Tag: bubur asyura

Program “Kuca Sure” IKT

Program ini merupakan program tahunan yang dianjurkan bagi menyemarakkan penghayatan budaya Islam, memupuk semangat gotong-royong serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan warga sekolah. Program ini menjadi platform untuk menghimpunkan warga sekolah dalam suasana yang harmoni melalui penyediaan dan agihan bubur Asyura bersempena dengan kedatangan bulan Muharam.

Melalui penglibatan aktif guru, kakitangan serta pelajar, program ini bukan sahaja menghidupkan amalan tradisi masyarakat Melayu Islam, malah turut menerapkan nilai-nilai kerjasama, keprihatinan, kesyukuran dan saling membantu. Aktiviti memasak secara bergotong-royong juga memberi peluang kepada pelajar untuk menghayati kepentingan bekerja sebagai satu pasukan dan memupuk semangat kekitaan.

Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.

Aktiviti Memasak Bubur Asyura

d2d4b7d2-f741-4172-8f75-2346ca17849b

SMIYT KTRG SBT , 22 November : Walaupun sudah berlalu namun pihak sekolah tidak ketinggalan untuk mengadakan program memasak bubur asyura. Program ini telah dikendalikan oleh Kelab Ukhuwwah Imtiaz K.Trg.

Aktiviti ini dilakukan secara kerjasama antara guru , kakitangan serta pelajar. semoga ikatan ukhuwwah terjalin dengan lebih erat lagi.

6e3c1920-c6dd-4401-978b-58628bbe107fa7dfbe30-e1c9-45c2-996f-5078d9ad979faa16a89e-e65c-46fb-8d0c-2037e48166a863496905-0beb-437a-b8f3-7f502e365d8956f72acc-bbc7-4318-b24b-b4e235088ae010f7dd8d-56ad-4146-89e3-f906bdef5600

saksikan video penyembelihan ayam oleh Ustaz Mohd Amin Faisal …. video