Program Agihan Bantuan Awal Persekolahan 1 Malaysia Tahun 2018

cabfba51-d006-4420-93d3-17541f77af0aSMIYT KTRG SBT , 14 Februari : YDP Majlis Pemuafakatan Ibubapa & Guru Dato’ Haji Saiful Bahri bin Dato’ Baharuddin hari ini telah meluangkan masa bersama ibubapa dan guru serta murid yang telah menerima bantuan sempena penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 1 Malaysia Tahun 2018 dan seterusnya menyampaikan bantuan tersebut kepada pelajar yang layak.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengetua , Ustaz Md Imran bin Md Nor , Semua Penolong Kanan , guru , ibubapa serta pelajar yang terlibat.

Semoga dengan bantuan seumpama ini akan meringankan sedikit bebanan untuk keperluan pelajar.

8a446aa3-5df6-4691-806d-4ae56d5ad9bc210c7c25-d992-45ed-a5df-d898f3026001927d6a7a-78e0-4145-b496-f36ffa078f49944753a6-f9a5-414a-befd-e79bf8aae6c875095783-36bb-49d9-9b6c-2369ef180823a92ff78e-0e39-4577-a3c3-e75f89c2da6ec9af42af-4d29-4469-9f20-ca95c8f7eb79

Khabar Gembira Dari Thailand

ae932e4c-fbc5-4f58-9eab-3aa5cbb3de4fSMIYT KTRG SBT , 6 Feb : Hari ini mendapat khabar gembira dari Negara Thailand di mana peserta sekolah ini bersama guru pembimbing telah berjaya merangkul Gold Medal dalam menyertai Exhibited at ” Bangkok International Intellectual Property, Invention , Innovation and Technology Exposition” on the Occasion of ” Thailand Inventor” day 2018 yang bermula 2 Februari hingga 6 Februari 2018.

Inovasi Sekolah telah mempertaruhkan produk  NIFTY CLEANER KIT.

Guru pembimbing terdiri daripada Cikgu Saripah binti Embong , Cikgu Rohani binti Osman bersama peserta Muhammad Khairul Naim bin Rosland , Ummi Maisarah binti Mohd Razadi dan Sir Nur Maisarah binti Mohd Osman.

Sekalung tahniah dan syabas dari seluruh warga Imtiaz Kuala Terengganu kerana telah mengharumkan nama Sekolah , Negeri dan Negara.

252687a5-6b3a-4d3f-86ff-974c81dedb6188b85637-113d-45da-967c-677cd759063eae932e4c-fbc5-4f58-9eab-3aa5cbb3de4f

IKT NO.1

68fca4dd-1bbb-44b9-947e-7e9f2cde1741

9d2b1a1a-328f-41bb-8f97-0beb9fcbab2f

Perjumpaan SUMUR 2018

2d46c7a5-7788-406b-99e2-eb1fe6d13cb5SMIYT KTRG SBT , 5 Feb : SUMUR merupakan Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) merupakan cetusan idea YB Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu(sekarang Menteri Pertahanan ) Hasrat ini telah disambut oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan mencetuskan Modul 5C iaitu Murid Contoh, Murid Cerdas, Murid Cerdik, Murid Cergas dan Murid Ceria.

Matlamat program ini adalah untuk; melahirkan murid yang memiliki personaliti terpuji dan boleh dicontohi oleh murid-murid lain; sentiasa memburu ilmu untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat; mempraktikkan amalan penjagaan kesihatan yang cemerlang dalam kehidupan seharian; mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran hidup serta berusaha meningkatkan daya kepimpinan dan bersemangat patriotisma.

Sepuluh (10) buah sekolah rintis telah dipilih bagi melaksanakannya iaitu; SMKA Maahad Muar, Johor; SMKA Sultan Muhammad, Melaka; SMKA Nibong Tebal, Pulau Pinang; SMKA Naim Lil-Banat, Kelantan; SMKA Sheikh Hj Othman Wahab, Sarawak; SABK Imtiaz Dungun, Terengganu; SABK SAM Tanjung Karang, Selangor; SABK Maahad Al-Aziz, Parit Perak; SABK SMA Al-Maarif, Kuantan Pahang dan SABK SMA Al-Nahdah, Yan Kedah.

Pada tahun 2013 pula, program SUMUR telah berjaya dilaksanakan di semua sekolah kelolaan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) KPM iaitu 56 buah SMKA dan 159 buah SABK. Aktiviti pemantauan juga turut dilaksanakan di beberapa buah sekolah terpilih di seluruh negara bagi memastikan pelaksanaan program ini berjalan sebagaimana dirancang.

5b9a1eaa-75d2-437a-a1bb-15a0b807b5fc699f8217-8849-4b03-b635-690c2ce80d37cde0423a-4a44-4411-a117-ecbbbc0940c8e37b6a10-0bcf-4a87-a3dd-5458a8bddd68

Pelancaran 1 Murid 1 Sukan Peringkat Sekolah Tahun 2018

8fbbaf23-b2b9-4f67-b565-0e4aea2fd889SMIYT KTRG SBT , 1 Feb : Majlis Pelancaran 1 Murid 1 Sukan peringkat Sekolah telah dirasmikan oleh Tuan Pengetua , Ustaz Md Imran bin Md Nor pada 31 Jan 2018 dan disaksikan seluruh Pengurusan Sekolah dan pelajar.

Aktiviti ini merupakan aktiviti tahunan yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Gambar selanjutnya DI SINI

1eaaf4be-5d87-46f8-9d15-0a5fe1533fecda0856c8-f012-4e29-abd5-906d1f50e168

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.