KUALA TERENGGANU , 11 Ogos : Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia, Tuan Haji Wahid bin Setia  petang ini sudi meluangkan masa bagi merasmikan Majlis Khatam Al-Quran  & Ifthor Jamai’e bagi tahun 2012.

Turut menunggu ketibaan beliau ialah Puan Pengetua Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, Ustaz Wan Azman bin Wan Abdullah, Penolong Pengarah bahagian Al-Quran Yayasan Terengganu, Encik Zakaria Jusoh Wakil Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu, Encik Awang bin Sulong wakil Sektor Pendidikan Islam SABK, Tuan Haji Jain bin Awang, Timbalan MPIBG SMIYT Kuala Terengganu serta pengurusan sekolah yang lain.

 

Berikut adalah tentatif bagi majlis tersebut

 

Dewan Asyatibi

4.45 ptg

– Pendaftaran & hadirin mengambil tempat

–          Ucapan aluan pengerusi majlis

–          Ucapan Puan Pengetua

–          Ucapan Pengarah Yayasan Terengganu ( wakil )

–          Ucapan perasmi : Tuan Haji Wahid bin Setia, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan islam KPM

–          MajlisKhatam Al-Quran

–          Penyampaian Hadiah & Cenderamata

 

Surau Tok Ku Pulau Manis

 

6.45 ptg – Tazkirah ramadhan

– Doa & tahlil

 

7.45 mlm – Ifthor jamae’i

Solat Maghrib & Solat hajat

Makan malam

Solat Isyak & tarawikh

Bersurai

 

Video Majlis Khatam Al-Quran dan Ifthor Jamae’i

Gambar selanjutnya sila KLIK DI SINI