Ceramah Muhasabah Ramadhan dan Lambaian Syawal

KUALA TERENGGANU , 16 Ogos : Pihak pengurusan sekolah telah mengundang seorang penceramah dari UNISZA bagi memberi penerangan dan penjelasan mengenai Muhasabah Ramadhan selepas majlis sumbangan Hari Raya 2012.

Beliau yang dimaksudkan ialah Tuan Haji Talib bin Abdul Rahman, Pensyarah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, ( UNISZA ). Di akhir majlis, semua guru dan pelajar bersalam-salaman serta bermaaf-maafan sempena menyambut awal syawal di Hari Raya Aidil Fitri 1433H bersamaan 2012M.

 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 

MAAF ZAHIR BATIN

Gambar selanjutnya sila KLIK DI SINI

 

Sumbangan Hari Raya 2012

KUALA TERENGGANU , 16 Ogos : Seramai 73 orang pelajar yang berkelayakan telah menerima sumbangan Hari Raya 2012 menerusi Tabung Ihya’ Ramadhan yang telah dilancarkan apada awal ramadhan baru-baru ini.

Ibu bapa , guru serta MPIBG sekolah sama-sama memberi sumbangan bagi menceriakan pelajar berkenaan. Sumbangan ini telah disampaikan kepada pelajar terbabit oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardzah binti Che di Dewan Asyatibi jam 9.45 pagi tadi.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR BATIN DARI ADMIN DAN SELURUH WARGA SMIYT K.TRG

Gambar selanjutnya sila KLIK DI SINI

Majlis Perasmian Penutup Program Tadarus Al-Quran ( Keluarga ) 1433H

KUALA TERENGGANU , 14 Ogos : Majlis tersebut telah diadakan pada 13 Ogos di Dewan Utama Yayasan Pembangunan Keluarga ( YPK ).

Program ini adalah dianjurkan oleh Yayasan Pembangunan Keluarga ( YPK )  sempena Ihya’ Ramadhan Peringkat Negeri Terengganu. Pihak Sekolah ingin  mengucapkan jutaan terima kasih kepada YPK kerana memberi kepercayaan penuh kepada pelajar hafiz sekolah ini sepanjang bulan Ramadhan untuk sama-sama bertadarus dengan jemaah masjid sepanjang tempoh tersebut.

Berikut adalah beberapa buah masjid yang  telah dihadiri oleh anak soleh pintar hafiz .

 

Masjid As Salam Batu Rakit

Masjid Gelugor Raja

Masjid Gong Kijang Bukit Tunggal

Masjid Gong Tok Nasek

Masjid Kg. Tok Jamal

Masjid Kg wakaf Baru Gong Badak

Masjid Kg Kubang Durian Gelugor

Masjid Kg. Pengkalan Berangan

Masjid Seberang Takir

Masjid Tengku Sulong Padang Negara

Surau Gong Kapas

Dewan Utama Yayasan Pembangunan Keluarga ( YPK ) Negeri Terengganu

Majlis Khatam Al-Quran dan Berbuka Puasa Bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu

KUALA TERENGGANU , 14 Ogos :  Majlis tersebut telah di adakan di masjid Al-Ikhlas, Manir pada 11 Ogos yang lalu.

Sultan Terengganu, DYMM Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Almuktafi Billah Shah berkenan untuk sama-sama berbuka puasa di Masjid tersebut.

Cukup bertuah ialah para hafiz Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu kerana dapat bersalam-salaman dengan Tuanku.

Gambar selanjutanya sila KLIK DI SINI