Author: admin

Program Khas Insan Cemerlang

SMIYT K.TRG SBT , 26 Januari : Satu program khas ini telah diadakan di dewan Asyatibi hari ini dengan mengundang seorang pakar motivasi yang dikenali ramai.

Beliau adalah YM Raja Shamri bin Raja Husin , Golden Minds Consultant. Tajuk Insan Cemerlang merupakan topik yang diutarakan oleh YM Raja Shamri.

Banyak panduan yang dapat diambil darinya khas untuk pelajar yang akan mengambil peperiksaan PMR dan SPM 2013.

Raja Shamri – Video Motivasi Insan Cemerlang durasi 15:09

Motivasi Raja Shamri bahagian 2 – Insan Cemerlang durasi 19:16

TAHNIAH!! SMIYT KTRG SBT Naib Johan Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1434H

KUALA TERENGGANU, 24 Januari : Pihak sekolah merakamkan tahniah dan syabas kepada pasukan sekolah apabila diumumkan tempat kedua Perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1434H di Stadium Negeri sebentar tadi.

Terdahulu, Yang Amat Berhormat Menteri Besar Terengganu, Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said mengetuai perarakan sambil berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW bermula dari padang astaka dan berakhir di stadium Negeri.

Dengan gaya yang segak, suara yang lantang berselawat dari awal hingga tiba di stadium memberikan kelebihan kepada pasukan SM IMTIAZ YT K.TRG apabila hakim mengumumkan keputusan tempat kedua.

Pasukan perarakan sekolah ini terdiri daripada pelajar tingkatan 4. Tahniah juga diucapkan kepada semua yang terlibat terutama puan pengetua yang telah memberikan suntikan motivasi semalam kepada pasukan perarakan sekolah. Tidak lupa juga kepada Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Md Nor bin Yahya, Penyelaras pasukan perarakan, Cikgu Abdul Hadi, Cikgu Wan Ruzlina, Ustazah Rosni, Encik Wan Hasan  serta beberapa orang guru lagi dan juga kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak.

Sultan Terengganu, Tuanku Mizan mencemar duli bagi menyempurnakan penyampaian hadiah kepada semua kontinjen yang menang.

Syabas dan tahniah

VIDEO

Perarakan SMIYT KTRG SBT – PART 3

Perarakan SMIYT KTRG SBT – PART 2

MB mendahului perarakan Sambutan Maulidur Rasul 1434H

VIDEO PENUH PERARAKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434H YANG MELIBATKAN KONTINJEN SMIYT KTRG SBT

Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1434H – Berselawat di Stadium Negeri

KEPUTUSAN PENUH

KATEGORI SEK. MENENGAH & IPTA/IPTS

JOHAN

SM SAINS SULTAN MAHMUD

RM3,000+SIJIL PENGHARGAAN

 

KEDUA

SM IMTIAZ YT K.TRG

RM2,000 + SIJIL PENGHARGAAN

 

KETIGA

SMK PADANG MIDIN K.TRG

RM1,500 + SIJIL PENGHARGAAN

 

KATEGORI JAB. KERAJAAN PERSEKUTUAN DAN BADAN BERKANUN

PERTAMA

MARA

RM3,000 + SIJIL PENGHARGAAN

 

KEDUA

JAB. KESIHATAN N.TERENGGANU

RM2,000 + SIJIL PENGHARGAAN

 

KETIGA

JAB.PENILAIAN & PERKHIDMATAN N.TERENGGANU

RM1,500 + SIJIL PENGHARGAAN

 

KATEGORI JAB.KERAJAAN NEGERI TERENGGANU DAN BADAN BERKANUN

JOHAN

MAIDAM

RM3,000 + SIJIL PENGHARGAAN

 

KEDUA

YAYASAN PEMBANGUNAN KELUARGA N.TERENGGANU

RM2,000 + SIJIL PENGHARGAAN

 

PIDATO SEK.MEN ( LELAKI )

 

PERTAMA

MOHD AZRI B SULONG ( SMKA DURIAN GULING )

RM500 + SIJIL PENGHARGAAN

 

KEDUA

AHMAD SYIFA SYAKIRI B MOHD AZHAR ( IQT)

RM300 + SIJIL PENGHARGAAN

 

