SMIYT KTRG SBT , 19 Disember : Dengan penuh rasa bersyukur pada Ilahi dengan ketentuanNya , keputusan PT3 yang diumumkan hari ini telah menunjukkan peningkatan mendadak apabila seramai 77 pelajar dari 109 orang telah mendapat keputusan semua A berbanding tahun 2015 hanya 34 pelajar yang mendapat semua A.
Majlis penyerahan keputusan PT3 telah disempurnakan oleh YDP MPIBG Β Tuan Haji Zulkifli bin Abu Bakar. Hadir sama dalam penyerahan tersebut ialah Tuan Pengetua , Encik Mohd Yusof bin Othman , semua Penolong Kanan serta guru-guru yang terlibat.
Keputusan ini sekaligus mengungguli kedudukan teratas Gred Purata Sekolah ( GPS ) antara SM imtiaz yang lain.
SM imtiaz Kuala Terengganu mendapat GPS 1.06 , diikuti oleh SM imtiaz Besut 1.07 , SM imtiaz Dungun 1.09 , SM imtiaz Kuala Berang 1.12 dan SM imtiaz Kemaman 1.13.
Tahniah dan syabas kepada anak soleh dan solehah pintar.
Gambar selanjutnya sila klik DI SINI