Slide1SMIYT KTRG SBT, 11 Mac : Program Bacaan Ringan Bahasa Inggeris dan Program Nilam merupakan salah satu cetusan idea daripada Jabatan Pelajaran Negegri Terengganu yang berpendapat bahawa pembacaan bahan-bahan bercetak Bahasa Inggeris yang konsisten boleh membantu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar-pelajar Sekolah Menengah di Negegri Terengganu.

Selain itu ia juga bertujuan memupuk budaya membaca dalam kalangan pelajar sekolah. Semua murid perlu diberi ruang dan peluang tanpa mengira latar belakang keturunan mahupun taraf taraf sosio-ekonomi agar anak-anak dapat akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan memandangkan ilmu menjadi prasyarat dalam pembinaan tamadun bangsa.

Majlis Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani di dewan Asyatibi petang semalam.