
Seramai 94 orang pelajar Tingkatan 4 SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu telah menyertai Program Beyond Huffaz Generation pada hari ini, yang dianjurkan sebagai satu platform pembangunan diri dalam melahirkan generasi huffaz yang cemerlang, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.
Program ini memberi penekanan kepada pembentukan jati diri, kepimpinan, motivasi serta pengukuhan potensi pelajar agar mereka bukan sahaja cemerlang dalam bidang akademik dan hafazan al-Quran, malah mampu menjadi individu yang mempunyai wawasan serta hala tuju yang jelas.
Diharapkan program ini dapat memberi inspirasi dan suntikan semangat kepada semua peserta untuk terus melangkah lebih jauh dalam mencapai kecemerlangan serta menjadi generasi huffaz yang berilmu, berakhlak, berdaya saing dan mampu memberi manfaat kepada agama, bangsa dan negara.
Semoga lahir generasi huffaz yang bukan sahaja menghafaz al-Quran, tetapi juga membawa nilai dan panduan al-Quran dalam setiap langkah kehidupan.
