Timbalan Perdana Menteri Kunjungi SM Imtiaz K.Trg

KUALA TERENGGANU, 20 Sept: Sempena perjumpaan Khas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Dato’  Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin bersama Guru Agama / Imam / Bilal, SM Imtiaz K.Trg amat bertuah kerana menjadi tuan rumah bagi perjumpaan tersebut.

Turut hadir ialah YAB Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu, Yang Berbahagia Dato’ Abdul Ghafar bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Ketua Polis Negeri, YB Alias bin Abdullah , YB Yahya Khatib, Pengerusi MARA Dato’ Seri Haji Idris bin Jusoh, Encik Razali bin Daud, Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu, Tuan Haji Abdullah bin Md Din, Pengarah Bahagian Pendidikan Islam( KPM ) serta orang-orang kenamaan yang lain.

Ini merupakan kali pertama YAB Tan Sri datang ke sekolah ini.

Dalam program tersebut, beliau juga telah menyampaikan peruntukan pembangunan Kementerian Pelajaran Malaysia kepada Sekolah SMA dan SM Imtiaz Yayasan Terengganu  sebanyak 140,000.00 dan 200,000.00 untuk  sekolah SMKA.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Hari Keluarga KUIK Meriah

MARANG, 17 Sept: Majlis sambutan Hari Keluarga dan Jamuan Hari Raya Aidil Fitri anjuran Kelab Ukhuwwah Imtiaz KOSPINT telah di adakan pada pagi tadi mulai jam 8 pagi dan berakhir pada 12.30 tengahari.

Majlis yang cukup meriah ini telah diadakan di Angulia Beach Resort Marang Terengganu. Kehadiran sebahagian besar guru, kakitangan serta  anak mereka menambahkan lagi suasana kemeriahan tersebut.

Pelbagai acara telah diadakan seperti pertandingan bayi pintar , sukaneka untuk kanak-kanak serta acara untuk dewasa. Paling mencuri tumpuan pada pagi ini kehadiran puan pengetua sama-sama menyertai permainan ‘sumbat gol’ dengan tendangan yang mencuit hati semua hadirin.

Semua hadiah telah disampaikan oleh Puan Pengetua.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Program Solat Hajat Perdana Bersama Ibu bapa, Guru dan pelajar PMR 2011

KUALA TERENGGANU, 15 Sept: Hampir semua ibu bapa telah menghadiri program ini yang telah diadakan di Surau Tok Ku Pulau Manis, SMIYTKT. Tidak ketinggalan juga semua pihak pengurusan sekolah, semua guru PMR telah menghadiri program ini yang bermula jam 6 petang dan berakhir jam 11 malam.

Menurut Penyelaras Projek PMR 2011, Puan Rozila binti Sulong, Program ini telah dianjurkan di bawah Projek Aspirasi Permata Gemilang PMR 2011.

Tujuan diadakan program ini adalah untuk memotivasikan pelajar tentang pentingnya hubungan dan restu daripada ibu bapa untuk menghadapi peperiksaan.

Disamping itu juga memberi keyakinan dan panduan kepada pelajar agar dapat memantapkan lagi persediaan dalam waktu terdekat menjelang peperiksaan.

Tambahnya lagi, selain daripada itu ianya juga dapat mendedahkan tips tentang keibubapaan untuk dipraktikkan oleh ibu bapa dalam membimbing anak jagaan mereka khasnya calon PMR 2011.

Selain daripada solat hajat, program yang berunsurkan motivasi telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Mizan bin Mohd Nor.

Gambar seterusnya sila klik DI SINI

Penganugerahan Tawaran Baru Pengetua

KUALA LUMPUR, 13 Sept: Seramai 92 orang pengetua seluruh negara telah menerima anugerah Tawaran Baru Pengetua dan Guru Besar Bidang Keberhasilan Utama Negara ( NKRA ) Pendidikan 2010 yang julung kali diadakan.

Penyampaian anugerah ini telah diadakan di Auditorium Bahagian Teknologi Pendidikan, Persiaran Bukit Kiara Kuala Lumpur hari ini dan telah disempurnakan oleh YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Haji Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.

Pengetua Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu yang kini dikenali dengan nama SM Imtiaz Kuala Terengganu KOSPINT, Puan Mardziah binti Che Abdullah merupakan salah seorang penerima anugerah tersebut.

Kejayaan beliau ini telah memberikan kesan yang positif untuk kemajuan sekolah. Tahniah juga kepada semua guru serta kakitangan sekolah dalam menjayakan misi dan visi sekolah untuk menjadikan pelajar generasi Ulul Albab Minda Kelas Pertama pada tahun 2012.

Klik di sini untuk gambar selanjutnya.