Temasya MASSMIYT 2018

0e724089-031d-41ec-9b6d-74d86a61c4a5Temasya Masjlis Sukan Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu ( MASSMIYT ) 2018 ZON A peringkat awal akan diadakan di SM Imtiaz Yayasan Terengganu Besut pada 1 hingga 3 Mac 2018.

Semua sekolah di bawah kelolaan Yayasan Terengganu Bahagian Pengurusan Imtiaz menyertainya.

Kali ini pasukan sekolah telah membawa buruan untuk menjuarai kejohanan  dan akan menyertai  MASSMIYT akhir yang akan di adakan di SM Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Berang Pada 8 hingga 10 Mac 2018.

Semoga membawa kejayaan

Keputusan semasa

Takraw (atas)
IKT vs IBEST
2 – 1

Pingpong Men.Atas (P)

iKT VS iBEST

Keputusan:
Single 1 – menang
Double 1 – kalah
Single 2 – kalah
Double 2- menang
Single 3 – kalah

2-1
Bola Tampar P
IKT VS ISet

Badminton upper (p)
IKT vs IBEST
5 0

Salam 2-0
Bola Tampar Lelaki
IKT VS IB

Bolasepak lower

FULLTIME
Ikt 2-2 Iqber

bola sepak men bawah
ikt vs iset

keputusan
ikt menang 2-0

Pingpong Men.bawah (P)

IKT VS ISET

Keputusan:
Single 1 – menang
Double 1 -kalah
Single 2 – kalah
Double 2- kalah
Single 3 – kalah

Pingpong Men.Atas (Banat)

IKT VS IQuber

Keputusan:
Single 1 – menang
Double 1 -kalah
Single 2 – menang
Double 2- menang
Single 3 – menang

Pingpong Men.bawah (Lelaki)

IKT VS IBest

Keputusan:
Single 1 – menang
Double 1 -kalah
Single 2 -menang
Double 2-menang
Single 3 -keputusan

Pingpong Men.Atas (Lelaki)

IKT VS IBest

Keputusan:
Single 1 – menang
Double 1 -kalah
Single 2 -menang
Double 2-kalah
Single 3 -menang

Result badminton perempuan atas
Ikt Vs Ikb
5. 0

(Perempuan menengah bawah) vs smi setiu

Single 1 – menang
Double 1 – kalah
Single 2 – menang
Double 2 – kalah
Penentu – KAMI JUARA

Pingpong Men Atas (P)

iKT VS iBEST

Keputusan
Single 1 – menang
Double 1 – kalah
Single 2 – kalah
Double 2- menang
Single 3 – kalah

Klik DI SINI untuk gambar selanjutnya

8c8a6e6a-de87-4dbe-b892-9cb7be86c5cb

12cb7faf-b661-406b-b2b1-6fe64f0404e1

5a9e6910-23ff-415b-b2d7-5baea7d5c443

cd358889-8518-4ba3-85d1-1d5b5bf6929b

Pelancongan Koperasi Sekolah Peringkat Negeri Terengganu

a28d6054-ada2-47fc-8b61-1be7a705d5acSMIYT KTRG SBT, 28 Feb: Pelancongan Koperasi Sekolah ( PKS ) peringkat Negeri Terengganu telah dirasmikan oleh Tuan Haji Mohamed Yusof.Turut hadir bersama, Timbalan Pengarah SKM Negeri Terengganu, Pn Norlelah Shamsudin. Program ini bermula hari ini 28 Februari dan akan berakhir 2 Mac 2018.

Penglibatan seramai 80 orang peserta, daripada 14 buah sekolah. Berikut adalah tentatif program :

7.30 tetamu tiba di imtiaz siap bersarapan
8.00 ke pgram hufaz
8.20 pmkanan sunnah
8.45 pndftran di dlm dewan
9.00 sesi pnggambaran
9.30 persembahan kompang formasi
9.45 perarakan masuk
Ucapan pengetua
Ucpan perasmi
Gimik perasmian
Acara menandatangani surat jaringan KOOP
Pemberian cenderamata
Makan tengahari vip,tamu

