Slide2SMIYT KTRG SBT , 10 Mac : Ucapan sekalung tahniah dan syabas untuk Nurul Asyikin binti Roslam pelajar tingkatan 5 yang telah berjaya menempatkan dalam acara pingpong ke peringkat kebangsaan.

Menurut Pengurus pasukan pingpong Sekolah, Cikgu Mawati binti Selawi, pelajar tersebut telah mendapat tempat pertama ketika menyertai acara pingpong bawah 18 tahun MSSD di Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 2 yang telah diadakan pada 19 hingga 20 Februari yang lalu seterusnya melayakkan diri ke peringkat MSST yang diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Kuang, Kemaman pada 28 Februari hingga 2 Mac baru-baru ini.

Dalam pertandingan tersebut beliau telah menduduki tempat ketiga dan melayakkan diri ke peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Negeri Kelantan.

Tahniah dan syabas untuk beliau kerana telah menaikkan nama sekolah di peringkat kebangsaan.