Timbalan Pengarah Pendidikan Islam KPM Rasmi Majlis Khatam Al-Quran dan Ifthor Jamae’i

KUALA TERENGGANU , 11 Ogos : Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia, Tuan Haji Wahid bin Setia  petang ini sudi meluangkan masa bagi merasmikan Majlis Khatam Al-Quran  & Ifthor Jamai’e bagi tahun 2012.

Turut menunggu ketibaan beliau ialah Puan Pengetua Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, Ustaz Wan Azman bin Wan Abdullah, Penolong Pengarah bahagian Al-Quran Yayasan Terengganu, Encik Zakaria Jusoh Wakil Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu, Encik Awang bin Sulong wakil Sektor Pendidikan Islam SABK, Tuan Haji Jain bin Awang, Timbalan MPIBG SMIYT Kuala Terengganu serta pengurusan sekolah yang lain.

 

Berikut adalah tentatif bagi majlis tersebut

 

Dewan Asyatibi

4.45 ptg

– Pendaftaran & hadirin mengambil tempat

–          Ucapan aluan pengerusi majlis

–          Ucapan Puan Pengetua

–          Ucapan Pengarah Yayasan Terengganu ( wakil )

–          Ucapan perasmi : Tuan Haji Wahid bin Setia, Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan islam KPM

–          MajlisKhatam Al-Quran

–          Penyampaian Hadiah & Cenderamata

 

Surau Tok Ku Pulau Manis

 

6.45 ptg – Tazkirah ramadhan

– Doa & tahlil

 

7.45 mlm – Ifthor jamae’i

Solat Maghrib & Solat hajat

Makan malam

Solat Isyak & tarawikh

Bersurai

 

Video Majlis Khatam Al-Quran dan Ifthor Jamae’i

Gambar selanjutnya sila KLIK DI SINI

 

 

Majlis Temu Murni

KUALA TERENGGANU , 11 Ogos : Program pertemuan antara guru, ibubapa dan pelajar telah diadakan jam 3 petang tadi.

Ianya melibatkan pelajar tingkatan 2, 3, 4 dan 5. ramai ibubapa yang hadir pada majlis tersebut.

Gambar selanjutnya sila KLIK DI SINI

Tadarus Al-Quran Dari Guru

KUALA TERENGGANU , 11 Ogos : Sempena menyambut bulan ramadhan, pihak pengurusan sekolah telah mengadakan tadarus secara kumpulan di kalangan guru. Program ini bermula di sebelah pagi tadi.

Semua guru terlibat dalam program ini. Setiap kumpulan diberikan satu surah untuk dihabiskan.

Semoga bulan yang baik ini memberikan kekuatan kepada semua guru agar diberikan kemuliaan di sisi Allah S.W.T

Gambar selanjutnya sila KLIK DI SINI

Peer Coaching

KUALA TERENGGANU , 5 Ogos : Program ini telah diadakan pada 29 julai yang lalu bertempat di bilik Kuliah.

Tujuan program ini adalah untuk membimbing pelajar target dan dipantau oleh pelajar elit serta membuat study group. Sasaran dalam percubaan SPM 2012 nanti adalah sekurang-kurangnya minimum C.

Program ini telah dirasmikan oleh oleh Tuan Haji Jain bin Awang, Timbalan YDP MPIBG. Turut hadir dalam majlis tersebut Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran, Ustazah Faidahnam binti Busu, Pengarah Projek SPM 2012, Ustaz Ahmad Fathi bin Mokhtar serta beberapa orang guru.