Author: admin

Kursus Memperkayakan P & P Dengan Menggunakan Blog

KUALA TERENGGANU, 14 Jan : Kursus ini telah diadakan pada pagi tadi mulai jam 8.30 pagi bertempat di Bilik Kuliah. Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, Semua Penolong Kanan, Semua Ketua Jabatan serta guru menghadiri kursus ini.

Pihak pengurusan sekolah telah mengundang seorang penceramah untuk memberikan maklumat penting kepada semua guru mengenai pentingnya penggunaan Blog bagi Pengajaran dan Pembelajaran.

Penceramah yang dimaksudkan ialah Puan Yusnita binti Md Yunus seorang guru dari Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1. Menurut beliau, Penggunaan Blog ini amatlah penting kepada semua guru bagi memberikan perkembangan terbaru kepada pelajar atau pelajar dapat memberikan respon mengenai apa yang hendak guru sammpaikan.

Di antara kepentingan lain ialah, blog juga boleh dijadikan platform untuk tips-tips menjawab soalan dan sebagainya. Ianya juga dapat mempamirkan kerja-kerja pelajar untuk dijadikan contoh kepada pelajar lain. Selain daripada itu, semua pelajar dapat mencari makna perkataan melalui penggunaan kamus online yang disediakan. Penggunaan blog juga merupakan medium untuk pengajaran dan pembelajaran yang mempunyai kesan positif terhadap pelajar.

Klik DI SINI untuk melihat gambar seterusnya

Izzat farhan Kendali Kuliah Kerohanian

KUALA TERENGGANU, 13 Jan : Program Kuliah Kerohanian Anjuran Unit Asrama pada tahun ini diteruskan lagi sepertimana pada tahun lepas. Ianya diadakan setiap pagi jumaat mulai jam 11.30 pagi hingga 12.30 pagi minggu pelajar tidak pulang ke kampung.

Ianya bertujuan sebagai santapan rohani agar semua penghuni asrama sentiasa peka dengan keadaan semasa termasuklah menjaga tingkah laku, menjaga percakapan dan sebagainya.

Menurut Penolong Kanan Hem , Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abdul Ghani, program seumpama ini sebenarnya dapat memberi kesedaran tentang kehidupan semasa agar tidak terikut dengan pengaruh atau budaya barat. Dengan adanya aktiviti ini, setiap pelajar akan diserapkan dengan nilai-nilai murni sesuai dengan pelajar yang sentiasa membaca Al-Quran.

Menurutnya lagi, sebagai melahirkan generasi Ulul Albab Minda Kelas Pertama, pada tahun ini penceramah akan digilirkan dengan penceramah jemputan dan juga terdiri dari kalangan pelajar sendiri. Pada hari ini seorang pelajar telah dipilih untuk member kuliah dengan menjemput Izzat Farhan bin fazri pelajar tingkatan 3. ย Semasa di sekolah rendah, beliau merupakan bekas pelajar Sekolah Rendah Islam Pintar di daerah Kuala Terengganu. Tajuk kuliah beliau ialah menyentuh mengenai kepentinganย  memberi salam dalam kehidupan Islam serta menjaga iman supaya tidak leka dengan tipu daya pengaruh asing.

Majlis Penutup Minggu Silaturrahim Pelajar Tingkatan 1

KUALA TERENGGANU, 12 Jan : Setelah seminggu pelajar tingkatan 1 mendaftarkan diri untuk pengajian baru di Sekolah ini, maka pada hari ini telahpun berakhir minggu Silaturrahim yang telah bermula pada 8 Januari yang lalu. Hadir dalam majlis tersebut ialah Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran & Akademik, Ustazah Faidahnam binti Busu serta guru.

Majlis yang bermula jam 11.30 pagi telah di adakan di Dewan Assyatibi dimulai dengan ucapan pembukaan oleh pengerusi Majlis dan seterusnya bacaan Al Quran oleh Muhammad Hasif bin Kamal. Kemudian disusuli oleh wakil pelajar tingkatan 1 iaitu Muhammad Imtiyas. Dalam ucapannya, beliau begitu terharu dengan sikap ramah mesra oleh pelajar senior yang sentiasa memberi semangat untuk belajar bersungguh-sungguh. Disamping itu juga beliau yang mewakili semua pelajar tingkatan 1 berjanji akan mendapat kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM nanti serta dapat khatam Al-Quran 30 juzuk.

Ucapan Seterusnya oleh Presiden Majlis Perwakilan Pelajar Muhammad haikal bin Yusof disusuli oleh ucapan penutupan Minggu Silaturrahim oleh Cik Fatimah binti Sidik, Penolong Pegawai Pengurusan Akademik, Bahagian Pengurusan Imtiaz.

Muhammad Hasif Pernah Mewakili Negeri Terengganu

KUALA TERENGGANU, 11 Jan : Seorang pelajar tingkatan 1 telah memperdengarkan bacaan Al-Quran malam tadi di Dewan Assyatibi sempena malam terakhir minggu suai kenal. Beliau telah berjaya memukau pelajar lain dengan bacaan bertarannum.

Beliau ialah Muhammad Hasif bin Kamal. Dilahirkan di Terengganu. Bapanya ialah seorang guru yang mengajar di SK Padang Kemunting dalam matepalajaran Matematik dan PJK.

Semasa darjah satu lagi beliau telah memasuki kelas tarannum. Setahun selepas itu, beliau telah mendapat tempat pertama dalam Ihtifal J-Qaf Peringkat Negeri. Di Darjah 4 pula, beliau telah melayakkan diri ke MTQ Negeri Terengganu dan mendapat saguhati.

Bakat beliau begitu terserlah apabila beliau telah memwakili Negeri Terengganu dalam Tilawah Al-Quran Peringkat Sekolah Rendah sebanyak 2 kali berturut-turut iaitu ketika berada di darjah 5 dan 6 yang di adakan di SMKA Al-Irsyad, Kepala Batas, Pulau Pinang.

Kini beliau terpilih untuk meneruskan pengajian di SM Imtiaz Kuala Terengganu.

Semoga beliau terus maju dalam bidang tarannum pada masa akan datang.

Tahniah dan syabas