi sekolah ini. Sesungguhnya, dunia pendidikan sentiasa berkembang seiring dengan perubahan zaman dan kemajuan teknologi. Justeru, kita perlu terus bergerak ke hadapan dengan menjadikan teknologi sebagai medium untuk memperkukuh komunikasi, menyebarluaskan maklumat serta membina jaringan yang lebih erat antara sekolah dengan komuniti.

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu sentiasa komited dalam usaha melahirkan generasi huffaz yang berilmu, berakhlak, berketerampilan dan berdaya saing, selaras dengan aspirasi pendidikan Imtiaz.

Dalam menghadapi cabaran pendidikan masa kini, seluruh warga sekolah perlu bergerak sebagai satu pasukan.

Saya yakin dengan semangat kebersamaan, kesungguhan dan komitmen seluruh warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu, kita mampu terus mencipta kecemerlangan dan mengangkat nama sekolah di peringkat negeri, kebangsaan mahupun antarabangsa.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama menjadikan sekolah ini sebagai sebuah institusi pendidikan yang bukan sahaja melahirkan huffaz yang menghafaz Al-Quran, tetapi juga huffaz yang menghayati, memahami dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan dalam kehidupan.

Semoga segala usaha dan ikhtiar kita mendapat keberkatan serta dipermudahkan oleh Allah SWT.

โ€œMelahirkan Generasi Huffaz yang Berilmu, Berakhlak dan Berdaya Saing.โ€

Sekian, terima kasih kerana melayari laman sesawang kami.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

MD IMRAN BIN MD NOR
PENGETUA CEMERLANG
SM IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU KUALA TERENGGANU
× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Datoโ€™ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November 1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997. Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Bangunan KOSPINT
Bangunan Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT).

Penubuhan KOSPINT

Pintu masuk KOSPINT
Pintu masuk Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT).

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk menjadikan sekolah ini sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 Jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan.

Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada 23 Julai 2000.

Perasmian rasmi KOSPINT
Perasmian rasmi KOSPINT oleh KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Bas KOSPINT
Bas Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT).

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu. Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%. Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd.

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu Allahyarham Datoโ€™ Razali Bin Ismail, mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.

×

Visi & Misi

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

VISI

Melahirkan Generasi Ulul Albab

MISI

Memperkasakan Sistem Pendidikan Holistik Untukย Melahirkan Insan Seimbang Bercirikan Ulul Albab (Quranik, Ensiklopedik & Ijtihadik)

MOTTO

" Soleh Pintar "

TAGLINE

imtiaz The Best School In The World

×

Piagam Pelanggan

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

Kami warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dengan tekad dan iltizam berjanji akan berusaha sepenuh hati dan sehabis daya memberikan yang terbaik untuk:

01 โ€” MEREALISASIKAN HASRAT BERSAMA

Merealisasikan hasrat ibu bapa, masyarakat, kerajaan negeri dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Imtiaz dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

02 โ€” MELAHIRKAN GENERASI HUFFAZ BERKUALITI

Mendidik dan melahirkan generasi hafiz dan hafizah yang profesional, berketerampilan dan berdaya kepimpinan yang berwibawa melalui perintisan ilmu yang bersepadu, bersumberkan Al-Quran dan hadis secara holistik.

03 โ€” MENYEDIAKAN PERSEKITARAN KONDUSIF

Menyediakan prasarana yang lengkap dan mewujudkan persekitaran sekolah dan asrama yang kondusif dan selesa.

04 โ€” MEMBUDAYAKAN BIAH SOLEHAH

Mewujudkan biah solehah bagi membudayakan pelajar dengan akhlak yang mulia lagi diredhai yang menjadi teras kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

05 โ€” MEMPERKASA PENGURUSAN PENDIDIKAN

Melaksanakan sistem pengurusan pendidikan yang cekap dan berkualiti serta mengamalkan penambahbaikan yang berterusan.

06 โ€” MEMBINA JARINGAN STRATEGIK

Membina jaringan yang menguntungkan dengan pelbagai jabatan dan agensi serta komuniti sekitar.

07 โ€” MEMPERKUKUH UKHUWWAH DAN KHIDMAT KOMUNITI

Membina ukhuwwah yang mantap di antara warga sekolah dengan ibu bapa dan komuniti serta menawarkan khidmat komuniti dalam pelbagai bidang termasuk tanggungjawab kifayah.

08 โ€” PERKHIDMATAN CEKAP DAN MESRA

Memberi perkhidmatan cekap dan mesra kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan sekolah.