Author: admin

Lawatan Mengejut Pegawai Audit KPM

Slide4SMIYT KTRG SBT , 28 Januari : Seramai 4 pegawai dari Jabatan Audit KPM telah mengunjungi sekolah ini dalam sesi pemeriksaan mengejut untuk melihat kewangan sekolah dan asrama serta projek penyelenggaraan sekolah.

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

Slide1Slide2

 

Jalinan Kasih Pelajar Tingkatan 1

Slide52SMIYT KTRRG SBT , 27 Januari : Program yang diusahakan oleh kaunseling dengan kerjasama komuniti telah berjaya diadakan di pantai Batu Buruk sebagai usaha merapatkan ukhuwwah pelajar tingkatan 1.

Ianya bertujuan agar mereka dapat merasa tanggungjawab atas kebersihan serta alam sekitar. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah gotong royong membersih persisiran pantai dan juga pertandingan istana pasir.

Slide6Slide18Slide62

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Hari Asrama 2014

Slide39SMIYT KTRG SBT , 27 Januari : Pada khamis yang lalu , satu program yang dinamakan Hari asrama telah diadakan  dan berakhir pada malam sabtu.

Ianya telah dirasmikan oleh Penolong kanan Hal Ehwal Murid, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani. pelbagai aktiviti telah diadakan seperti pertandingsn bola sepak,, bola tampar, bola jaring, futsal, sukaneka , jejak maklumat serta busana muslimah.

Program ini adalah bertujuan merapatkan ukhuwwah sesama ahli bilik tidak mengira usia dan darjat. Selain itu, program ini dapat menerapkan perasaan mahabbah, itqan dalam permainan yang dianjurkan. Tambahan pula, aktiviti ini dapat menaikkan semangat antara ahli firqah kerana aktiviti yang dipertandingkan ialah mengikut firqah.

Pihak pengurusan asrama merakamkan ucapan tahniah dan syabas kepada semua MPA dan MPP yang telah berjaya mengendalikan aktiviti ini.

Slide5Slide10Slide27

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Firqah Taqwa Johan Keseluruhan Larian Firqah 2014

Slide56SMIYT KTRG SBT , 23 Januari : Seramai 561 pelajar telah menyertai larian yang berprestij ini. Dibahagikan kepada 6 firqah iaitu Itqan , Mahabbah , Taqwa , Istiqamah , Akhlak dan Zaamah.

Sepanjang 8 kilometer bagi lelaki dan 5 kolimeter bagi perempuan , mereka telah menunjukkan semangat juang yang tinggi untuk memberikan mata kepada firqah masing-masing.

Firqah Taqwa telah diumumkan Johan Keseluruhan larian sebaik sahaja selesai acara tersebut.

Slide16Slide45Slide8Slide78Slide67Slide45Slide5Slide21Slide14

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Berikut adalahj keputusan rasmi larian.

 

KATEGORI MENENGAH RENDAH (LELAKI)

1.Ahmad Khuzaimi Ikhwan b. Mohd Zaki Tg 3 ( Taqwa – 250 markah )

2.Muhammad Arif Najmi b. Ayob Tg 3 ( Istiqamah – 200 markah )

3.Wan Mouhammad Haiqal b. Wan Mohd Hadi Tg 3 ( Itqan – 180 markah )

4.Muhammad Hasnol Haziq b. Muhammad Hanapi Tg 3 ( Zaamah – 170 markah )

5.Muhammad Farhan b. Risyon Tg 3 ( Akhlak – 160 markah )

6. Tuan Ammar Naufal b. Tuan Zawi Tg 3 ( Zaamah – 150 )

7.Abdul Hadi Mubassyir b. Sazali Tg 1 ( Istiqamah – 140 markah )

8. Muhammad Amir Aiman b. Nazeri Tg 3 ( Taqwa – 130 markah )

9. Muhammad faiz Hakimi b. Zuki Tg 3 ( Akhlak – 120 markah )

10.Syed Muhammad Harith b. Syed Othman Tg 2 ( Akhlak – 110 markah )

 

KATEGORI MENENGAH RENDAH (PEREMPUAN)

1.Hanisah Idani – Tg 1( Istiqamah – 250 markah )

2.Nurul Badrina Balqis – Tg 2 ( Istiqamah – 200 markah )

3.Nabilah Harun Tg 2 ( Zaamah – 180 markah )

4.Nur Syuhada Humaira bt Sazali Tg 2 ( Akhlak – 170 markah )

5.Nafisa bt Zailani Tg 2 ( Zaamah – 160 markah )

6.Nur Aqilah bt Alwi Tg 3 ( Istiqamah – 150 markah )

7.Wan Aimi Hanisah Tg 2 ( Akhlak – 140 markah )

