
Program “Kem Tahsin Solat” adalah program di bawah kelolaan pihak BADAR dan dibantu oleh fasililator seramai 15 orang daripada Madrasah Seberang Tuan Cik.
Program ini melibatkan semua pelajar Tingkatan Satu. Fokus utama program ini dianjurkan adalah bertujuan untuk mendedahkan dengan lebih mendalam serta memantapkan lagi cara solat dalam kalangan pelajar tingkatan satu bagi merealisasikan matlamat Imtiaz untuk melahirkan generasi Ulul Albab.
2.1 Mendedahkan kaedah ibadat yang sempurna dan mantap dalam kalangan pelajar.
2.2 Membentuk sahsiah murid yang unggul melalui pengetahuan solat yang mendalam.
2.3 Memberi pendedahan tentang masalah yang sering berlaku dalam kalangan
pelajar ketika melakukan solat.
2.4 Mengeratkan hubungan silaturahim antara pelajar dan fasilitator


Galeri gambar boleh layari DI SINI.