Slide28SMIYT KTRG SBT , 1 Ogos : Satu Majlis Menyambut Ambang Syawal telah diadakan pagi tadi dan telah berakhir sebentar tadi. Dalam Majlis tersebut pihak sekolah mengundang seorang penceramah iaitu Tuan Haji Mohd Shukri bin Haji Ali, Pegawai Agama Istana Negeri untuk memberikan ceramah mengenai kelebihan bulan Ramadhan. Antara perkara yang menarik ucapan beliau ialah mengenai 10 perkara Malaikat akan memasuki rumah ketika berlaku malam Lailatul Qadar. Antaranya ialah

1. Rumah yang ahlinya menjaga kebersihan dan kesucian rumahnya itu dari zahir dan batin.

2. Rumah sentiasa berzikir ahlinya. Zikir ertinya ingat ALLAH samada hati, lidah dan anggota lain di dalam apa sahaja aktiviti hidup kita.

3. Penghuninya yang sentiasa menunaikan solat , tidak ada ahli rumah itu yang meninggalkan solat dengan sengaja.

4. Penghuninya makan minumnya suci dan halal samada pada zat makanan itu sendiri atau sumber mendapatkan makanan itu.

5. Penghuni yang menghubung dan mengekalkan silaturrahim.

6. Penghuninya yang sentiasa berbuat baik kepada ibubapa.

7. Penghuninya adalah terdiri suami dan isteri yang solah dan bertanggungjawab.

8. Penghuni yang selalu berbuat baik kepada ahli rumah , kaum kerabat, jiran tetangga, sahabat handai seperti memberi salam, mengamalkan sifat suka memaafkan orang lain dan lain-lain.

9. Penghuninya menjauhi perkara -perkara mungkar, mengelakkan diri dari dosa kecil dan besar.

10. Rumah yang bersih dari benda-benda yang berbentuk salib, gambar, anjing , loceng dan perkara-perkara yang menyerupai orang bukan Islam.

 

Selepas ceramah tersebut, Puan pengetua mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri kepada semua guru dan pelajar melalui perutusan Hari Raya. Beliau juga memberikan sumbangan Hari Raya kepada pelajar miskin. Pihak sekolah, PIBG dan Koperasi telah sudi memberikan sumbangan tersebut. Terima kasih kepada mereka.

Slide31Slide37Slide10

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Dikesempatan ini Admin bersama keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1434H Maaf Zahir dan Batin kepada semua pembaca laman Web sekolah, Blog Video sekolah serta Blog Multimedia sekolah kiranya terdapat tutur kata atau tulisan yang boleh menyinggung perasaan pembaca. Harap dimaafkan.

Laman Web Rasmi sekolah akan beroperasi seperti biasa selepas Hari Raya nanti.