KETIGA

AZMANI B FAUZI ( SM IMTIAZ YT BESUT )

RM200 + SIJIL PENGHARGAAN

 

PIDATO SEK.MEN ( PEREMPUAN)

 

PERTAMA

SMKA DURIAN GULING

RM500 + SIJIL PENGHARGAAN

 

KEDUA

NURSHAHIRA KHAIRINA BT KAHIRUDDIN ( SMKA TOK JIRING )

RM300 + SIJIL PENGHARGAAN

 

KETIGA

NORSYAWARINA BT ROSDI ( SMKA WATANIAH )

RM200 + SIJIL PENGHARGAAN

 

BERCERITA KANAK-KANAK SEK.REN

PERTAMA

ADIK ANIS SUFIANA BT ABD ZAIDI ( SK SRI NILAM )

RM300 + SIJIL PENGHARGAAN

 

KEDUA

ADIK NURAISHAH SYUKRIAH BT ABD RAZAK ( SK BT 29,SETIU )

RM200 + SIJIL PENGHARGAAN

 

KETIGA

ADIK NURUL USYARAHFINA BT ABD RAHIM ( SK TG … BESUT )

RM100 + SIJIL PENGHARGAAN

 

TULISAN KHAT KATEGORI MEN. ATAS

PERTAMA

MOHD AMIR NASRULLAH B MOHD RAUDDIN ( SMKA TOK JIRING )

RM200 + SIJIL PENGHARGAAN

 

KEDUA

AMIR SHAHIDI B ZAIDI ( SMKA TOK JIRING )

RM150 + SIJIL PENGHARGAAN

 

KETIGA

MOHD FAUZI B ZAKRI ( SMAASZA BT BURUK )

RM100 + SIJIL PENGHARGAAN

 

KATEGORI MEN.REN

PERTAMA

MOHD ZUBAIRI B ZAWAWI ( SMAASZA BT BURUK )

RM200 + SIJIL PENGHARGAAN

 

KEDUA

AMIR RAHIDI B JUNAIDI ( SMKA TOK JIRING )

RM150 + SIJIL PENGHARGAAN

 

KETIGA

LUKMAN AL HAKIM B JALIL ( SMAASZA BT BURUK )

RM100 + SIJIL PENGHARGAAN

 

PERTANDINGAN MEWARNA HURUF JAWI KANAK2 TASKA & TADIKA

KATEGORI 3 – 4 TAHUN

PERTAMA

ADIK MOHD HAFIZ IKHWAN B FAHMI ( TASKA PERMATA BATU BURUK )

RM100 + SIJIL PENGHARGAAN

 

KEDUA

ADIK NURAISHAH MUNIRAH BT HUSIN ( TASKA PERMATA BATU BURUK )

RM80 + SIJIL PENGHARGAAN

 

KETIGA

ADIK ANIS BADRISYA BT MOHD YUSRI ( TASKA PERMATA BATU BURUK )

RM50 + SIJIL PENGHARGAAN

 

KATEGORI 5 – 6 TAHUN

 

PERTAMA

ADIK RABIATUL ADAWIYYAH ( PRA SK PUSAT KUALA IBAI )

RM100 + SIJIL PENGHARGAAN

 

KEDUA

ADIK NUR FATRISYA ( PRA SK GONG TOK NASEK )

RM80 + SIJIL PENGHARGAAN

 

KETIGA

ADIK NUR IZZATUL SYAKIRAH ( PRA SK DURIAN BURUNG )

RM50 + SIJIL PENGHARGAAN

 

PEMBACA SYAIR ISLAM

PERTAMA

EN.ABD AZIZ B ABDULLAH

RM500 + SIJIL PENGHARGAAN

 

KEDUA

AHMAD FARID ISHAK B CHE IBRAHIM

RM400 + SIJIL PENGHARGAAN

 

KETIGA

EN. MOHD AYIFI

RM300 + SIJIL PENGHARGAAN

 

KEBERSIHAN & KECERIAAN TANAH PERKUBURAN ISLAM

PERTAMA

TANAH PERKUBURAN ISLAM KG.KAYU KELAT, JERTEH

RM5,000 + HADIAH IRINGAN + SIJIL PENGHARGAAN

 

KEDUA

TANAH PERKUBURAN ISLAM KG. SANTONG, PAKA, DUNGUN

RM3,000 + HADIAH IRINGAN + SIJI PENGHARGAAN

 

KETIGA

TANAH PERKUBURAN ISLAM KG. BINJAI RENDAH, MARANG

RM2,000 + HADIAH IRINGAN + SIJIL PENGHARGAAN

 

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2013

SMIYT K.TRG SBT , 23 Januari : Majlis penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan bagi tahun 2013 ini telah diadakan di Dewan Asyatibi pagi ini.