8.Tuan Nur Farah Hamizah Tg 3 ( Taqwa – 130 markah )

9.Siti Khadijah bt Syed Abdul wahab Tg 2 ( Zaamah – 120 markah )

10.Nur Athila Syahida Tg 2 ( Akhlak – 110 markah )

 

KATEGORI MENENGAH ATAS (LELAKI)

1.Syukran Amrullah b. Sulong Tg 5 ( mahabbah – 250 markah )

2.Anieq Danial b Baharuddin Tg 4 ( Taqwa – 200 markah )

3.Muhammad Darwish Asyraf Tg 5 ( Taqwa – 180 markah )

4.Syed Mukmin Mujahhid b Syed Azman Tg 5 ( Taqwa – 170 markah )

5.Mohd Shahrul azwan b ismail Tg 5 ( zaamah – 160 markah )

6Mohd Hidayat b Mohd Zohri Tg 4 ( taqwa – 150 markah )

7.Mohd Amin Kahlili b Yusni Tg 5 ( Mahabbah – 140 markah )

8.Mohd Fitri Syawal b Abdullah Tg 4 ( Istiqamah – 130 markah )

9.Arif Sulaimi b Shaffiei Tg 4 ( Itqan – 120 markah )

10.Mohd Syakir b. Mohd Fauzi Tg 5 ( Akhlak – 110 markah )

 

KATEGORI MENENGAH ATAS ( PEREMPUAN )

1.Nurul akmal bt Malek Tg 5  Mahabbah – 250 markah )

2.Nur Fatinah bt Mohd Rafee Tg 4 ( Zaamah – 200 markah )

3.Nur Aisya bt Aziz Tg 4 ( Taqwa – 180 markah )

4.Nurul Nazirah bt Anuar Tg 4 ( Akhlak – 170 markah )

5.Munirah bt Zamri Tg 4 ( Istiqamah – 160 markah )

6.Siti Nur Lina bt Mohd Khairi Tg 5 ( Akhlak – 150 markah )

7.Sh Huda Sofia bt Tuan Zawi Tg 5 ( Itqan – 140 markah )

8.Iffa Zakirah bt Sulong Tg 5 ( zaamah – 130 markah )

9.Noorafifah Nadirah bt Yahaya Tg 4 ( Taqwa – 120 markah )

10.Nurdina Qistina bt Mohd Nordin Tg 5 ( Akhlak – 110 markah )

 

 

 

 

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.

×

Visi & Misi

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

VISI

Melahirkan Generasi Ulul Albab

MISI

Memperkasakan Sistem Pendidikan Holistik Untuk Melahirkan Insan Seimbang Bercirikan Ulul Albab (Quranik, Ensiklopedik & Ijtihadik)

MOTTO

" Soleh Pintar "

TAGLINE

imtiaz The Best School In The World

×

Piagam Pelanggan

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu

Kami warga SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu dengan tekad dan iltizam berjanji akan berusaha sepenuh hati dan sehabis daya memberikan yang terbaik untuk:

01 — MEREALISASIKAN HASRAT BERSAMA

Merealisasikan hasrat ibu bapa, masyarakat, kerajaan negeri dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Imtiaz dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

02 — MELAHIRKAN GENERASI HUFFAZ BERKUALITI

Mendidik dan melahirkan generasi hafiz dan hafizah yang profesional, berketerampilan dan berdaya kepimpinan yang berwibawa melalui perintisan ilmu yang bersepadu, bersumberkan Al-Quran dan hadis secara holistik.

03 — MENYEDIAKAN PERSEKITARAN KONDUSIF

Menyediakan prasarana yang lengkap dan mewujudkan persekitaran sekolah dan asrama yang kondusif dan selesa.

04 — MEMBUDAYAKAN BIAH SOLEHAH

Mewujudkan biah solehah bagi membudayakan pelajar dengan akhlak yang mulia lagi diredhai yang menjadi teras kejayaan hidup di dunia dan akhirat.

05 — MEMPERKASA PENGURUSAN PENDIDIKAN

Melaksanakan sistem pengurusan pendidikan yang cekap dan berkualiti serta mengamalkan penambahbaikan yang berterusan.

06 — MEMBINA JARINGAN STRATEGIK

Membina jaringan yang menguntungkan dengan pelbagai jabatan dan agensi serta komuniti sekitar.

07 — MEMPERKUKUH UKHUWWAH DAN KHIDMAT KOMUNITI

Membina ukhuwwah yang mantap di antara warga sekolah dengan ibu bapa dan komuniti serta menawarkan khidmat komuniti dalam pelbagai bidang termasuk tanggungjawab kifayah.

08 — PERKHIDMATAN CEKAP DAN MESRA

Memberi perkhidmatan cekap dan mesra kepada setiap pelanggan yang berurusan dengan sekolah.