KUALA TERENGGANU , 13September : Pihak pengurusan sekolah di bawah Unik Bimbingan dan Kaunseling dengan kerjasama Majlis Pemuafakan ibu bapa dan guru ( MPIBG ) telah menganjurkan satu slot motivasi untuk pelajar PMR dan SPM 2012 pagi tadi di dewan Asyatibi.

Seorang pakar motivasi iaitu YM Raja Shamri bin Raja Hussin telah dijemput bagi memberi motivasi yang berunsur nasihat kepada pelajar tersebut.

Banyak nasihat yang telah diberikan kepada pelajar sehingga ada di antara mereka hampir menitiskan air mata apabila mereka disajikan dengan klip video mengenai kesengsaraan umat islam di negara lain. kejatuhan moral remaja masa kini juga disajikan dalam slot video tersebut.

Nantikan beberapa klip video yang akan disiarkan di laman ini untuk menilai tentang kejahilan remaja masa kini serta keperitan hidup hidup umat islam yang ditindas dari negara lain.