Mukhayyam Ulul Albab Sekolah-sekola...

Perkhemahan badaล„-badan beruniform bagi sekolah-sekolah menengah Imtiaz Yayasan Terengganu telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di K...

Pertandingan Malaysia Techlympic &#...

Pusat Sains & Kreativiti Terengganu, 12 Ogos 2025 : SYABAS & TAHNIAH! kepada anak-anak soleh pintar SM Imtiaz YT Kuala Terengganu yang tel...

Gotong Royong PIBG Madani 2025

Pihak Pengurusan HEM, Unit 3K SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah menganjurkan Program Gotong royong Madani yang bertujuan untuk meningkatkan keb...

Borneo International Innovation Cre...

International Youth Centre, K. Lumpur, 9-10 Ogos 2025 : TAHNIAH & SYABAS!!! kepada pelajar Tingkatan 2, SM Imtiaz YT KUALA TERENGGANU, Aira Nu...

Kurikulum

Selamat Menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2025

Warga sekolah ingin mengucapkan selamat menduduki Peperiksaan Percubaan SPM 2025 kepada anak-anak soleh pintar, batch Avenoir Tacenda. Semo...

Hal Ehwal Murid

Gotong Royong PIBG Madani 2025

Pihak Pengurusan HEM, Unit 3K SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah menganjurkan Program Gotong r...

Kokurikulum

Mukhayyam Ulul Albab Sekolah-sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Tahun 2025

Perkhemahan badaล„-badan beruniform bagi sekolah-sekolah menengah Imtiaz Yayasan Terengganu telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bert...

Ulul Albab

Program Jelajah Huffaz Tingkatan 2

Taman Tamadun Islam, 9 Ogos 2025 : Program Jelajah Huffaz Mumtaz adalah program yang dikhususkan untuk semua pelajar Tingkatan 2 yang be...

Asrama

Majlis Watikah Pelantikan Badan Pengawas Asrama

Ahad, 13 Julai 2025 : Watikah perlantikan Badan Pengawas Asrama telah dirasmikan oleh Pengetua sekolah, Ustaz Md. Imran bin Md Nor di Dewa...

Mukhayyam Ulul Albab Sekolah-sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Tahun 2025

Perkhemahan badaล„-badan beruniform bagi sekolah-sekolah menengah Imtiaz Yayasan Terengganu telah berlangsung selama 3 hari 2 malam bertempat di Kem Sri Keluang, Besut yang melibatkan lebih kurang 320 orang pelajar dari seluruh Sekolah Menengah Imtiaz.

SM Imtiaz YT Kuala Terengganu tidak ketinggalan menghantar 20 orang banat dan 20 orang banin sebagai peseta perkhemahan tersebut. Tahniah kepada peserta kerana telah dinobatkan Johan bagi pertandingan ‘Best Gadget & Tent’ manakala Naib Johan bagi pertandingan ‘First Aid’ dan ‘Ioi Volunteering’.

Mukhayam Ulul Albab dianjurkan bagi melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek, selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Program ini memberi peluang kepada pelajar mempraktikkan ilmu sebagai ahli unit beruniform, seterusnya membentuk disiplin, semangat kerjasama, dan kepimpinan. 

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan termasuk :- 

  • Istiadat Pagi
  • Mendirikan khemah
  • Rentas halangan
  • Night walk
  • Compass marching & Gajet
  • Ikatan & Pertolongan cemas
  • Malam simfoni alam
  • Pertandingan kawad kaki

Melalui aktiviti ini, pelajar dapat menimba ilmu perkhemahan sambil memupuk nilai murni dan menghargai alam sekitar. Berikut adalah objektif bagi program ini:

  • Memperkukuh jati diri Muslim melalui penghayatan nilai Islam dalam kehidupan harian.
  • Melahirkan insan Ulul Albab yang seimbang dari segi akal, rohani, fizikal dan emosi.
  • Memupuk kepimpinan dan tanggungjawab dalam suasana berkumpulan.
  • Meningkatkan disiplin dan ketahanan dirii dalam menghadapi cabaran.
  • Memperkukuh jati diri Muslim melalui penghayatan nilai Islam dalam kehidupan harian.
  • Mengukuhkan ukhuwah Islamiah melalui aktiviti berkumpulan dan ibadat.
  • Memantapkan kemahiran hidup dan asas dakwah, termasuk komunikasi dan pengurusan diri.
  • Menyemai kecintaan terhadap Al-Quran dan minat kepada ilmu.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Pertandingan Malaysia Techlympic – Zon Timur (Terengganu, Kelantan & Pahang)

