Author: admin

Program Sentuhan Rohani: Pembentukan Sahsiah Anak Soleh Pintar

Pihak sekolah telah menganjurkan satu program sentuhan rohani selama 2 hari bermula pada hari Selasa, 3 Mac bertempat di Surau Tokku Pulau Manis, SM Imtiaz YT Kuala Terengganu. Program seperti ini adalah sebagai inisiatif pembangunan sahsiah dan kerohanian yang mana sering menyasarkan pelajar untuk meningkatkan jati diri, keyakinan, dan motivasi melalui modul muhasabah diri, ceramah motivasi, dan pengisian ibadah. Ia bertujuan membentuk sahsiah terpuji, memaksimumkan potensi diri, serta memperkukuh pegangan agama.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Selamat Menyambut Bulan Ramadan

Marhaban Ya Ramadan

Bulan Ramadan bulan yang suci,

Seperti embun pagi yang membasahi dedaunan di kala pagi,

Embun sejuk yang akan membasuh dan membersihkan jiwa kita dari segala dosa,

Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan 1447H daripada:

Pengetua dan seluruh warga kerja SM Imtiaz YT Kuala Terengganu.

 

Majlis Pelancaran Program Ihya’ Ramadan & Ceramah Ambang Ramadan 1447H

Kedatangan bulan Ramadan yang penuh berkat ini hendaklah disambut dan dihayati dengan amalan yang berfaedah. Semoga Program Ihya Ramadan yang akan dijalankan ini mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah SWT. Semoga Ramadan kali ini menjadi tarbiyyah ruhiyyah dalam mendidik pelajar menjadi muslimin dan muslimat yang bertaqwa.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Lawatan Penanda Aras dari MRSM Sungai Besar, Selangor

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.