2.00-3.00 ladap PKS oleh Puan Jun dari ANGKASA Kebangsaan
3.10 menaiki bas ke lokasi dan ke jeti Gawi
5.30 dijangka tiba di jeti
Pembahagian kumpulan

8.00 mlm tahlil MISBAHA

3c020e96-43ee-4804-8ea5-b741298c5584

c0bb3c7b-7d2d-49d9-84fd-68f3faa590e3

57e4f21f-97f3-41db-bae9-6b35952660f9

14bd5d44-2e1e-4350-b5e3-d42cc3dd5f5d

4926185f-48aa-4afd-add8-a911abeb7222

e83cd73b-02f2-474d-b9a6-2be38e3a1855

Pasukan Robotik Harumkan Nama Sekolah Di Peringkat Antarabangsa

63c4fafe-a017-4d19-a91f-5bd12df5b29dPUTRAJAYA : 28 Feb : Penutup bagi bulan Februari telah menyaksikan pasukan Robotik Sekolah ini telah mencapai sejarah yang tersendiri apabila di nobat tempat ke 6 dari 490 pasukan yang bertanding bagi Kategori Menengah Atas dan tempat ke 32 dari 379 pasukan bagi Kategori Menengah Rendah dalam pertandingan Robotik ” TUG of WAR 2018 ” Peringkat Antarabangsa.

Pertandingan ini telah diadakan di Dewan Melati & Dewan Siantan , Perbadanan Putrajaya.

Terima kasih kepada Pengurusan Sekolah, semua peserta dan juga Guru Penasihat Robotik, Ustaz Wan Ahmad Kalmani bin Wan Mohd.

Tahniah dan syabas kerana telah mengharumkan nama Sekolah , Negeri Terengganu , Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Yayasan Terengganu dan juga Negara Di Peringkat Antarabangsa.

WE LOVE iKT

f11eb234-9eab-40d8-ae9c-65735f6590ac

Lanskap Sekolah Berwajah Baru

Slide5SMIYT KTRG SBT , 16 Feb: ” Saya begitu kagum dengan kerjasama semua Staff samada Staff Kerajaan dan juga Pekerja Swasta “. Begitulah ungkapan kata-kata dari Ustaz Md Imran bin Md Nor , Pengetua Sekolah dalam Program gotong Royong yang melibatkan Semua Pengurusan Sekolah Bersama Staff.

Semua Staff sekolah telah diberikan tugasan mengikut kumpulan yang dipantau oleh pihak Pengurusan Sekolah. Bukan hanya staff yang terlibat malah Pengetua , Penolong Kanan serta Ketua Jabatan sama-sama membantu untuk menjadikan Lanskap kawasan sekolah berubah wajah.

Terima kasih kepada semua staff. Menurut Penyelaras 3K , Cikgu Munirah, ini merupakan aktiviti gotong royong fasa 1 dan fasa yang ke 2 akan menyusul selepas ini.

Tahniah dan syabas!!!

gambar selanjutnya DI SINI

Slide4Slide7Slide27Slide44Slide63Slide75Slide90Slide108Slide141

 

× Sejarah SM Imtiaz Yayasan Terengganu

SEJARAH IMTIAZ

Aspirasi Masyarakat Setempat dan Pembinaan Sekolah

Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu  Kuala Terengganu dibina sekitar bulan November 1994 yang  bertujuan untuk memberi kemudahan pendidikan berasaskan agama kepada penduduk sekitarnya. Sekolah ini lahir daripada  aspirasi masyarakat setempat untuk memajukan kawasan mereka terutamanya dari aspek pendidikan. Idea-idea untuk menubuhkan sebuah sekolah agama telah disuarakan oleh penduduk Kampung Pulau Manis, Kampung Banggol Mempelam, Kampung Banggol Tok Ku, Kampung Banggol Lalang dan Kampung Baru Serada sejak tahun 1986.

