Slide1KUALA TERENGGANU , 26 Mei : Sekalung tahniah dan syabas kepada peserta sekolah ini  apabila diumumkan johan bagi kategori Menengah Atas dalam pertandingan Geometer’s Sketchpad ( GSP ) bagi program Kebitaraan Matematik.

Ianya telah diadakan di Batu Buruk Beach Resort yang bermula 23 – 24 baru-baru ini. Manakala kategori Menengah Rendah hanya mendapat saguhati.

Objektifnya ialah

1. Dapat melahirkan pelajar yang berkemampuan dalam bidang IT.

2. Mempertingkatkan pengetahuan pelajar dalam subjek Matematik.

3. Meningkatkan kualiti PdP dengan menggunakan BBM yang menarik.

4. Meningkatkan minat dalam kalangan pelajar terhadap subjek Matematik dengan menggunakan BBM yang dihasilkan.

 

Tahniah dan syabas!!