SPM 2012 : Tahniah! SM Imtiaz K.Trg Tempat Ke 6 Negeri

Slide48SMIYT KTRG SBT , 21 Mac : Seramai 99 pelajar yang menduduki peperiksaan SPM 2012 telah mendapat keputusan masing-masing pagi ini.

Menururt Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah, seramai 1 orang mendapat 11A+, 10 orang mendapat 11A, 10A (7 orang), 9A (10 orang), 8A (7 orang), 7A (13 orang), 6A (13 orang), dan selebihnya di bawah 5A. Gred Purata Sekolah pula meningkat daripaada 2.42 pada 2011 kepada 2.23 pada 2012.

Menurut beliau lagi SM Imtiaz Kuala Terengganu menduduki rangking Negeri tempat ke 6 pada tahun 2012 berbanding  tempat ke 10 tahun 2011  Tambah beliau lagi tempat pertama ialah SM Sains Sultan Mahmud, ke 2 SM Imtiaz Besut, ke 3 SM Sains Kuala Terengganu, ke 4 SMAASZA Batu Buruk, ke 5 SM Sains Hulu Terengganu, ke 6 SM Imtiaz Kuala Terengganu, ke 7 SM Imtiaz Kuala Berang, ke 8 SBPI batu Rakit, ke 9 SMKA Sheikh Abdul Malek dan ke 10 SM Tengku Mahmud, Besut. Sekolah ini mendapat terbaik negeri bagi matapelajaran PSI yang mendapat 100% A, manakala 7 matapelajaran meningkat iaitu Bahasa Melayu 1.29 kepada 0.97, Bahasa Inggeri 3.04 kepada 2.61, Fizik 3.67 kepada 3.15, Kimia 3.8 kepaad 3.11, Biologi 4.23 kepada 3.43 , PQS 1.53 kepada  1.52 dan PSI 1.73 kepada 0.58.

Mohd Zulfadhli bin Nor Azmi telah mendapat semua A+ dan merupakan salah seorang daripada 19 pelajar terbaik Negeri manakala tempat ke 2 terbaik ialah Mohd Aiman bin Ismail mendapat 10A+ 1A yang telah diumumkan sebentar tadi. Seorang lagi pelajar Wan Mohd Yusuf bin Wan Lokman walaupun beliau telah kehilangan ayah dan ibu yang tersayang, semangat beliau tidak pernah luntur bahkan galakan yang diberikan oleh abangnya yang sentiasa menjaga beliau sehingga beliau telah mendapat 11A dalam peperiksaan tersebut. Slide39Slide32Slide65

Tahniah dan Syabas!!

Video

Rahsia kejayaan Mohd Zulfadhli Nor Azmi

Rahsia Kejayaan Mohd Aiman Ismail

Rahsia Kejayaan Wan Mohd Yusuf Wan Lokman

Gembira Seorang Ibu

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Pelancaran Pertandingan Kelas Kondusif 2013

Slide15SMIYT KTRG SBT , 20 Mac : Pelancaran tersebut telah diadakan petang tadi yang dirasmikan oleh Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah.

Menurut Setiausaha 3K Sekolah, Cik Nadiah binti Daud, objektif kelas kondusif ini adalah bagi mewujudkan suasana kelas yang bersih dan ceria pada setiap masa. Disamping itu juga dapat mewujudkan suasana bilik yang bersih dan ceria serta kondusif untuk proses pengajaran dan pembelajaran.

Tambahnya lagi, pertandingan tersebut dapat memanfaatkan kemudahan yang ada di sekolah untuk proses pembelajaran setiap masa.

Selepas perasmian tersebut, Puan Pengetua telah meluangkan masa untuk melawat setiap kelas yang memasuki pertandingan itu.

Slide8Slide58Slide170

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

MTQ PKG Durian Burung

Slide122SMIYT KTRG SBT , 19 Mac : Sebanyak 6 buah sekolah telah menyertai MTQ Peringkat PKG Durian Burung bertempat di Dewan Asyatibi pagi tadi.

Sekolah berkenaan iailah SMK Sultan Mansor, SMK Padang Midin, SMK Sultan Ahmad, SMK Chendering, SMK Sri Nilam dan SM Imtiaz YT Kuala Terengganu.

Dalam pertandingan tersebut Imtiaz Kuala Terengganu mengungguli semua acara yang dipertandingkan iaitu Tilawah, Syarahan, Hafazan dan Nasyid. Tahniah dan syabas kepada peserta sekolah yang telah berjaya mewakili PKG Durian Burung ke peringkat daerah nanti.

Slide134Slide26Slide18

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Kem ‘ Super Solat ‘

Slide93SMIYT KTRG SBT , 17 Mac : Kem ini telah diadakan bermula 14 hingga 16 Mac baru-baru ini. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program tersebut.

Objektif program ini adalah membuat pendedahan kepada pelajar mengenai permasalahan Fiqh dalam solat. Ianya juga dapat membetulkan kekeliruan dari segi cara solat yang sebenar disamping memantapkan ilmu fardhu ain dan meningkatkan kualiti solat pelajar.

Allah berfirman mafhumNya, ” Sesungguhnya solat dapat mencegah kemungkaran”. Sesungguhnya umat Islam dewasa ini menunaikan solat namun solat tersebut tidak mampu menyekat mereka daripada melalkukan perkara mungkar. Hal ini disebabkan kecacatan yang berlaku dalam solat mereka.

Oleh itu, para pelajar kini perlu didedahkan dengan permasalahan Fiqh dalam solat agar pelajar dapat menunaikan solat dengan betul dan tepat di samping solat mereka dapat mencegah daripada perkara mungkar.

Slide6Slide413Slide423

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI