Author: admin

Pengarah Yayasan Terengganu Rasmi Majlis Anugerah kecemerlangan

Slide180SMIYT KTRG SBT , 4 Mei : Tuan Haji Azmi bin Razik , Pengarah Yayasan Terengganu hari ini telah sudi meluangkan masa untuk merasmikan Majlis Anugerah Kecemerlangan PMR , SPm & I’dadi 2013 yang diadakan di dewan Asyatibi sebentar tadi.

Beliau telah disambut oleh Tuan Haji Zulkifli , YDP MPIBG , Ustazah Mardziah binti Che Abdullah , Pengetua Sekolah, Encik Arifin,wakil PPD  serta Penolong Kanan dan ketua jabatan.

Dalam majlis tersebut, Syed Akram bin Habit Mustafa telah dinobatkan pelajar Terbaik 2013 manakala Mohd Fiqree Hameez dinobatkan Pelajar Mithali 2013.

Tahniah dan syabas untuk anak-anak Al Fateh.

Slide157Slide1Slide174Slide3Slide27Slide66Slide127Slide95Slide13

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

LADAP 2014

Slide40KUALA LUMPUR : Pihak pengurusan sekolah telah mengadakan kursus Latihan Dalam Perkhidmatan ( LADAP ) untuk semua guru dan kakitangan sokongan yang diadakan di Hotel Plaza Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kursus ini diadakan bagi pemantapkan lagi pengurusan kerja selaras dengan sekolah yang diiktiraf sebagai Sekolah Berprastasi Tinggi ( SBT ). Kursus ini mendapat kerjasama penuh oleh Agensi Pembangunan Masyarakat Terengganu ( APMT ).

Banyak ilmu-llmu yang diperolehi daripada kursus ini yang berjalan selama 3 hari. Semoga ianya dapat memberi suntikan baru bagi menjalani kerja-kerja dan mendapat keredhaan Allah sentiasa.Kursus ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Roshali bin Taha , Pengarah APMT.

Slide31Slide1Slide17

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Logo Imtiaz

logo se

Lagu Imtiaz

Ya rabbi  anta maksudi

Keredaanmu  tuntutan kami

Imtiaz KOSPINT kami sayangi

Mendidik kami erti insani

Allah dan rasul dalam ingatan

Quran dan hadis jadi pegangan

Akhlak al quran diterapkan

Ilmu dan budi jadi asuhan

Akademik cemerlang pemimpin terbilang

Menerajui ummah penuh gemilang

Imtiaz KOSPINT kami sanjungi

Namamu tersemat di sanubari

Lirik: Pn. Mardziah Che Abdullah (Mantan Pengetua)

Komposer Lagu: En. M. Shahril M. Anip

Lokasi

SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu
Kg. Banggol Karah, Serada,
20050 Kuala Terengganu,
Terengganu, Malaysia.

📧 TFT3004@moe.edu.my
📞 09-619 5111