
Alhamdulillah, SM Imtiaz YT Kuala Terengganu telah menganjurkan Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Al-Quran iKT sebagai usaha memperkasa kompetensi, meningkatkan kualiti pengajaran serta memantapkan profesionalisme guru dalam pendidikan Al-Quran.
Program ini turut menampilkan barisan panel jemputan yang berpengalaman, terdiri daripada Puan Nur Elyani binti Alias (Pegawai Penguasa SPRM Terengganu), Dato’ Seri Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri (Mantan Menteri Agama dan Mufti Wilayah) dan Encik Ahmad Tarmizi bin Ali (KPP Hospital Sultan Zainal Abidin HoSZA). Kursus in diadalan di DSH Batu Burok Beach Resort.
Semoga penganjuran kursus ini menjadi platform yang bermanfaat dalam memperkukuh ilmu, memperluas perkongsian pengalaman dan menyemarakkan kecemerlangan pendidikan Al-Quran dalam kalangan guru SM Imtiaz YT Kuala Terengganu.
Semoga segala usaha yang dilaksanakan mendapat keberkatan dan menjadi pemangkin kepada pembentukan generasi yang mencintai Al-Quran serta berakhlak mulia.
Galeri gambar boleh layari laman Facebook rasmi sekolah.