Ianya telah dirasmikan oleh YB Hj. Alias bin Abdullah ADUN Alor Limbat. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YB Senator Dato’ Haji Abdul Rahman bin Bakar.

Selain daripada sekolah ini yang menjadi tuan rumah dalam majlis tersebut, sebanyak 7 buah sekolah lagi turut menerima bantuan khas sebanyak RM100. Sekolah tersebut adalah SK Simpang Rawai, SK Kampung Baharu Serada, SK Serada, SK Banggol Katong, SK Tasek, SK Gelugor dan SMK Padang Midin.

Bantuan khas ini diberi terus kepada semua pelajar. Majlis penyampaian  telah disampaikan oleh YB Senator Dato’ Haji Abdul Rahman bin Bakar dan YB Haji Alias bin Abdullah, ADUN Alor Limbat.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Visualiser Ganti Kertas Soalan

SMIYT K.TRG SBT, 20 Januari : Penggunaan Visualiser dalam OTI, TOV atau ujian bulanan banyak faedahnya.

Menurut Penyelaras Projek PMR ketika ditemui, Ustazah Wan Mardhiana, kelebihan visualiser dapat mengurangkan penggunaan kertas dan pelajar lebih menumpukan kepada slide yang dipaparkan. Pelajar akan melihat soalan-soalan yang dipaparkan secara berfokus.

 

 

 

 

 

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.

×

Visi & Misi

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

VISI

Melahirkan Generasi Ulul Albab

MISI

Memperkasakan Sistem Pendidikan Holistik Untuk Melahirkan Insan Seimbang Bercirikan Ulul Albab (Quranik, Ensiklopedik & Ijtihadik)

MOTTO

" Soleh Pintar "

TAGLINE

imtiaz The Best School In The World

×

Piagam Pelanggan

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

Kami warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dengan tekad dan iltizam berjanji akan berusaha sepenuh hati dan sehabis daya memberikan yang terbaik untuk:

01 — MEREALISASIKAN HASRAT BERSAMA

Merealisasikan hasrat ibu bapa, masyarakat, kerajaan negeri dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Imtiaz dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

02 — MELAHIRKAN GENERASI HUFFAZ BERKUALITI

Mendidik dan melahirkan generasi hafiz dan hafizah yang profesional, berketerampilan dan berdaya kepimpinan yang berwibawa melalui perintisan ilmu yang bersepadu, bersumberkan Al-Quran dan hadis secara holistik.

03 — MENYEDIAKAN PERSEKITARAN KONDUSIF

Menyediakan prasarana yang lengkap dan mewujudkan persekitaran sekolah dan asrama yang kondusif dan selesa.

04 — MEMBUDAYAKAN BIAH SOLEHAH

Mewujudkan biah solehah bagi membudayakan pelajar dengan akhlak yang mulia lagi diredhai yang menjadi teras kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

05 — MEMPERKASA PENGURUSAN PENDIDIKAN

Melaksanakan sistem pengurusan pendidikan yang cekap dan berkualiti serta mengamalkan penambahbaikan yang berterusan.

06 — MEMBINA JARINGAN STRATEGIK

Membina jaringan yang menguntungkan dengan pelbagai jabatan dan agensi serta komuniti sekitar.

07 — MEMPERKUKUH UKHUWWAH DAN KHIDMAT KOMUNITI

Membina ukhuwwah yang mantap di antara warga sekolah dengan ibu bapa dan komuniti serta menawarkan khidmat komuniti dalam pelbagai bidang termasuk tanggungjawab kifayah.

08 — PERKHIDMATAN CEKAP DAN MESRA

Memberi perkhidmatan cekap dan mesra kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan sekolah.