Program CSI Guru Muda 2012

KUALA TERENGGANU, 13 Feb : Program yang dikenali  sebagai Caring and Sharing Investigators ini telah dilancarkan pada hari ini oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah.

Program ini memberi peluang kepada pelajar dilantik  sebagai guru muda untuk membantu guru sekiranya guru tiada di dalam kelas yang disebabkan guru bermesyuarat, kurusus dan sebagainya. Seramai 35 orang pelajar dilantik sebagai Guru Muda.

Menurut Pengarah Projek SPM. Ustaz Fathi, semasa melawat Sekolah Agama Menengah Bestari ( SAMBEST ) baru-bari ini, beliau melihat semasa P&P berjalan, tiada pelajar yang berada di luar kelas, mereka ini sentiasa berada di kelas untuk menimba ilmu pengetahuan.

Menurutnya lagi, interaksi di antara guru dan pelajar amat baik sekali.Ketika melawat karangkraf, beliau begitu kagum dengan kenyataan CEO Karangkraf Dato’ Hishamudin, Kalau mahu kecemerlangan mestilah ada tindakan dan jangan berputus asa.  Beliau mahu semua pelajar sentiasa cakna dengan tindakan ini.

Kita hendaklah bermula daripada awal tahun lagi untuk berusaha sekiranya mahu mencapai kejayaan.

Dalam ucapan pelancaran oleh puan pengetua, beliau mengucapkan tahniah kepada projek SPM yang diketuai oleh Ustaz Fathi bin Ahmad Mokhtar selaku Pengarah Projek SPM dengan sokongan semua guru dan beliau merasakan pada tahun ini projek SPM lebih mantap untuk team SPM dan melihat dari awal tahun lagi telah ada program yang besar dibuat iaitu melawat SAMBEST dijadikan model untuk mendapatkan input yang positif sebagai panduan.

Beliau menyatakan banyak aktiviti yang telah dibuat oleh guru untuk pelajar agar menjadi pelajar yang  berfikiran hebat dan dapat mengeluarkan cetusan idea.

Sila klik DI SINI untuk melihatr gambar selanjutnya

‘KUIK’ Anjur Majlis Perpisahan

KUALA TERENGGANU, 12 Feb : Kelab Ukhuwwah Imtiaz KOSPINT hari ini telah menganjurkan satu majlis perpisahan sempena pertukaran guru dan kakitangan.

Menurut Pengerusi KUIK, Cikgu Abdul Hadi bin Muda, Kelab ini ditubuhkan adalah bertujuan memberikan sumbangan kepada ahlinya yang bertukar, berkahwin, kematian keluarga dan banyak lagi. Sehubungan dengan itu, bertepatan dengan konsep KUIK, maka pada hari ini diadakan majlis untuk meraikan mereka yang bertukar.

Antara yang bertukar ialah Ustazah Marina binti Abdul Rahman, yang akan bertugas di SMA Marang, Ustaz Ada’aya bin Yasin yang akan bertugas di SMKA Tok Jiring, Ustaz Mohamad Saufi bertugas di sekolah yang baru iaitu di SMKA Durian Guling, Cikgu Nor Hafiza bertugas di SM Sultan Ismail, YM Che Ku Saiful Azhar yang merupakan Pembantu Tadbir bertukar ke Yayasan Terengganu bersama Encik Hafizi di tempat yang sama.

Dalam ucapan Puan Pengetua, beliau mengucapkan setinggi penghargaan kepada mereka yang telah banyak menyumbang untuk menaikkan nama sekolah. Segala kerjasama yang diberikan beliau mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga.

Sila klik DI SINI untuk melihat gambar selanjutnya.

Penyerahan ‘Anak Angkat’

KUALA TERENGGANU, 8 Feb : Sempena Program ‘ Masih Ada Harapan ” satu majlis penyerahan ‘anak angkat’ kepada pihak pengurusan sekolah telah diadakan pagi ini di dataran Anjung kasih di bawah Projek Aspirasi Mutiara Terbilang PMR 2012.

Majlis ini telah disaksikan oleh semua Penolong Kanan, Pengarah Projek PMR 2012, Tuan Haji Mohd Amin Faisal bin Haji Uzip juga merupakan Penolong Kanan Ulul Albab, Penyelaras Projek PMR 2012, Cikgu Rozila binti Sulong serta  semua guru yang mengajar kelas tingkatan 3. Dalam majlis ini juga, Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah dan 3 Penolong Kanan yang terdiri dari Penolong Kanan Akademik, Ustazah Faidahnam binti Busu, Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani dan Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Md Nor bin Yahya telah menerima ‘anak angkat’ tersebut.

Bertujuan untuk melihat mereka ini terus berusaha ke arah kecemerlangan akademik serta sahsiah seterusnya mendapat keputusan peperiksaan yang lebih cemerlang.

Majlis ini dimulakan dengan lafaz ikrar oleh semua pelajar tingkatan 3 di hadapan semua pihak pengurusan serta guru yang mengajar di tingkatan 3. Seterusnya penyerahan ‘anak angkat’ yang dimulai dengan Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan HEM, Penolong Kanan Akademik dan terakhir Puan Pengetua sendiri.

Sila klik DI SINI untuk melihat gambar selanjutnya.

Kunjungan Dari Sekolah Menengah Sains Selangor

KUALA TERENGGANU, 7 Feb : Seawal jam 8 pagi  pihak sekolah telah menerima rombongan dari Sekolah Menengah Sains Selangor.

Pihak sekolah telah menyambut rombongan tersebut seramai 38 orang yang terdiri dari pengetua serta kakitangan sokongan. Sebelum di bawa ke bilik mesyuarat untuk sesi taklimat khas, pihak rombongan telah di bawa ke dewan Asyatibi dan surau untuk melihat pelajar sedang menghafaz Al-Quran.

Semasa sesi taklimat, Puan Faidahnam binti Busu selaku Penolong Kanan Akademik mengucapkan terima kasih kepada rombongan tersebut kerana sudi mengunjungi sekolah ini. Manakala dalam ucapan pengetua sekolah tersebut, Encik Nor Paizin, beliau mengucapkan terima kasih kerana sudi menerima kunjungan seramai 38 orang yang terdiri dari kakitangan sokongan.

Antara tujuan lawatan ini adalah untuk melihat bagaimana keadaan SM Imtaiz itu sendiri yang mempunyai sistem pembelajaran yang berlainan dan ingin mengetahui kaedah terbaik pelajar dapat menghafaz Al-Quran dalam masa yang singkat.

Beliau juga mengucapkan tahniah kerana SM Imtiaz Kuala Terengganu telah diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan.

Beliau berharap pihak sekolah ini menerima pelajar dari Sekolah Sains Selangor agar diadakan Program Homestay diantara pelajar, begitu juga pihak beliau akan menerima pelajar Sekolah ini sebagai Program homestay di sana nanti. Disamping itu juga, beliau amat bertuah sekiranya ada beberapa orang guru di sini mengajar di sekolah Sains selama seminggu untuk diberi pendedahan cara menghafaz Al-Quran dengan baik.

Sebaik sahaja sesi taklimat selesai, pihak rombongan telah melawat galeri sekolah, koperasi serta di adakan sedikit jamuan.

Sila klik DI SINI untuk melihat gambar selanjutnya.