Ceramah Motivasi Tingkatan 3 dan 5 Oleh Dr. Ezhan bin Nayan

KUALA TERENGGANU , 17 Jul : Majlis Pemuafakatan Ibubapa dan Guru ( MPIBG ) SM Imtiaz K.Trg hari ini telah menganjurkan satu program khas berbentuk motivasi kepada semua pelajar tingkatan 3 dan 5.

MPIBG telah megundang seorang pakar motivasi iaitu Dr. Ezhan bin Nayan bagi menyempurnakan program tersebut. Semua guru tingkatan 3 dan 5 serta pelajar berkenaan hadir dalam majlis tersebut.

Gambar keseluruhan motivasi SILA KLIK DI SINI

Prof. Dr. Habib Abdul Hamid Al Mahdaly Tetamu Pelancaran Tabung Ihya’ Ramadhan

KUALA TERENGGANU , 16 Jul : Sempena pelancaran Tabung Ihya’ Ramadhan, pengurusan sekolah di bawah unit HEM telah mengundang seorang penceramah dari Brunei Darussalam iaitu Prof. Dr. Habib Abdul Hamid Al Mahdaly bagi memberikan ceramah mengenai Ramadhan Al Mubarak yang akan tiba tidak lama lagi.

Semua guru dan pelajar hadir dalam majlis tersebut yang diadakan di dewan Asyatibi.

Gambar selanjutnya SILA KLIK DI SINI

Guru SABK Negeri Johor Selamat Tiba

KUALA TERENGGANU , 15 : Pihak Pengurusan sekolah pagi tadi telah menyambut ketibaan rombongan dari Guru-Guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan ( SABK ) Negeri Johor. Seramai 75 orang yang terdiri daripada Pegawai Jabatan, Pengetua dan guru.

Rombongan disambut oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Ustazah Faidahnam binti Busu, Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Penolong Kanan Ulul Albab, Tuan Haji Mohd Amin Faisal bin Haji Uzip, Ketua Jabatan Agama, Ustaz Ahmad Fathi bin Mokhtar, Ketua Jabatan Sains & Matematik, Puan Marhaini binti Sulaiman, Setiausaha Sekolah, Puan Che Kadijah binti Abdullah serta beberapa guru lain.

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk membuat penandaarasan bagi mendapat maklumat khususnya berkait dengan pengurusan Al-Quran  dan aktiviti yang menjadikan sekolah dan pelajar hebat dari semua segi.

Program ini adalah rentetan lawatan pertama  Ketua Sektor Agama Negeri Johor iaitu Tuan Haji Abdul Aziz bin Abdullah.

Mereka kemudian diberi taklimat khas sebelum dibawa melawat galeri sekolah.

Gambar selanjutnya SILA KLIK DI SINI

Mejar Mohd Fauzi Rasmi Penutup Kem Kempimpinan Jati Diri

SEBERANG TAKIR , 14 Jul : ‘ Untuk menjadi pemimpin, setiap pelajar perlu ada semangat untuk berkorban’, demikian kata puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah dalam ucapan ketika hari terakhir Kem Kempimpinan Jati Diri MPP, MPA, MPS, PPS dan PRS yang diadakan di Kem Melayu 18, Seberang Takir Kuala Terengganu petang tadi.

Menurutnya lagi, pelajar juga perlu ada semangat berprestasi tinggi dan tidak boleh lagi berfikiran dan perangai dengan cara biasa, perlu lebih tegas, lasak, kuat dan berani yang mampu membawa perubahan yang terbaik.

Dalam majlis tersebut Mejar Mohd Fauzi bin Khamis, Penolong Pegawai Memerintah Kem Melayu 18, sudi meluangkan masa untuk merasmikan majlis penutupan Kem Kepimpinan Jati Diri yang telah diadakan selama 3 hari 2  malam di Kem tersebut.

Gambar selanjutnya SILA KLIK DI SINI