SMIYT K.TRG SBT , 23 Januari : Majlis penyerahan Bantuan Khas Awal Persekolahan bagi tahun 2013 ini telah diadakan di Dewan Asyatibi pagi ini.

Ianya telah dirasmikan oleh YB Hj. Alias bin Abdullah ADUN Alor Limbat. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YB Senator Dato’ Haji Abdul Rahman bin Bakar.

Selain daripada sekolah ini yang menjadi tuan rumah dalam majlis tersebut, sebanyak 7 buah sekolah lagi turut menerima bantuan khas sebanyak RM100. Sekolah tersebut adalah SK Simpang Rawai, SK Kampung Baharu Serada, SK Serada, SK Banggol Katong, SK Tasek, SK Gelugor dan SMK Padang Midin.

Bantuan khas ini diberi terus kepada semua pelajar. Majlis penyampaian  telah disampaikan oleh YB Senator Dato’ Haji Abdul Rahman bin Bakar dan YB Haji Alias bin Abdullah, ADUN Alor Limbat.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI