Pasukan Robotik Harumkan Nama Sekolah Di Peringkat Antarabangsa

63c4fafe-a017-4d19-a91f-5bd12df5b29dPUTRAJAYA : 28 Feb : Penutup bagi bulan Februari telah menyaksikan pasukan Robotik Sekolah ini telah mencapai sejarah yang tersendiri apabila di nobat tempat ke 6 dari 490 pasukan yang bertanding bagi Kategori Menengah Atas dan tempat ke 32 dari 379 pasukan bagi Kategori Menengah Rendah dalam pertandingan Robotik ” TUG of WAR 2018 ” Peringkat Antarabangsa.

Pertandingan ini telah diadakan di Dewan Melati & Dewan Siantan , Perbadanan Putrajaya.

Terima kasih kepada Pengurusan Sekolah, semua peserta dan juga Guru Penasihat Robotik, Ustaz Wan Ahmad Kalmani bin Wan Mohd.

Tahniah dan syabas kerana telah mengharumkan nama Sekolah , Negeri Terengganu , Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Yayasan Terengganu dan juga Negara Di Peringkat Antarabangsa.

WE LOVE iKT

f11eb234-9eab-40d8-ae9c-65735f6590ac

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *