2d46c7a5-7788-406b-99e2-eb1fe6d13cb5SMIYT KTRG SBT , 5 Feb : SUMUR merupakan Program Sahsiah Unggul Murid (SUMUR) merupakan cetusan idea YB Dato’ Seri Hishamuddin bin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia pada ketika itu(sekarang Menteri Pertahanan ) Hasrat ini telah disambut oleh Jabatan Pendidikan Islam dan Moral (JAPIM), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan mencetuskan Modul 5C iaitu Murid Contoh, Murid Cerdas, Murid Cerdik, Murid Cergas dan Murid Ceria.

Matlamat program ini adalah untuk; melahirkan murid yang memiliki personaliti terpuji dan boleh dicontohi oleh murid-murid lain; sentiasa memburu ilmu untuk kebahagiaan di dunia dan akhirat; mempraktikkan amalan penjagaan kesihatan yang cemerlang dalam kehidupan seharian; mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran hidup serta berusaha meningkatkan daya kepimpinan dan bersemangat patriotisma.

Sepuluh (10) buah sekolah rintis telah dipilih bagi melaksanakannya iaitu; SMKA Maahad Muar, Johor; SMKA Sultan Muhammad, Melaka; SMKA Nibong Tebal, Pulau Pinang; SMKA Naim Lil-Banat, Kelantan; SMKA Sheikh Hj Othman Wahab, Sarawak; SABK Imtiaz Dungun, Terengganu; SABK SAM Tanjung Karang, Selangor; SABK Maahad Al-Aziz, Parit Perak; SABK SMA Al-Maarif, Kuantan Pahang dan SABK SMA Al-Nahdah, Yan Kedah.

Pada tahun 2013 pula, program SUMUR telah berjaya dilaksanakan di semua sekolah kelolaan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) KPM iaitu 56 buah SMKA dan 159 buah SABK. Aktiviti pemantauan juga turut dilaksanakan di beberapa buah sekolah terpilih di seluruh negara bagi memastikan pelaksanaan program ini berjalan sebagaimana dirancang.

5b9a1eaa-75d2-437a-a1bb-15a0b807b5fc699f8217-8849-4b03-b635-690c2ce80d37cde0423a-4a44-4411-a117-ecbbbc0940c8e37b6a10-0bcf-4a87-a3dd-5458a8bddd68