Kepimpinan negeri pada masa itu di bawah YB Dato’ Seri Amar Di Raja Haji Wan Mokhtar Bin Ahmad telah memberikan reaksi positif dan sebuah jawatankuasa bertindak telah dibentuk di peringkat Dewan Undangan Negeri untuk merealisasikan hasrat penduduk setempat. Kerajaan negeri telah meluluskan penubuhan sekolah ini pada tahun 1994. Kerja-kerja pembinaan sekolah ini bermula pada November  1994 dan siap sepenuhnya pada bulan Mac 1997.  Sekolah ini dilengkapi dengan kemudahan  prasarana yang lengkap dan pembinaannya menelan belanja berjumlah RM 9.4 juta di kawasan seluas 8.1 hektar di Kampung Banggoh Karah, Serada, Kuala Terengganu.

Penubuhan KOSPINT

Namun sebagai usaha meningkatkan taraf Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu, kerajaan negeri telah membuat keputusan untuk  menjadikan sekolah ini  sebagai sebuah Sekolah Bestari Kerajaan Negeri Berasrama Penuh. Pada bulan 1 jun 1997, sekolah ini mula beroperasi dengan nama Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) di bawah kelolaan Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu (JHEAT) Bahagian Pendidikan. Pembukaan sekolah ini telah dirasmikan oleh ke bawah  DYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin pada  23 Julai 2000.

Kemudahan, Perkembangan Kurikulum dan Pencapaian

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu (KOSPINT) mempunyai 4 blok  bangunan yang terdiri daripada blok pentadbiran dan kelas, dua blok asrama putera dan puteri yang mampu menampung 560 orang pelajar serta dewan makan, sebuah dewan besar yang boleh memuatkan 850 orang pelajar, sebuah kantin dan surau yang mampu memuatkan 600 jemaah. Bagi kemudahan sukan dan riadah pula, terdapat sebuah padang bola sepak, dua gelanggang sepak  takraw dan gelanggang badminton. Kemudahan-kemudahan lain termasuklah bilik kuliah, perpustakaan, makmal komputer, makmal sekolah, bengkel kemahiran hidup dan koperasi sekolah.

Pengambilan pertama adalah dalam kalangan pelajar Sekolah-sekolah Agama Negeri Terengganu . Kurikulum KBSM, kurikulum elektif dan votek diperkenalkan untuk tahun pertama dan elektif sains dimulakan pada tahun kedua penubuhan iaitu tahun 1998. Kurikulum ini berterusan sehingga pada 1 Januari 2006, walaupun baru ditubuhkan, namun prestasi pelajar amat membanggakan apabila keputusan peperiksaan sulungnya  iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR)  pada tahun 1998 mencatatkan kejayaan 100%.  Pencapaian SPM juga mencatat 100% walaupun pemilihan pelajar untuk kemasukan pertama adalah dalam kalangan pelajar yang bukan memperolehi 5A dalam peperiksaan UPSR.

Peralihan Kepada Sekolah IMTIAZ

Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu telah dijadikan sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz dengan penambahan program hafazan dan kurikulum diniyyah dengan menggunakan nama Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu. Pengambilan pelajar sulung adalah seramai 98 orang. Sebagai salah sebuah sekolah Imtiaz, sekolah ini diletakkan di bawah pentadbiran sebuah syarikat milik penuh Yayasan Terengganu iaitu Integrity Icon Sdn. Bhd. 

Perkembangan dan Pengiktirafan

Penubuhan sekolah Imtiaz ini, satu perubahan yang amat ketara telah dialami di sekolah ini sama ada dari segi pentadbiran, kurikulum, kokurikulum dan rutin harian pelajar. Ternyata kurikulum generasi ulul albab sangat sesuai dan memenuhi keperluan semasa dan Imtiaz mampu berperanan sebagai institusi penting melahirkan modal insan yang mampu memenuhi aspirasi negara. Imtiaz bukan sahaja menjadi agenda kerajaan negeri malahan telah mendapat sambutan di peringkat kebangsaan sehingga dijadikan sekolah angkat Timbalan Menteri Pelajaran iaitu  Allahyarham Dato’  Razali Bin Ismail,  mantan Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia.

Bermula 1 November 2007, sekolah ini telah berdaftar dengan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) Kementerian Pelajaran Malaysia sebagai sebuah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Sehingga kini sekolah ini diletakkan sepenuhnya di bawah tanggungjawab Bahagian Pengurusan Imtiaz Yayasan Terengganu setelah pembubaran IISB.