Kursus Tajwid Untuk Guru dan Kakitangan Siri III

KUALA TERENGGANU, 27 Jun : Kursus ini adalah sambungan daripada siri II yang lalu.Seorang penceramah dari Institut Quran Terengganu ( IQT ) telah dijemput untuk memberi ceramah mengenai hukum-hukum tajwid dan bacaan.

Penceramah tersebut adalah Ustaz Azizul bin Hassan. Semua guru dan kakitangan hadir dalam kursus tersebut yang bermula jam 2.30 petang tadi.

Semoga ianya dapat memberi kesan yang mendalam dari segi bacaan dalam Al-Quran apabila faham berkenaan dengan hukum tajwid tersebut.

Gambar selanjutnya sila KLIK DI SINI

Koperasi Sekolah dan SUMUR Anjuran Bersama Ceramah Israk & Mikraj

KUALA TERENGGANU , 26 Jun : Unit HEM yang kendalikan oleh Sahsiah Unggul Murid ( SUMUR ) dengan kerjasama Koperasi Sekolah telah menganjurkan satu program Ceramah Israk & Mikraj sempena Bulan Kebesaran Islam dan Hari Koperasi Sekolah 2012.

Program ini di adakan di dewan Asyatibi bermula jam 3 petang. Pihak sekolah telah mengundang seorang penceramah iaitu YM Ustaz Syed Abu Bakar bin Tuan Taufik dari SMK Bukit Besar, Kuala Terengganu bagi menyerikan lagi program tersebut.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah guru serta semua pelajar.

Gambar selanjutnya

Kunjungan Dari SAMT Sultan Hishamuddin, Kelang Selangor

KUALA TERENGGANU , 24 Jun : Seramai 40 orang pelajar beserta guru pengiring dari Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hishamuddin, kelang Selangor telah tiba di dataran SM Imtiaz Kuala Terengganu bagi mengadakan sesi lawatan.

Ketibaan mereka jam 9.15 pagi telah disambut oleh Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Ghani, Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Md Nor bin Yahya dan Guru Displin, Ustaz wan Abdul Rahman bin Wan Abdullah serta Majlis Perwakilan Pelajar dan Majlis Pengawas Asrama.

Dalam sesi lawatan tersebut mereka telah dibawa ke dewan Asyatibi dan surau Tok Ku Pulau Manis untuk meninjau pelajar sekolah ini menghafaz al Quran.

Mereka juga dibawa melihat galeri sekolah dan asrama Putera dan Puteri.

Lihat gambar selanjutnya DI SINI

Tahniah ! Tawaran Baru Pengetua ( New Deals ) Kali Ke 2

KUALA TERENGGANU , 21 Jun : Alhamdulillah, SM Imtiaz Kuala Terengganu sekali lagi berjaya mendapat Anugerah Tawaran Baru Pengetua kali ke 2 tahun 2011 berturut-turut.

Kali pertama ialah pada tahun 2010. Majlis penganugerahan tersebut akan diadakan pada 27 Jun ini.

Kepada semua guru, kakitangan, pelajar serta seluruh warga imtiaz diucapkan tahniah dan syabas.