Imbas Kembali Kehebatan Pelajar Imtiaz K.Trg

Najib Solihin – Johan Hafazan Peringkat Kebangsaan 2012

KUALA TERENGGANU , 2 Disember : Bagi memenuhi permintaan para pembaca blog sekolah, disertakan kembali 2 klik video mengenai kejayaan peserta sekolah iaitu Najib Solihin pelajar tingkatan 5 yang telah berjaya menduduki tempat pertama hafazan Peringkat Kebangsaan tahun 2012 dan pasukan Nasyid Bintang Mukmin mendapat tempat ke 3 Peringkat Negeri Terengganu.

Najib Solihin – Johan Hafazan Peringkat kebangsaan 2012

Pasukan Nasyid Soutul Imtiaz – Bintang Mukmin Tempat Ke 3 Peringkat Negeri Terengganu

Keputusan UPSR 2012 Diumumkan Hari Ini

KUALA TERENGGANU , 19 November : Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah ( UPSR ) 2012  telah diumumkan hari ini.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua calon UPSR. Bagi pelajar yang mendapat keputusan 5A dan ingin memilih Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu sebagai tempat untuk meneruskan pembelajaran, pihak kami mengalu-alukannya.

Semua pelajar bolehlah melayari laman web ini dengan membuat permohonan secara online. Sila klik permohonan Ting 1 Tahun 2013.

 

Tahniah!! Koperasi Sekolah Tempat Ketiga Peringkat Kebangsaan 2012

Sebanyak 12 buah koperasi seluruh Negara telah menyertai program Homestay PKS  Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Perkampungan Ulu Legong, Baling Kedah baru-baru ini.

Semua Koperasi telah mempersembahkan hasil aktiviti masing-masing untuk dinilai oleh para hakim.

Setelah diumumkan keputusan pada 11 November 2012, Koperasi Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu Berhad telah menewaskan 9 koperasi lain dengan menduduki tempat ketiga keseluruhan.

Tempat pertama dimenangi oleh SMK Batu Kikir, Negeri Sembilan, Naib Johan dari SMK Gombak Setia, Selangor.

Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua peserta yang terlibat dalam program tersebut yang diketuai oleh Cikgu Herdawati binti Muda, Cikgu Marlina Akmal binti Jusoh sebagai guru pengiring. Manakala pelajar pula terdiri daripada YM Adik Syed Ahmad Akram bin Syed Habit Mustafa, Adik Ahmad Shahir bin Sabudin, Adik Izzat Hakimi bin Ahmad Ariza, Adik Muhammad Fahim Hanif bin Fahmi Anuar, Adik Ahmad Syarafuddin bin Syamsul Amri, Adik Muhammad Hakim bin Suhaimi, Adik Nur Nazifa Nadhirah binti Mat Noh, Adik Rahmah Munawwarah binti Muhammad Safir, Adik Ayani Nazirah binti Daud dan Adik Nur Amanina  binti Kamal.

Syabas dan tahniah

Kursus Ladap Siri Akhir

KUALA TERENGGANU,8 November: Siri akhir kursus Ladap 2012, pihak sekolah telah menjemput seorang penceramah dari Pasir Putih, Kelantan Ustaz Fathuri Salehuddin diundang untuk mengendalikan kursus ini.

Banyak ilmu yang telah dilontarkan kepada semua peserta yang terdiri dari semua guru dan kakitangan.