Pusat Sains & Kreativiti Terengganu, 12 Ogos 2025 : SYABAS & TAHNIAH! kepada anak-anak soleh pintar SM Imtiaz YT Kuala Terengganu yang telah dinobatkan sebagai JOHAN bagi “Cabaran Cetakan 3D” dalam pertandingan Malaysia Techlympic Zon Timur. Seramai 22 orang pelajar daripada Imtiaz Kuala Terengganu yang menyertai pertandingan ini dalam pelbagai jenis perlawanan iaitu Cabaran Kejuruteraan Dunia (WEC), Cabaran Drone, Cabaran Cetakan 3D, Cabaran Kereta Roket dan Cabaran Ezy Rover/ Roket Tempur. Mereka diiringi oleh 5 orang guru pembimbing yang mewakili setiap perlawanan tersebut.

Pelajar yang mendapat Johan akan bertanding ke peringkat seterusnya bagi mewakili Negeri Terengganu yang akan berlangsung di Negeri Melaka. Kumpulan yang mendapat Johan ini terdiri daripada pelajar TIngkatan 2 iaitu Muhammad Umar b. Has, Muhammad Aufa Iman b. Zaiman Haifizie, Fawwaz Afham b. Farih dan Umar Najmi b. Rusli. 

Sebagai makluman program pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) perdana MOSTI ini adalah anjuran daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Malaysia Bioeconomy Development Corporation Sdn. Bhd. agensi di bawah MOSTI. Inisiatif ini merupakan usage kerajaan melalui MOSTI untuk memperkasakan bidang STI serta menggalakkan lebih ramai penglibatan pelajar dan belia dalam bidang STI dan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pendekatan berbentuk pertandingan.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Gotong Royong PIBG Madani 2025

Pihak Pengurusan HEM, Unit 3K SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah menganjurkan Program Gotong royong Madani yang bertujuan untuk meningkatkan kebersihan, keceriaan, dan keselamatan sekolah, serta memupuk perpaduan dan nilai-nilai murni di kalangan warga sekolah dan masyarakat setempat. Program ini melibatkan kerjasama antara guru, kakitangan,pelajar, ibu bapa dan komuniti setempat dalam melaksanakan aktiviti gotong-royong di sekolah. PIBG Madani bertujuan mengeratkan hubungan antara guru, ibu bapa dan komuniti kampung sekaligus mewujudkan suasana persekitaran sekolah yang bersih dan ceria.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Borneo International Innovation Creativity Competition 2025

International Youth Centre, K. Lumpur, 9-10 Ogos 2025 : TAHNIAH & SYABAS!!! kepada pelajar Tingkatan 2, SM Imtiaz YT KUALA TERENGGANU, Aira Nur Maisarah binti Abdullah Fuad kerana telah merangkul tiga anugerah bertaraf antarabangsa dalam Borneo International Innovation Creativity Competition (BIICC) 2025 yang telah berlangsung pada 26-30 Jun 2025. ย Anugerah tersebut diraih menerusi projek infografik bertajuk ‘When They Disappear, So Do We’, yang membolehkan Aira Nur Maisarah membawa pulang ‘Gold Medal’, ‘Platinum Award’ serta ‘Best Infographic Poster Award’ yang diumumkan di International Youth Centre, Kuala Lumpur, semalam. Proses dalam penyediaan projek telah di bantu oleh dua orang guru pembimbing Ustaz Zaimuddin bin Anizan dan Ustaz Abdul Rashid bin Al Muzmi. Pertandingan seumpama ini dapat melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif serta mampu bersaing di peringkat global.

Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada kepada Pihak Pengetua, Pengurusan iKT, guru-guru, ibu bapa dan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung atas usaha, komitmen dan pengorbanan yang diberikan untuk kejayaan ini.ย 

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.