Kunjungan Dari SM Sains Sembrong , Kluang Johor

Slide5SMIYT KTRG SBT , 24 : Pihak sekolah telah menerima kunjungan daripada SM Sains Sembrong , Kluang Johor pada ahad yang lalu dalam lawatan bagi melihat sistem pembelajaran di sekolah ini.

Mereka telah dibawa melihat sendiri pelajar sekolah inimenghafaz al quran dan tasmi bersama guru di dewan dan juga di surau.

Slide6

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

KRS & Kadet Polis Johan Kawad Kaki

Slide43SMIYT KTRG SBT ,24 April : Kadet Remaja Sekolah ( kategori perempuan ) dan Kadet Polis ( kategori lelaki ) masing-masing dinobatkan johan dalam pertandingan Kawad Kaki peringkat sekolah yang telah diadakan pada sabtu baru-baru ini.

Manakala Ketua platun terbaik lelaki dimenangi oleh Che Mohd Afif Aiman bin Che Azih dari Kadet Bomba manakala Siti Maisraha binti Azmi dari Kadet Remaja Sekolah menerima anugerah ketua platun perempuan.

Semua hadiah disampaikan oleh wakil dari Yayasan Terengganu

Berikut adalah keputusan penuh pertandingan Kawad Kaki 2014

Kategori perempuan

Johan : Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) – 1234 markah

Naib Johan : Pengakap – 1222 marakah

Ketiga : Puteri Islam – 1210 markah

 

Kategori Lelaki

Johan : Kadet Polis – 1200 markah

Naib Johan : Pengakap – 1186 marakah

Ketiga : Kadet Remaja Sekolah ( KRS ) – 1123 markah

Slide96Slide73Slide100

Tahniah dan syabas

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Pasukan Nasyid Tempat Ke 3 Peringkat Negeri Terengganu.

Slide7DUNGUN : Pasukan Nasyid sekolah yang mewakili daerah Kuala Terengganu Selatan telah berjaya menduduki tempat ke 3 dalam Festival Nasyid anjuran Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Festival ini telah di adakan di SMKA Kuala Abang, Dungun Terengganu bermula 18 – 19 April 2014. Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu telah merasmikan festival ini.

Berikut adalah keputusan rasmi yang melibatkan sekolah ini sahaja.

Tilawah Lelaki : Naib Johan

Hafazan Perempuan : Ke 3

Nasyid : Ke 3

Slide1

Gambar selanjutnya DI SNI

 

Tahniah dan syabas anak-anak Al Fateh

Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin Rasmi Majlis Penutup PKS NUKLEUS Peringkat Negeri Terengganu

Slide1SMIYT KTRG SBT : Tan Sri Dato’ Haji Alimuddin bin Mohd Dom , Naib Presiden ANGKASA telah merasmikan majlis penutup PKS Peringkat Negeri Terengganu.

 

Sila klik di sini untuk keterangan selanjutnya.