KUALA TERENGGANU , 15 : Pihak Pengurusan sekolah pagi tadi telah menyambut ketibaan rombongan dari Guru-Guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan ( SABK ) Negeri Johor. Seramai 75 orang yang terdiri daripada Pegawai Jabatan, Pengetua dan guru.

Rombongan disambut oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Ustazah Faidahnam binti Busu, Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani, Penolong Kanan Ulul Albab, Tuan Haji Mohd Amin Faisal bin Haji Uzip, Ketua Jabatan Agama, Ustaz Ahmad Fathi bin Mokhtar, Ketua Jabatan Sains & Matematik, Puan Marhaini binti Sulaiman, Setiausaha Sekolah, Puan Che Kadijah binti Abdullah serta beberapa guru lain.

Tujuan lawatan tersebut adalah untuk membuat penandaarasan bagi mendapat maklumat khususnya berkait dengan pengurusan Al-Quran  dan aktiviti yang menjadikan sekolah dan pelajar hebat dari semua segi.

Program ini adalah rentetan lawatan pertama  Ketua Sektor Agama Negeri Johor iaitu Tuan Haji Abdul Aziz bin Abdullah.

Mereka kemudian diberi taklimat khas sebelum dibawa melawat galeri sekolah.

Gambar selanjutnya SILA KLIK DI SINI