Lawatan Ke Kolej Dato Patinggi Abang Haji Abdillah , Kuching Sarawak

Slide7KUCHING , 25 Oktober : Seramai 21 orang guru dan kakitangan serta 24 pelajar telah berlepas dari KLIA ke Kuching , Sarawak bagi menghadiri lawatan di sana. Rombongan ini telah berlepas dari lapangan terbang KLIA tengahari kelmarin.

Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat dan mengambil input serta maklumat tentang kecemerlangan sekolah dari segi kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar  dan juga pengurusan asrama.

Disamping itu juga melihat kecemerlangan ICT dan bahasa Inggeris yang merupakan kebitaraan sekolah ini ( SKK ).

Slide255Slide102Slide155Slide188Slide202Slide248

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Tahniah! SM Imtiaz K.Trg Tempat Ketiga Pertandingan Sains Dan Teknologi Peringkat Kebangsaan

Slide4KUALA TERENGGANU , 22 Oktober : SM Imtiaz K.Trg hari ini melakar sejarah apabila pelajar sekolah ini menduduki tempat ketiga dalam kategori G-Math , Sains dan ICT  peringkat kebangsaan yang telah diadakan di SESMA Kuala Terengganu.

Ia merupakan aktiviti pasca PMR yang disertai oleh 7 buah sekolah dari Negeri Terengganu , Kelantan dan Pahang. Kesemua sekolah tersebut merupakan Sekolah Berprestasi Tinggi ( SBT ).

Terdapat 4 jenis pertandingan yang diadakan iaitu Sudoku , G-Math , ICT dan Sains.

Slide1Slide2Slide5Slide6Slide3

 

TAHNIAH DAN SYABAS !!!

SM Imtiaz K.Trg Johan Badminton Piala Suprima’s

Slide2STADIUM NEGERI , 22 Oktober : Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada pasukan badminton sekolah yang telah berjaya membawa pulang piala Suprima’s yang telah diadakan selama 2 hari bermula kelmarin dan berakhir hari ini.

Pertandingan ini dianjurkan oleh SMK Sultan Sulaiman dengan kerjasama Proton Edar dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu. Pertandingan merebut piala suprima’s ini disertai sebanyak 12 buah sekolah Kuala Terengganu Selatan.

Dalam peringkat separuh akhir , pasukan sekolah berjaya menjinakkan pasukan dari SMK Chung Hwa Wei Sen dengan mata 2 – 1, manakala pada peringkat akhir pula , dengan penuh bergaya , pasukan sekolah menundukkan pasukan dari SMAASZA Batu Buruk dengan mata 2 – 0

Tahniah dan syabas kepada jurulatih Cikgu Mokhtar dan Ustaz Kalmani.

Berikut adalah keputusan penuh yang melibatkan perlawanan akhir.

Perseorangan pertama

Arif Sulaimi bin Shaffiei

 

Bergu Pertama Perempuan

Wan Nurul Hidayah bt Wan Ahmad

Munirah

 

Bergu Kedua lelaki

Mohd Mawardi bin Mohd Rani

Mohd Hidayat bin Ahmad Zohri

 

Fiqree Hameez dan Nurul Husna Terima Anugerah Khas

Slide1SMIYT KTRG SBT , 21 Oktober : Dalam majlsi Anugerah Graduasi Al Huffaz yang diadakan kelmarin , 2 orang graduan telah menerima anugerah khas yang disampaikan oleh Tuan Haji Abdullah bin Md Din, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam , KPM.

Beliau ialah Mohd Fiqree Hameez yang menerima Anugerah Khas Imam Asyatibi dan Sharifah Nurul Husna yang menerima Anugerah Khas Rabiatul Adawiyah.

Video Anugerah Khas Imam Asyatibi

Video Anugerah Rabiatul Adawiyah

Tahniah dan syabas