Bengkel Celik Catur Tingkatan 1

SMIYT K.TRG SBT , 2 Februari : Seramai 125 pelajar tingkatan satu telah menghadiri bengkel Celik Catur di dewan Asyatibi. Ianya bermula jam 9 pagi tadi dan dijangka akan berakhir jam 1 petang nanti.

Menurut Setiausaha Sekolah, Cikgu Che Kadijah bt Abdullah, bengkel ini dikendalikan sepenuhnya oleh Arbiter Terengganu, Encik Mohd Arshad dalam usaha untuk memilih pemain catur yang berkaliber.

Menurut beliau lagi, bengkel ini juga memberi pendedahan kepada pelajar cara-cara atau kaedah yang sistematik bagaimana memulakan permainan dengan strategi yang tersusun.

Majlis Kesyukuran

SMIYT K.TRG SBT , 31 Januari : Majlis ini diadakan sempena kejayaan sekolah mendapat anugerah New Deals dan pengiktiran Sekolah Berprestasi Tinggi ( SBT ) bagi tahun 2012.

Menurut Penolong Kanan HEM, Tuan Haji Ahmad Ridhuan bin Abd Ghani  yang mewakili pengurusan sekolah menyatakan bahawa majlis ini diadakan untuk melahirkan rasa syukur kepada Allah SWT dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua guru, kakitangaan dan pelajar serta kepada semua individu dan agensi yang terlibat termasuk alumni kerana sekolah ini mnedapat penganugerahan Bai’ah pengetua sebanyak 2 kali dan mendapat staus sekolah kluster kecemerlangan tahun 2011 dan yang terkini mendapat pengiktirafan sekolah berprestasi tinggi kohort 3, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Semoga kecemerlangan yang telah dicipta akan dapat dikekalkan dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dan juga dapat melahirkan hafiz dan hafizah yang professional.

Sebanyak 2 ekor lembu telah disediakan dan seekor daripadanya adalah sumbangan peribadi daripada Puan Pengetua, Ustazah Mardziah binti Che Abdullah.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI

Latihan Larian Merentas Desa Peringkat Firqah

SMIYTR K.TRG SBT, 29 Januari : Latihan larian ini melibatkan semua pelajar.

Menurut Penolong Kanan Kokurikulum, Ustaz Md Nor bin Yahya, Larian ini merupakan satu latihan bagi menanam  semangat kepada semua pelajar untuk melahirkan pelajar yang sihat mental dan fizikal. Larian ini merupakan satu latihan tahunan yang boleh  mendidik pelajar meningkatkan kerjasama dalam menaikkan nama firqah masing-masing.

Tambah beliau lagi, selain daripada itu, aktiviti ini  juga memberi latihan kepada pelajar yang terpilih untuk mewakili larian merentas desa peringkat Daerah (MSSDKTS) pada  tahun ini.

Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam latihan larian tersebut yang telah mengawal pelajar dengan jayanya.

Lafaz Ikrar

SMIYT K.TRRG SBT , 27 Januari : Puan pengetua, Ustazah Mardziah mengucapkan tahniah dan syabas kepada pasukan perarakan sempena Maulidur Rasul 1434H kerana telah mengharumkan nama sekolah apabila mendapat tempat kedua dalam perarakan tersebut yang diadakan di Kuala Terengganu Khamis lepas.

Ucapan beliau telah disambut dengan tepukan gemuruh oleh pelajar yang berada di dewan Asyatibi petang ini. Dalam majlis tersebut juga, beliau telah menerima replika cek bernilai RM 2,000 daripada ketua pasukan perarakan iaitu Adik Afif Azfar bin Mohd Fauzi yang diperolehi ketika menerima replika tersebut yang telah disampaikan oleh DYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Stadium Negeri.

Dalam majlis yang sama, Puan Faidahnam binti Busu selaku Penolong Kanan Pentadbiran, telah sudi menyampaikan Aungerah Nilam dan Anugerah Ulat Buku kepada pelajar yang berjaya.

Dalam acara yang berlainan pula, satu lafaz ikrar oleh Majlis Pengawas Asrama, Majlis Pengawas Sekolah dan Ahli Nuqaba’ BADAR telah disempurnakan di hadapan semua guru dan pelajar.

Gambar selanjutnya sila klik DI SINI