Slide205KUALA TERENGGANU , 14 Januari : Pada hari ini, Perarakan sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Terengganu telah bermula jam 8 pagi tadi di dataran Taman Shahbandar dan berakhir di Stadium tertutup.

Dalam majlis perarakan tersebut, kontinjen sekolah yang terdiri daripada anak-anak soleh tingkatan 4 tidak melepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut. Alhamdulillah dengan berkat amanat puan pengetua, doa guru-guru serta semangat berpasukan dan kekuatan mental, kontinjen Sekolah ini diberikan penghargaan dengan memenangi tempat pertama dalam kategori pasukan sekolah dan IPTA/IPTS.

JOHAN : SM IMTIAZ YAYASAN TERENGGANU KUALA TERENGGANU

NAIB JOHAN : SMA KHAIRIAH

KETIGA : SMA SULTAN ZAINAL ABIDIN LADANG

Tahniah kepada semua warga sekolah terutama peserta yang begitu bersungguh-sungguh dalam perarakan tersebut.

Slide49Slide58 Slide72 Slide74 Slide90 Slide198

 

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Lihat sedutan video yang melayakkan kontinjen sekolah mendapat JOHAN perarakan bagi kategori sekolah klik DI SINI