Tahniah! SM Imtiaz K.Trg KOSPINT Di Iktiraf Sekolah Berprestasi Tinggi Tahun 2012

PUTRAJAYA , 27 Disember : Hari ini Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu Kuala Terengganu yang dahulu dikenali sebagai Kolej Sains Pendidikan Islam Negeri Terengganu KOSPINT telah diberi pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi SBT Kohort 3 bagi Tahun 2012.

Sebanyak 25 buah sekolah termasuk sekolah ini telah diraikan dalam majlis Pengiktirafan ini yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Dato’ Dr. Rosli bin Mohamad, Ketua Setiausaha, Kementerian Pelajaran Malaysia  yang mewakili Y.A.B Tan Sri  Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran Malaysia.

Ketika menemui Puan Pengetua,Ustazah Mardziah binti Che Abdullah selepas Penganugerahan tersebut, beliau bersyukur atas kejayaan sekolah ini dan berterimakasih kepada guru, kakitangan, pelajar serta semua warga sekolah dan MPIBG yang telah terlibat selama ini memberi kerjasama kepada sekolah hingga sekolah  mencapai tahap tertinggi pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi .

” InsyaAllah kita akan teruskan jihad kita ini kerana pendidikan  melahirkan modal insan yang akan membentuk dan mencorakkan Agama, Bangsa,Ummah dan Negara kita.”katanya.

“Apa lagi Sekolah kita adalah sekolah yang akan melahirkan  Hafiz dan Hafizah dan kita doakan  murid kita terus cemerlang dan mereka menjadi orang yang berbakti sepanjang zaman, InsyaAllah.”Ujarnya lagi.

Ketua Majlis Perwakilan Pelajar, Abdullah Nurul Sabri bin Sulong ketika ditemui berkata, Sebagai wakil pelajar  berasa bersyukur ke hadrat Allah kerana sekolah kami terpilih sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi  Kohort 3 Tahun 2012 Kementerian Pelajaran Malaysia.

“Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada KPM kerana memilih sekolah kami sebagai Sekolah SBT  di antara semua sekolah di seluruh negara. InsyaAllah kami akan memanfaatkan Anugerah ini dengan sebaik mungkin.”Katanya lagi.

 

Wakil Alumni 2002, Mohd Khairul Amry bin Anua berkata, “Saya merasa bangga kerana sekolah ini merupakan sekolah yang pernah saya belajar sebelum ini  walaupun sekolah telah bertukar dari pengurusannya tetapi masih lagi diiktiraf dan saya yang mewakili pelajar lain yang pernah menimba ilmu di sini amat bangga dan  terharu kerana sekolah inilah ukhuwwah kami terjalin dan sehingga kini ukhuwwah itu terjaga dan kini masih lagi berhubungan dan sekarang kami akan menabur bakti  di bawah satu persatuan yang dikenali sebagai ALUMNI ABADI dan terima kasih juga kepada pihak Imtiaz K.Trg kerana masih berhubungan atau masih lagi menerima  kami untuk mengadakan aktiviti bersama dengan pelajar-pelajar Imtiaz K.Trg.

Wakil MPIBG Encik Mohd Mazri bin Abdul Rahman berkata, “Saya amat berasa bangga kerana sekolah kita telah terpilih sebagai sekolah berprestasi tinggi 2012 dalam majlis pengiktirafan  bersama dengan 25 buah sekolah lain dan saya amat berterima kasih kepada guru-guru , Puan Pengetua dan Ahli Lembaga MPIBG Imtiaz KOSPINT kerana bersama-sama berusaha  untuk mencapai status sebuah sekolah berprestasi tinggi.”

Gambar selanjutnya klik DI SINI

Lawatan Dari PPD Timur Laut Pulau Pinang

KUALA TERENGGANU, 19 Disember : Seramai 30 pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut Pulau Pinang telah mengunjungi sekolah jam 3 petang tadi.

Mereka telah disambut oleh pihak pengurusan sekolah yang diketuai oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Ustazah Faidahnam binti Busu, Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani serta Ketua Jabatan.Terdahulu dari itu, rombongan tersebut telah melawat Negeri Pahang sebelum tiba ke Terengganu. Mereka telah dibawa ke bilik Mesyuarat bagi mendengar taklimat mengenai sekolah. Selepas itu mereka dibawa ke Bilik Galeri untuk melihat perkembangan mengenai aktiviti sekolah.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

PMR 2012 SMIYT K.TRG Tempat Ke 6 Peringkat Negeri Terengganu

KUALA TERENGGANU , 19 Disember : Alhamdulillah seramai 65 pelajar daripada 139 calon PMR sekolah ini telah mendapat semua A dalam matapelajaran setelah diumumkan oleh Pengarah Projek PMR 2012, Tuan Haji Mohd Amin Faisal bin Haji Uzip jam 11.30 pagi tadi.

Terdahulu dari itu, Pengetua Ustazah Mardziah binti Che Abdullah telah mengumumkan kedudukan terbaik sekolah ini apabila berjaya menduduki tempat ke 2 Daerah Kuala Terengganu pada tahun ini berbanding tempat ke 5 pada tahun 2011.

Begitu juga pada peringkat Negeri Terengganu, pada tahun 2011, sekolah ini menduduki tempat ke 8 melonjak naik tempat ke 6 pada tahun ini.

Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pelajar PMR 2012.

Berikut adalah 10 kedudukan terbaik keputusan PMR 2012 bagi Peringkat Daerah Kuala Terengganu.

1.SESMA

2.SM Imtiaz Kuala Terengganu

3.SMKA Sheikh Abdul Malek

4.SMAASZA Batu Buruk

5.Integrasi

6.SMK Sultan Sulaiman

7. SMKA Tok Jiring

8.SMK Dato’ Razali

9.SMA Khairiah

10.SMA Ladang

 

kedudukan terbaik keputusan PMR 2012 bagi Peringkat SM Imtiaz Yayasan Terengganu.

1.SM Imtiaz Kuala Berang

2.SM Imtiaz Kuala Terengganu

3.SM Imtiaz Besut

4.SM Imtiaz Dungun

 

Gambar pelajar mengambil slip PMR 2012 DI SINI

382 Calon Menduduki Temuduga Pelajar Tingkatan 1 Ambilan 2013

SMIYTKTRG , 12 Disember : Seawal jam 7.15 pagi tadi, kelihatan ramai calon tingkatan 1 hadir untuk menduduki sesi temuduga bagi pengambilan pelajar bagi tahun 2013.

Setakat jam 10 pagi tadi, dilaporkan seramai 382 calon daripada 400 permohonan yang layak telah memenuhi ruangan bilik kuarantin bagi menghadapi sesi temuduga serta ujian hafazan Al Quran.

Calon terdiri daripada anak Negeri Terengganu dan juga calon dari luar Negeri Terengganu turut kelihatan.

Pada jam 10.30 pagi, satu taklimat khas telah disampaikan oleh Tuan Haji Ahmad Kamal bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Pengurusan Imtiaz, Yayasan Terengganu di Dewan Asyatibi.

Turut mengiringi beliau adalah Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah serta YM Puan Syarifah Fathiah, Penolong Pengarah HEP Pengurusan Imtiaz, Yayasan Terengganu.

Keputusan temuduga dijangka akan diketahui mulai 27 disember 2012  ini dengan pengambilan pelajar baru bermula pada 6 Januari 2013.

Kepada semua ibubapa atau calon, bolehlah melayari laman web imtiaz di www.myimtiaz.com.my atau melayari laman web sekolah ini dari masa ke semasa untuk mengetahui keputusan tersebut.

Suasana hari temuduga KLIK DI SINI